Pages

Showing posts with label Catatan Filem dan Drama TV. Show all posts
Showing posts with label Catatan Filem dan Drama TV. Show all posts

Friday, November 17, 2017

Bisik Pada Langit

Sewaktu menonton TV bersama keluarga. Ada preview untuk filem Bisik Pada Langit. Tayangan awal 1/2 jam dari keseluruhan filem di kaca televisyen amat mengujakan. Kebetulan pula pada suatu hari bekerja saya bercuti dan berkesempatan pula dapat menonton di GSC Alamanda seorang diri. Kenapa saya betul-betul tertarik dengan filem ni. Ahakksss.. disebabkan oleh pengarah filem ini iaitu Kabir Bhatia. Malangnya skrip filem ni bukan ditulis oleh isteri beliau iaitu Mira Mustafa tetapi oleh Maizura Ederis. Kalau tidak, pasti lagi meletup seperti rantaian drama dan filem Nur Kasih.

Lagu Lygophobia yang menjadi lagu latar filem ini adalah dendangan Akim & The Majistret, ciptaan Hang Nadim dan lirik ditulisnya oleh Laq juga berjaya meruntun jiwa penonton. Tetapi kalau dengar sampai habis amat menyesakkan telinga dan dada. Mujur bahagian awal lagu ini sahaja yang dimuatkan pada adegan yang tertentu.


Filem ini memang membuat saya tersentuh hati semasa menontonnya tetapi tidak sampai menyentuh ke dasar hati sebagai filem tayangan di panggung. Untuk standard Kabir Bhatia, saya mahu filem panggung yang lebih baik berbanding Bisik Pada Langit. Bila agaknya?

Kasih ayah lebih tinggi daripada gunung dan sayang ibu lebih dalam daripada dasar lautan.

p/s: Sedang mencari Novel Bisik Pada Langit yang dihasilkan berdasarkan filem ini. Tapi di MPH tiada stok. Di  mana nak ku cari..?

Friday, May 6, 2016

Menyentuh Hati

Malam Ahad lepas menonton filem ini di Astro Citra CH 131. Menyentuh hati...


Ini ulasan saya mengenai filem Imposible ini yang pernah saya buat dahulu. Sila klik.

Friday, December 18, 2015

Entah Apa-Apa

Lamakan tidak ada post baru berkaiatan Catatan Filem dan Drama TV. Bukan tidak menonton cuma tiada masa (baca: malas) hendak membuat ulasan mengenai filem dan drama TV yang telah ditonton. Tapi disebabkan ada sedikit kerajinan saya akan membuat ulasan (baca: cercaan) mengenai 2 filem genre seram yang telah selamat ditonton oleh saya.

1. JWANITA



Sebelum kita pi ke sesi ulasan, dikongsi sikit sinopsis cerita filem

Sinopsis
Seorang perempuan bernama Jwanita mengalami masalah mental yang serius akibat sering didera secara mental dan fizikal oleh ibu bapa angkatnya yang juga merupakan pengamal ilmu hitam. Sinar harapan mula muncul dalam hidupnya apabila dia bertemu dengan Farhan, iaitu seorang doktor yang merawatnya selepas dia membunuh kedua ibu bapa angkatnya itu. Namun segalanya musnah apabila Jwanita mendapat tahu bahawa Farhan merupakan tunang kepada adik kandungnya, Julaika. Selepas menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan, Jwanita muncul semula bersama dendam yang lama tersimpan.
Pelakon: Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzanne Stockstill, Marsha Milan, Umie Aida

Ulasan / Cercaan

Dengan tag line filem "Ada Setan Di Kepalanya". Memang setanlah filem ini. Puhhh.. baca ulasan kat alam maya punyalah puji melambung. Ini adalah contohnya...
Netizen yang teleh menonton filem ini bukan sahaja terhibur, tetapi turut teruja dengan adegan-adegan suspens. Karya pengarah Osman Ali ternyata berjaya membuat penonton terjerit-jerit di panggung wayang, seperti yang dikongsi oleh netizen ........
Aduhai.. dengan Zombie tergedik-gedik terutamanya pada part akhir filem. Dengan watak-watak tambahan yang ala-la takut kononnya tapi berani lak nak mengintai dalam bangsal puaka tu. Kan dah kena. Tak pahamlah pesal ada watak-watak camtu. Entah Apa-Apa.


2. BANGLO BERKUNCI


Baca sikit sinopsis filem ini seperti di bawah:

Sinopsis

Filem ini mengisahkan tentang 3 orang anak muda, Danny (Fadlan Hazim) Boy (Adiba Yunus) dan Adam (Fahmy Reza) yang suka melakukan aktiviti paranormal. Mereka gemar memilih tempat-tempat mistik untuk mencari kepastian tentang adakah benar hantu itu wujud.

Satu hari mereka telah pergi ke sebuah banglo, dimana banglo tersebut mempunyai sejarah hitam. Penghuni banglo itu dikatakan telah membunuh ahli keluarganya tanpa sedar, dan perkara tersebut telah viral di laman sosial.

Tiga anak muda ini  tetap ingin menerokai kejadian misteri, disebalik banglo itu. Tapi sebelum masuk, mereka perlu mematuhi syarat yang mereka hanya boleh “masuk selepas Isyak dan keluar selepas subuh“. Tapi kenapa?

Pelbagai perkara yang terjadi selepas mereka bertiga cuba untuk mengesan entiti yang sering diperkatakan oleh masyarakat tentang banglo tersebut. Yang pastinya “JANGAN SAMPAI IA DIBUKA“.

Pelakon : Fadlan Hazim, Intan Ladyana, Adibah Yunus, Fahmy Reza, Iskandar Nor, Ikmal Amry, Zakaria Zahid


Ulasan / Cercaan

Haukkk.. dengan amaran “JANGAN SAMPAI IA DIBUKA“ memang tak patut filem ini dibuka pun untuk ditonton. Sampah lagi menyampahkan. Sesak nafas tengok bukan sebab seram tapi bosan tahap gaban Z potong lapan belas.. Entah Apa-Apa.

BTW, filem kita wajah hangpa na....

Tuesday, May 19, 2015

The Closer You Look, The Less You See

Pagi Sabtu lepas.Selepas solat Subuh. Secara tidak sengaja saya membuka real player patriot saya. Secara rawak memilih filem yang ada dalam koleksi saya. Menonton satu cerita yang bagi saya hebat sekali. Filem Now You See Me yang telah ditayangkan dipawagan pada tahun 2013. Sinopsinya boleh di baca di sini.



Kesudahan cerita dan plot-plot yang amat menarik. Teruja untuk menonton dari mula hingga akhir. Dengarnya pada Oktober 2016 akan ada sekuel kedua : Now You See Me: The Second Act. Tidak sabar menanti...

Thursday, April 30, 2015

Chak De! Malaysia

Malam tadi, sewaktu melepak di depan tv apabila anak-anak dan isteri sudah ke kamar tidur saya tertekan channel Zee TV (Ch118). Waktu itu filem yang ditayangkan adalah cerita Hindi yang dinamakan Chak De! India. Walau pun sebelum ini saya pernah menontonnya tapi teruja juga ingin menontonnya sekali lagi. Kali ini sudah tidak ingat yang kali yang keberapa. Filem ini bukanlah filem yang Bollywood yang bertema cinta sesama manusia tetapi cinta kepada negara dan jati diri seorang manusia yang mempertahankan maruah dan semangat cintakan negaranya. Watak yang dijayakan oleh Shah Rukh Khan sebagai juru latih pasukan hoki wanita ini memang tidak boleh dipertikaikan. Hebat sekali.  

Sometimes Winning Is Everything


Chak De! India (Hindi: चक दे इंडिया atau  "Go for It, India!")adalah sebuah filem bertemakan sukan pada tahun 2007 yang menceritakan tentang sukan hoki di India. Filem ini diarahkan oleh Shimit Amin dengan produksi Yash Raj Films, dan dibintangi Shahrukh Khan sebagai Kabir Khan, bekas Kapten Pasukan Hoki Lelaki India. Setelah kekalahan India di atas pasukan hoki Pakistan, Khan dibuang dari Pasukan Hoki Lelaki India. Dia dan ibunya terpaksa keluar dari rumah keluarga mereka oleh para tetangga yang menuduh beliau belot dan menjual permainan kepada pasukan Pakistan. Tujuh tahun kemudian ketika berusaha memperbaiki dirinya, Khan menjadi jurulatih bagi pasukan hoki wanita dengan tujuan untuk membawa enam belas pemainnya menjadi pasukan juara dunia. Pelbagai penghinaan dan cabaran yang terpaksa dilalui oleh Khan dan pasukan dibawah bimbinganya. Berlatarkan belakang pertandingan hoki dunia di Australia, filem ini telah membawa penonton seolah-olah menyaksikan pertandingan hoki dunia yang sebenar. Hebat sekali. Setelah mendapatkan kejuaraan dalam pertandingan juara dunia tersebut, Khan memperbaiki reputasinya dan kembali pulang bersama ibunya ke rumah mereka dan dia telah disambut oleh jiran-jiran yang telah mengusir mereka sebelumnya.

Filem ini bagi saya adalah suatu filem yang hebat dengan gaya penceritaanya, sudut pengambarannya yang cantik dan menarik serta sarat dengan mesejnya yang cemerlang. Tidak jemu untuk ditonton berkali-kali. Terfikirlah apabila selesai menonton filem ini. Bilalah kita akan dapat menghasilkan cerita sehebat ini... Chak De! Malaysia

Friday, August 2, 2013

PECAH - NOVEL & FILEM

Novel Pecah

Sinopsis dari Laman Web FIXI

Bank CIMB Shah Alam simpan harta. Herman, Alan, Radi, dan Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka sepakat ke hospital. Rumah Seri Memori simpan warga emas. Bakar – sang penghuni dimamah dosa – tiba-tiba tumbang. Hilang sedar. Lidya – sang jururawat – dan Dr Vivian gegas bantu. Mereka sepakat ke hospital. Hospital Tengku Ampuan Rahimah simpan nyawa. Alan di wad kecemasan. Bakar di wad lelaki. Herman-Don-Radi mahu cabut namun terbantut. Kereta kandas, sedang Inspektor Paul tiba pantas. Pintu pagar hospital dikawal, mereka perlu cari akal.

Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debar Herman; di celah kerunyut gebar Bakar; satu-persatu kisah terpokah. Satu-persatu PECAH.

Penulis: Khairulnizam Bakeri

Ulasan: Tepuk2..tepuk2. Hebat gak novel nie. Lain dari yang lain. Bravo.. Penulisan Novel dengan gaya dan pandangan yang berbeza. Syabas Khairulnizam Bakeri.

Filem Pecah

Kisah dibuka dengan flashback insiden sekitar tahun 70-an apabila Bakar yang sedang masuk ke rumah telah tersilap menyangkakan yang Sarah adalah isterinya, Nora. Sarah dirogol oleh bapanya sendiri dan melahirkan anak haram Bakar. Malangnya, Sarah meninggal dunia selepas melahirkan anak mereka.

Komen : Adegan yang tah apa-apa. Watak rogol jer lebih.. biasa filem Melayu selalu adegan camni mmg betul-betul real.. Siap peluh-peluh muka tu.. Lepas tu highlight lebih-lebih kat suratkahabr & majalah. Chooiii...

Kembali ke masa kini, di sebuah bank, satu rompakan sedang berlaku di mana Alan, Herman, Radi dan Don adalah perompak bersenjata itu. Dalam kekalutan mengambil wang dan peti ‘safe deposit’, Alan ditembak dan cedera. Walau bagaimanapun, semua perompak berjaya melarikan diri dengan hasil wang rompakan sebanyak RM300,000.

Komen: Aksi yang murah giler. Tak macam bank pun. Bilik yang simpan peti ‘safe deposit’ macam stor mak cik cleaner. Aksi longgar... Drama TV ke filem ni..??? Confuse

Dalam masa yang sama, di Rumah Orang Tua Seri Memori kelihatan seorang pekerja wanita bernama Lydia sedang terkocoh-kocoh membantu Bakar yang pengsan dengan tiba-tiba. Bakar kemudiannya dibawa ke hospital.

Komen: Kelas tahap Drama TV

Oleh kerana kecederaan Alan yang teruk, Herman selaku ketua kumpulan mencadangkan Alan dihantar ke hospital berdekatan dan dalam masa yang sama wang hasil rompakan disorokkan di dalam hospital yang sama di mana Bakar juga dibawa.

Komen: Hospital ke ? Atau klinik bidan Kampung mana tah... Cedera teruk ker??? Lawak bangat. Kalah citer mat sentul..

Pasukan polis pula telah mula menjalankan siasatan dan Inspektor Haikal diarahkan untuk mengetuainya. Kazim, pegawai bank disoal siasat tentang perkara ini. Dari situ, segala-galanya ‘pecah’ satu-persatu.

Komen: Polis jadi macam polis citer hindi.. Dianak-anakkan..

Dibintangi oleh : Tony Eusoff, Izreen Azminda, Sofi Jikan, Ako Mustafa, Fizz Fairuz, Buzan Hashim, Along Eyzendy, Miera Liyana, Zain Hamid dan ramai lagi

Wahhh dikhabarkan penggambaran filem ini hanya mengambil masa 16 hari. Nak komen apa lagi.. Video clip artis luar  yang hanya ditayangkan 5 minit makan bulan nak siap baiiiii...

Apabila Novel difilemkan memanglah sedikit sebanyak terdapat perbezaan disebabkan durasi filem yang terhadap sekitar 1 jam 30 minit hingga 1 jam 45 minit tidak mampu menvisualkan apa yang ditulis di dalam novel. Tapi janganlah pulak diambil langkah mudah dengan memurahkan filem menjadi drama TV. Adegan yang sepatutnya realistik menjadi main-main. Gerak pelakon yang tetiba rasa macam meluat dan tah apa-apa...

Sebelum kita menghidangkan sesuatu filem kepada penonton sepatutnya orang yang terlibat itu sedar yang filemnya layak ke tidak dipanggil filem..

Keyboard off.

Wednesday, July 31, 2013

Filem Bermesej

Lama betul saya tidak mengulas pasal filem ek? Banyak sebenarnya yang telah di tonton tapi maleesss ler pulak nak memulas..oppsss... mengulas. Antara yang membawa mesej yang berguna setelah selesai ditonton ialah:
Filem The Impossible (2012)
The Impossible (2012)
Filem ini merupakan adaptasi dari kisah benar mengenai sebuah famili (parent dengan 3 orang anak) yang melancong di Thailand terperangkap dalam kemusnahan dan huru-hara semasa dan selepas tsunami Lautan Hindi pada tahun 2004. Maria yang berkunjung ke Khao Lak, Thailand bersama suaminya, Henry lakonan Ewan McGregor dan tiga anak lelaki mereka sempena Krismas pada 2004. Namun kegembiraan mereka bercuti bertukar menjadi mimpi ngeri apabila bencana tsunami datang melanda.

Mereka sekeluarga terpisah dihanyut ombak ganas. Maria hanyut bersama anak sulungnya Lucas. Dia mengalami cedera teruk namun nasibnya baik apabila dia dan Lucas berjaya  ke tempat selamat dan mereka dibawa ke hospital oleh penduduk tempatan. Manakala suaminya pula terselamat bersama dua lagi anaknya berdekatan dengan hotel. Henry terpaksa meninggalkan dua anaknya itu di pusat himpunan mangsa bagi meneruskan usahanya mencari isteri, Maria dan Lucas yang difikirkan hilang dihanyut tsunami.

Henry mencari isterinya tanpa menyedari yang Maria makin parah akibat luka di kakinya. Lebih parah lagi rekod perubatan Maria tertukar dengan mangsa tsunami yang lain dan dia telah disalah bedah. Lucas kecewa dan sedih yang amat dengan menyangka ibunya telah meninggal dunia. Namun takdir dan ketentuan tuhan memang tidak dapat dijangka. Keluarga ini telah ditemukan dalam situasi yang meruntun emosi. Nak-nak time 2 orang adik si Lucas tu terpandangkan abang dia.. Berlari-lari dorang sambil menjerit-jerit nama abang dia..Sebaklah pulak time tu... Emo betul ler saya  nie.. Hikk...hik.. Tengok sensorang. Penghayatan terlebihlah pulak...


Cerita diendingkan apabila mereka sekeluarga menaiki kapal terbang ke Singapura untuk rawatan lanjut Maria di Singapura (dibayar oleh Syarikat Insurans mereka). Happy ending.. Sobb..Sobb...


Ada satu lagi cerita yang berkaitan dengan tsunami yang melanda pada tahun 2004. Kali ini di Acheh. Filem saya tonton lama dah. Tajuknya ialah Hafalan Shalat Delisa.
Filem Hafalan Shalat Delisa
Sinopsis citer nie...


Hafalan Shalat Delisa (2011)

Delisa, 6 tahun, tinggal bersama ibunya yang ia panggil Ummi serta tiga orang kakaknya, Cut Fatimah (15 tahun) dan si kembar Cut Aisyah dan Cut Zahra (12 tahun). Ayah mereka Abi Usman bekerja di kapal tangki di tengah laut dan pulang setiap tiga bulan sekali. Delisa berusaha keras menghafal bacaan solatnya, bukan hanya untuk ujian hafalan tapi juga kerana mengimpikan hadiah seutas rantai emas dari Umminya.

Pada pagi 25 Disember 2004, Delisa sedang di dalam kelas untuk ujian hafalan solat. Umminya menunggu di luar memerhatikan dia melalui tingkap. Apabila di penghujung kalimat hafalan solatnya, tsunami datang melanda. Ombak laut menghentam tembok sekolah. Ustazah Nur berteriak panik. Akan tetapi,ajaibnya Delisa tetap khusyu dan tidak menyedari akan apa yang terjadi. Tubuh Delisa terpelanting. Dia lemas dihanyut ombak.

Enam hari kemudian, seorang askar bantuan dari USA bernama Smith telah menemui Delisa tersangkut di semak belukar berbunga putih empat kilometer dari sekolahnya. Seluruh tubuhnya penuh luka, kaki koyak bernanah, kelaparan dan kedinginan. Delisa pengsan. Segera ia diterbangkan dengan helikopter menuju Kapal Induk John F Kennedy.

Dia tak tahu bahawa umminya hilang entah kemana (yang akhirnya Umminya ditemui telah meninggal dunia). Kedua kakak kembarnya ditemukan mati berpelukan. Kakak sulongnya pula dikuburkan tiga hari setelah bencana. Rumahnya hancur. Padang bola tempat dia biasa bermain telah menjadi rata. Sekolahnya hanya tinggal tiang bendera. Ayahnya masih nun jauh di tengah lautan Kanada. Ia benar-benar sendirian.

Beberapa hari kemudiannya ayahnya pulang. Dan kaki Delisa pula perlu dipotong. Delisa dilihatkan sangat tabah bahkan dia sering menjadi pendorong Abinya agar redha dengan takdir Ilahi. Dan yang lebih mengharukan lagi, Delisa tetap bertekad menyelesaikan bacaan solatnya. Bukan kerana rantai tapi kerana Allah.

Sobbb.. Sobb... Tak berapa Happy Ending.. Namun cerita ini memang membawa mesej yang mulia untuk difikirkan penonton dan muhasabah diri.
Kisah Delisa dan Maria ini membawa kita pada penghayatan yang begitu dalam. Tentang keikhlasan, ketaqwaan kepada Tuhan, ketabahan dan juga mengajarkan bahawa bagaimana pun masalah datang menimpa hidup kita, akan ada rahmat dari Allah SWT.

Cerita Melayu yang membawa mesej yang terpuji pulak... emmm..emmmm ..emmmm.. hurmmmmmm...

Keyboard-off.

Saturday, August 25, 2012

Kisah Cinta

Tadi TV3 ada menyiarkan semula cerita Mohabbatein. Filem yang pernah ditayangkan psda tahun 2000 ini masih lagi relevan ditonton lagi walaupun jalan ceritanya boleh dipertikaikan. Saya pernah mengulas mengenai filem ini pada entri pada tahun 2008 bertajuk 2 Filem 1 Cerita.

Monday, August 22, 2011

Mari Mengulas

Mari buat ulasan filem. Dalam diam-diam rupa-rupanya ada banyak jugak citer melayu yang saya dah tonton sejak kebelakangan ni.Tapi tonton kat rumahlah.

1. Muallaf
Emmm.. tak faham apa sebenarnya kehendak dan hala tuju filem ni. Tapi ada orang kata, inilah filem melayu yang berwajah baru. Tapi bagi saya filem ini adalah filem yang bahaya dan jika tidak dipantau boleh menyebabkan pemesongan akidah.


2. Karak

Wuarrghhhh... Filem seram yang merapu dan meraban. Tapi apasal citer Melayu selalu sangat terikut dengan gaya dan pemahaman citer barat. Dah ler dah mati. Boleh gak mengatal mandi berkemban lepas tu kena sakat dengan hantu. Pelik. Hantu kena sakat dengan hantu? Ohh!!!! Please.


3. Kongsi


Macam manalah dapat box office. Macam tak percaya jer. Ada juga penonton yang tengok cerita nie.Oh..tidakkk???

4. KL Gangster

Setakat lu gua, lu gua pun boleh box office. Tak paham macam mana boleh dapat. Jalan cerita yang dah tahu ending dia. Entah, macam manalah boleh dapat box office.Lepas tu ramai gak yang puji citer nie.. emmm tak paham.

5. Senario Ops Pocot

OPS POCOT...Masih relevan ke Senario lagi. Masih lagi ada lawak lembam dan spastik macam nie lagi pada zaman millineum nie. Ada ke orang pergi tengok?


6.CUN
Apalah yang cun sangat citer nie. Kecoh semacam jer. Kecoh dari mula sampailah habis cerita.


7.V3 Samseng Jalanan

Ya Rabbi. citer apa nie. Memualkan. Separuh jalan jer. Tak boleh pergilah.

8.Magika
Santai sikit citer nie walaupun lakonan Aznil tergedik-gedik. Tapi bolehlah rilex sikit kepala otak.


9.Lu Pikir La Sendiri
Hai... lu pikirlah. Citer macam nie pun boleh wujud ker.


10.Santau.
Dengki sampai mati tag line dia. Lawak gak bila david teo yang cakap. Dah boleh agak dah cerita dia. Tak der kelainan.


Nielah antara filem yang saya sempat tonton. Emmm... tak tahulah kebanyakkan filem ini tidak menepati kehendak dan kepuasan menonton. Rasa macam buang masa jer. Tapi bila baca paper berjuta-juta punggutan yang dorang dapat. Macam mana boleh dapat ekkkk?

Monday, May 23, 2011

Kasih dan Pengorbanan

Sudah lama saya tidak menonton wayang. Seingat saya hampir setahun setengah rasanya namun disebabkan Nur Kasih The Movie saya gagahkan juga kaki untuk ke panggung wayang. Ini adalah kerana saya amat meminati filem-filem arahan Kabir Bhatia dan Skrip tulisan Mira Mustaffa. Dan lain-lainnya ialah cerita Nur Kasih itu sendiri. Secara keseluruhan cerita ini membuatkan saya lebih menghargai kasih sayang seorang isteri dan seorang ibu. Selepas menonton filem ini terasa ingin menefon ibu dan isteri serta ingin mengucapkan terima kasih atas segala apa yang diberikan kepada saya. Penamat cerita yang bagi saya amat sweet sekali. Syabas team produksi Nur Kasih The Movie....


p.s: Dalam hati ada taman beb... He.he..

Sunday, May 22, 2011

Novel dan Filem Laskar Pelangi

Bulan lepas, saya menghadiri latihan di bilik latihan di pejabat saya. Kebetulan pula bilik latihan tersebut terletak di dalam perpustakaan. Sewaktu break makan tengah hari dan kebetulan pula makanan lambat sampai saya pun pergilah ke sudut akhbar untuk membaca surat khabar dan kemudiannya meronda ke rak-rak buku untuk melihat buku-buku terkini. Terpandanglah saya akan sebuah buku yang agak baru diletakkan di rak. Ada Novel baru Berjudul "Laskar Pelangi". Laskar Pelangi adalah novel pertama karya Andrea Hirata yang diterbitkan oleh Bentang Pustaka pada tahun 2005. Novel ini bercerita mengenai kehidupan 10 anak dari keluarga miskin yang bersekolah di sebuah sekolah agama Muhammadiyah di Belitung yang serba kekurangan. Bab pertama jer novel nie dah membuat saya untuk baca ke bab2 yang seterusnya. Namun ada juga bahagian-bahagian yang saya skip apabila penerangan yang panjang lebar diterangkan dengan agak membosankan.Tapi keseluruhan novel ini menarik dan berjaya membuatkan saya membacanya hingga ke muka surat terakhir.

Pada malam sebelum hari guru tahun ini, Astro Ria ada menayangkan filem Laskar Pelangi. Punyalah gigih saya menanti untuk tidak terlepas tayangan filem ini namun agak menghampakan kerana apa yang saya bayangkan apabila membaca novel jauh tidak sama seperti apa yang divisualkan. Banyak adegan tidak seperti di dalam novel dan diubahsuai dan penamatnya tidak menarik langsung. Namun apabila membaca dan menonton cerita ini sering mengingatkan saya akan waktu persekolahan dulu. Nostalgik betul...

Tungak Utama Filem Laskar Pelangi

Thursday, February 26, 2009

Inkheart - Marilah Membaca Buku

Inkheart

Dibintangi:
Brendan Fraser, Paul Bettany, Andy Serkis, Sienna Guillory, Eliza Bennett dan Helen Mirren

Sinopsis
Filem ini diadaptasikan dari  novel yang berjudul sama karya penulis Jerman Cornelia Funke. Mengisahkan Silvertongue yang mempunyai kelebihan yang luarbiasa. Apabila buku cerita dibacanya, secara tiba-tiba watak dalam cerita tu akan keluar dan salah seorang yang ada di sekelilingnya akan masuk pula ke dalam buku tersebut.
Tanpa pengetahuan sesiapa, rupa-rupanya, anaknya juga mempunyai kuasa yang serupa. Bakat silvertounge itu diwarisi oleh anaknya.

Ulasan
Tak best. Macam citer budget murah. Buang masa korang jer kalau pi tengok...

Friday, January 23, 2009

Australia - Rakaman Visual Yang Cantik

Filem tontonan pertama saya di pawagam pada tahun 2009 ini ialah Filem yang berjudul 'Australia'. Saya telah menonton cerita ini di TGV KLCC sebab tidak semua cineplex menanyang cerita ini. Filem ini telah dibintangi oleh Nicole Kidman, Hugh Jackman dan juga Bryan Brown sebagai teraju utama.

Lakon layar filem ini pula ditulis oleh Baz Lurhmann bersama Stuart Beattie, Ronald Harwood dan Richard Flanagan.

Filem Australia yang mengambil latar sejarah negara Australia antara tahun 1930-an hingga 1940-an berlatarkan era Australia yang sedang bergolak dengan masalah hubungan antara kaum kulit putih dan penentangan masyarakat pribumi dan dalam kecamuk perang dunia kedua.


Sinopsis

Filem ‘Australia’ mengisahkan tentang seorang wanita aristokrat Inggeris, Lady Sarah Ashley yang mahukan sebuah kehidupan yang sempurna. Tetapi perkahwinannya tidak begitu membahagiakan kerana suaminya berada jauh di Australia. Malah dia juga tidak mempunyai anak. Oleh kerana dia mula mengesyaki suaminya mempunyai wanita lain, dia mengambil keputusan untuk ke Australia bagi mencari suaminya.

Sebaik tiba di sana, Lady Sarah mendapati suaminya, Lord Ashley telah mati dibunuh. Menurut pengurus ladang milik suaminya, Neil Fletcher, suaminya dibunuh oleh seorang lelaki penduduk pribumi yang sememangnya menjadi buruan pihak berkuasa.

Dengan kematian suaminya, Lady Sarah mewarisi ladang Faraway Downs. Fletcher berkomplot bersama seorang ahli perniagaan, King Carney (Bryan Brown) untuk merampas perniagaan Lord Ashley. Bagi menyelamatkan perniagaan terbabit, Sarah mesti bekerjasama dengan Drover (Hugh Jackman), lelaki yang tidak begitu disenanginya.

Bagi menyelamatkan ladang diwarisi, Sarah, Dover, Nullah dan beberapa pekerja pribuminya perlu mengemudi kira-kira 1,500 lembu menerusi kawasan yang mencabar, untuk ke pelabuhan Darwin, sebelum King Carney memusnahkan segala impiannya. Perjalanan itu menempuhi pelbagai kesukaran apabila Fletcher dan kuncu-kuncunya sering menganggu dengan melakukan pelbagai muslihat.

Ulasan

Menonton cerita yang berdurasi 170 minit amat mengujakan dengan paparan alam semulajadi yang menakjudkan pada setiap adegan. Namun kedinginan di panggung TGV KLCC amat mencengkam sekali. Sudah ler terlupa bawa baju sejuk. Akhirnya terpaksa menahan kesejukkan dan sedikit menganggu tumpuan menonton.

Memang tidak rugilah nak menonton cerita yang sarat dengan elemen kasih sayang sesama manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan, paparan alam semulajadi Australia yang jarang-jarang sekali dapat dilihat dikaca TV ataupun dilayar perak dan juga yang paling saya suka ialah paparan kejadian yang berlaku pada sekitar tahun-tahun 1940-an yang agak klasik dan menarik sekali. Landskap Australia yang luas dan dramatik berjaya diangkat dengan cemerlang oleh dengan shot-shot udara, gambaran landskap tanah Australia dengan warna alam yang mempesona. Kejayaan visual Australia dibantu oleh Imej Janaan Komputer (IJK) yang mampu membina semula Australia pada era 1930-an dan 40-an.

Saranan: Tidak rugi untuk ditonton. Tapi tengok sekali jelah. Lepas tu malas lagi nak tengok cause panjang sangat. Macam cerita Hindi lak..

Tuesday, December 30, 2008

Cicakman 2 - Planet Hitam Yang Hitam

Cicakman 2 - Planet Hitam ialah sambungan filem Cicak-Man. Filem ini mula ditayangkan pada 11 Disember 2008, di Malaysia, Brunei, dan Singapura oleh KRU Studios dengan kerjasama Grand Brilliance. Di Indonesia pula, filem ini dijangka akan ditayangkan pada bulan Januari 2009.

Diarahkan oleh Yusry Abdul Halim dan skrip oleh Meor Shariman, filem komedi-aksi ini mengembalikan watak terdahulu juga watak baru diperkenalkan.

Sinopsis
Professor Klon (Aznil Nawawi) telah kembali. Kali ini bukan sahaja untuk menjadi Presiden Metrofulus, malah untuk menguasai bekalan air dunia melalui rancangan "Planet Hitam". Apabila planet biru kita hanya tinggal 72 jam sebelum menjadi hitam, Cicakman (Saiful Apek) datang menyelamat.

Namun Cicakman harus berhadapan dengan musuh-musuh lama; Ginger Boys, yang kembali menjadi lebih berkuasa dalam bentuk spiritual sebagai Ginger Ghosts (Adlin Aman Ramlie & AC Mizal). Tambahan lagi, Professor Klon telah mengupah seorang pembunuh; Rrama (Tamara Bleszynski), seorang pembunuh rahsia yang mencapai kepuasan dengan membunuh seolah ia sebuah persembahan seni yang tulen. Apabila keadaan menjadi semakin buruk, seorang adiwira juga memerlukan pertolongan. Tetapi pertolongan muncul dalam bentuk yang tidak diduga, termasuk Danny (Yusry Abd Halim), kawan baiknya , seorang pakar feng shui hebat (Louisa Chong), dan pihak yang tidak terduga.

Selain tanggungjawabnya menyelamatkan bumi, Cicakman mempunyai dilema peribadi untuk membezakan Hairi dan Cicakman. Dia perlu menyelesaikan perasaan peribadinya terhadap Tania (Fasha Sandha), yang sedang mencari identiti sebenar Cicakman dan dia juga perlu memilih untuk mengorbankan nyawa sendiri atau menyelamatkan Iman (Sharifah Amani), adik perempuan Danny's yang buta.

Komen
Frankly speaking, macam menyesal jer tengok filem nie. Tak best langsung. Adegan pembukaanya saja dah menyesakkan jiwa dan raga dengan lakonan Reduan Hasyim yang tah apa-apa tah. Banyak plot yang longgar. Apa kaitannya Rrama dengan Professor klon? Macam manalah Professor boleh ada idea nak wujudkan planet hitam dan macam-macam pertanyaan yang akan difikirkan tapi tak boleh dijawab dalam filem ini.

Memang menyesakkan dada betullah. Lebih-lebih lagi CGI agak kurengggg... Bagi saya Cicakman 1 dah le tak beberapa nak best. Cicakman 2 nie adalah 2, 3 kali ganda tak best. Ketawa dan lakonan Aznil yang tergedik-tergedik dan menyakitkan telinga. Dengar-dengar Yusry nak buat sambungan Cicakman 3. Hopefully fikirlah masak-masak dulu jalan ceritanya dulu. Tidaklah kita dipaparkan dengan jalinan cerita yang nipis - senipis kulit bawang.

Nak dijadikan cerita, sewaktu nak masuk panggung saya terpandang lecturer saya Dr. Nxxxx bersama famili dia juga hendak menonton cerita yang sama. Emmm.. lepas keluar panggung setelah menonton cerita yang tak best nie, untuk memujuk diri yang telah terpedaya, ungkapan yang keluar dalam fikiran saya ialah " Sedang lecturer yang bertitle Prof Madya pun boleh kena tipu nie pulak aku yang belum pun habis master nie".. Boleh ke macam tu? Ha..ha..

Thursday, November 20, 2008

Quantum of Solace - James Bond yang menjadi Jefri Zain

Saya pergi menonton filem ini di GSC Alamanda bersama rakan (Shimi) selepas berhempas pulas memerah otak menyiapkan proposal untuk final projek (sajer jer bukan berhempas pulas sangat pun- gezet jer lebih nie). Selepas lunch and Zuhur di UPM kami bertolak ke sana. Tak dirancang pun nak menonton. Selepas membeli barang rasa macam boring lak nak balik so kami decided nak tonton movie nie selepas Magrib. So kita layanlah sikit sinopsis tentang sekuel filem James Bond ke- 22 in ye..

Sinopsis

Tarikan utama daripada Columbia Picture sebelum tirai tahun ini dilabuhkan ialah filem James Bond terbaru yang sekali lagi menampilkan Daniel Craig sebagai terajunya. Aktor Inggeris itu menggegarkan pawagam seluruh dunia dua tahun lalu menerusi kemunculan pertamanya sebagai ejen perisikan paling licik dalam filem Casino Royale.

Kali ini, Craig akan ditemani dua lagi wanita jelita, pelakon Olga Kurylenko dan Gemma Arterton, yang menghiasi skrin lebar dengan aksi mengancam mereka. Aktres hebat, Judi Dench pula sekali lagi memegang watak M dalam filem arahan Marc Foster ini. Dia sudah pun menjayakan watak M sebanyak enam kali (termasuk Quantum of Solace) sejak 1995. Pelakon lain yang turut membintanginya ialah Jeffrey Wright dan Giancarlo Giannini.

Quantum of Solace mengisahkan bagaimana Bond melawan keinginannya untuk menjadikan misi terbaru sebagai sesuatu yang bersifat peribadi, setelah dia dikhianati Vesper, wanita yang dicintainya. Dengan matlamat mencari kebenaran, Bond dan M menyiasat Mr White (Jesper Christensen) yang mendedahkan pertubuhan yang mengugut Vesper jauh lebih rumit dan berbahaya daripada apa yang difikirkan.

Ceritanya untuk musim ini agak menarik di mana ianya bermula daripada penamat Casino Royale yang menyaksikan Bond kecewa setelah gagal mencari misteri yang menyebabkan kematian wanita yang dicintainya, Vesper Lynd (Eva Green dalam Casino Royale) dan siapa yang mengkhianatinya.Emmm.. nampaknya kawan-kawan, Bond tampil dalam Quantum of Solace bukan lagi untuk menyelamatkan dunia daripada genggaman penjahat tetapi membalas kematian aweknya (dah macam citer hindustan ler pulak).

Hasil siasatannya, Bond berdepan dengan syarikat Quantum yang diketuai oleh Dominic Greene (Mathieu Amalric) dan mendapati Dominic ialah seorang anggota pertubuhan Quantum yang menyamar sebagai pejuang alam sekitar. Sebenarnya, Greene merancang rampasan kuasa di Bolivia bagi menguasai bekalan airnya. Jahat sungguh itu orang. Bond ingin membalas dendam ke atas kematian Vesper Lynd, dan usahanya itu dibantu oleh Camille (Olga Kurylenko), yang juga mahu membunuh Greene.

Penggambaran siri aksi lasak Quantum of Solace dibuat di beberapa lokasi menarik seperti di Itali, Panama, Chile, Mexico, Austria dan United Kingdom. Semua penggamabran memakan masa selama enam bulan. Setiap lokasi memukau pandangan terutama di Colon dan Panama di mana tempatnya sangat menonjol dan ganjil.

Bond kali ini juga dilihat lebih serius dan aggresif.Ada juga yang berkata, Quantum of Solace bukan lagi filem Bond kerana Craig tidak pernah sekali pun menutur dialog klasik "My name is Bond. James Bond." Haa... bila tengok cerita Jasmes Bond ni saya teringgat pulak filem
'Jurang Bahaya" yang hero dia ialah Jefri Zain (Jins Shamsuddin) dan juga agen perempuan yang bernama Nora Zain dalam filem Melayu kita dolu-dolu... hahh..hahahh..

Adegan-adegan menarik yang saya suka tonton ialah part kejar mengejar kereta di terowong di tepi tasik, part pergaduhan di mana Bond jatuh bersama penjahat dan juga kebakaran di hotel di tengah padang pasir. Memang menarik gerakan kameranya. Satu lagi muzik latar yang hebat. Tiap kali ada adegan aksi ini saya membayangkan pemuzik okestra di belakang tabir yang bertungkus lumus mengesek biola, memukul drum, memetik gitar dan juga koordinator muzik yang berhempas pulas menghayun tongkat muziknya. Gila tak imaginasi saya nie..

Satu lagi yang saya kompius ialah si mamat Bond nie macam hati kering gila lah.. Lompat sana, tembak sana tembak sini, Macam tahu-tahu jer dia tak kan mati.. Alamak beb, kot-kot power sangat tu cover-coverlah jugak. Kali ini dah tak der dah gajet-gajet power yang digunakan oleh si Bond nie. But yang terakhir tapi tak dilupa ialah part Bond main sapu jer kereta orang, motosikal atau pun motorbot orang. Pemilik dia apasal ler tak kejar balik ekkk... Memula jer macam nak kejar, lepas tu main biar jer si Bond tu buat harta benda tu macam mak bapak dia punya sendiri. Tak kan ke heran kita menengoknya... Tapi bak kata kawan saya Shimi, kita ni komplen jer tapi yang kita pi tengok apahal... He..he.. No komen. Adiosss...

Tuesday, November 18, 2008

Kung Fu Panda - Sesiapa pun boleh menjadi hero

Sebenarnya filem animasi Kung Fu Panda ini sudah lama saya tonton. Banyak kali. Ini disebabkan anak buah saya gemar sangat menontonnya. Sepanjang bulan Ramadhan lepas, sementara menunggu waktu berbuka anak buah saya akan memasangnya so secara tidak langsung saya pun terseret sama menonton. Tapi malangnya tidaklah dapat saya menonton sehingga ke ending cerita kerana belum sempat cerita tamat, azan magrib sudah berkumandang. So terhentilah tontonan saya sehingga 3/4 jalan ceritanya sahaja. Namun hari ini disebabkan sudah tamatnya bebanan peperiksaan dan pembentangan proposal projek akhir, saya telah menoton filem animasi ini hingga tamat. So inilah hasilya. Layan.....


Sinopsis


Kung Fu Panda mengambil latar negeri dan kebudayaan China sebagai latarnya mengisahkan Po (disuarakan oleh Jack Black) seekor beruang panda yang besar tetapi malas dan kuat makan walaupun terpaksa bekerja membuat mee di kedai keluarganya. Dia sebenarnya lebih suka berangan untuk menjadi hero kung fu kerana terlalu meminati tokoh-tokoh kung fu yang terkenal di negerinya ketika itu. Bagaimanapun, nasib Po berubah apabila dia secara tidak sengaja telah terpilih menjadi pahlawan naga (dragon warrior) dan telah mendapat tunjuk ajar daripada Shifu Kung Fu (disuarakan oleh Dustin Hoffman) yang awalnya agak keberatan menerima tanggungjawab melatih Po yang diamanahkan oleh Oogway, iaitu seekor kura-kura, pewaris seni pertahanan Kung Fu dan ketua kuil yang semakin uzur.


Shifu sebenarnya lebih yakin kepada kumpulan berlima yang terdiri daripada Tigress (suara Angelina Jolie), Crane (suara David Cross), Mantis (suara Seth Rogen), Viper (suara Lucy Liu) dan Monkey (suara Jackie Chan) sebagai Pahlawan Naga berbanding Po yang fizikal dan kemahirannya tidak cukup meyakinkan Shifu. Biarpun menjadi Pahlawan Naga merupakan idaman mereka tetapi tanggungjawab daripada pengiktirafan tersebut bukannya mudah kerana Pahlawan Naga perlu menyelamatkan Lembah Damai mereka daripada Tai Lung (disuarakan oleh Ian McShane) seekor harimau salji yang selama ini berdendam kerana tidak terpilih sebagai pahlawan naga dan telah dipenjarakan.


Pada dasarnya pemilihan watak Panda sebagai hero filem animasi ini mempunyai potensi yang menarik biarpun Panda sendiri memperlihatkan fizikal yang lembut dan bertubuh besar. Tetapi potensi yang hendak dijelmakan di sini ialah semangat heroisme yang datang dari dalam tubuh itu sendiri dan tidak seharusnya dilihat pada kelemahan diri. Inilah faktor utama filem ini, melihat kekuatan dari dalam diri sendiri. Po menjadi hero daripada keupayaannya mengatasi kelemahan fizikal dan persepsi orang lain seperti mana orang biasa yang tiba-tiba muncul jadi hero.


Dengan bantuan teknologi digital CGI Kung Fu Panda pastilah tidak berhadapan dengan masalah menghasikan animasi yang realistik. Malah untuk memastikan gambaran landskap dan perwatakan yang tepat dalam setiap riak dan pergerakan watak, dari apa yang saya tonton dari "the making of kungfu Panda" pengarah filem ini Mark Osborne dan John Stevenson serta pengarah seni Tan Kheng Heng dan pengarah produksi Raymond Zibach perlu merujuk banyak lukisan China dan mengkaji seni budaya China. Bagi Saya filem ini agak menarik cuma jalinan watak Po terlalu ringkas dan tiada penonjolan ketara untuk mengajak penonton menjiwai kegigihan dan keiginan Po untuk menjadi Pahlawan Naga dan yang ketara adalah cuma paparan fizikal Po yang kuat makan dan malas bekerja.


Saranan: Okey jugak menonton bersama keluarga. Can share a great fun with family.

Wednesday, September 10, 2008

Don't Play-Play With Zohan

Filem ini saya tengok secara haram sebelum bulan puasa yang lepas. Maksud dia saya tengok DVD cetak rompak. Nasib baiklah tengok VCD cetak rompak sebab cerita dia memang haram tak berfaedah. Kita layan jelah sinopsis cerita nie. Frankly to say bahagian sinopsis ni saya cited from Antara Bumi dan Langit punya blog. Sebab buang karan jer nak bagi sinopsis bagi filem kelas apa tah nie. Korang nak tahu cerita ni baca jelah kat bawah nie yer....


Sinopsis
Dont Mess With The Zohan adalah sebuah filem yang mengisahkan Zohan Dihz seorang wira Yahudi yang berkhidmat dalam skuad elit tentera Israel dalam menentang pengganas Palestin. Namun tidak seperti yang sering dipaparkan dalam media tempatan, Zohan merupakan seorang askar isreal yang cekap, tidak mencederakan orang awam dan cintakan kedamaian

Cerita bermula apabila zohan yang sangat teringin untuk jadi pendandan rambut profesional di Amerika. Zohan menggunakan akalnya yang geliga (semua otak yahudi geliga le konon), memalsukan kematiannya di tangan Phantom (Fatush) hero palestin yang dungu dan bengap sebelum dia lari ke kota impian. Di sana, beliau gagal mendapat kerja di salon terkemuka kerana dia tiada pengalaman.

Ini bukanlah masalah serius jika anda seorang yahudi. Beliau bermula berdikit-dikit lama-lama jadi bukit di sebuah salon milik anak gadis Palestin yang seksi. Akhirnya kerana kemahirannya dan servisnya yang bagus, beliau menjadi terkenal. Konflik timbul bila kedai tapak salon (dan seluruh komuniti) yang tempat dia bekerja hendak di robohkan dan dibangunkan dengan pusat membeli belah kelas atasan. Dia, sebagai hero yahudi sejati bangun dan menyatukan seluruh warga arab, Yahudi termasuk Fatush untuk menentang establishment. Akhirnya mereka menang.

Ulasan
Bagi saya cerita nie hampeh. Entah apa-apa tah. Cuma terdapat beberapa sindiran yang dipertunjukkan secara tersirat. Tapi dah dibuat dari kacamata omputih mesti ada yang dipaparkan adalah tidak benar mengenai orang Islam. Selain itu terdapat beberapa unsur 18SX  yang ditontonkan so kurang sesuai untuk ditonton bersama keluarga. Elemen komedi pun jenis splastik ala-ala Adam Sandlers punya filem yang terdahulu. So jangan peningkan kepala. Benda-benda yang agak lawak kita gelak jelah.. Tapi kalau nak dikupas motif dan objektif filem ini tidak perlulah pusingkan kapla jingga.

Saranan saya
Kalau nak sangat tengok - pinjam ajer VCD cetak rompak kawan-kawan yang dah beli ataupun tak yah tengok pun tak per. Lagi bagus dari buang masa.

Tuesday, August 26, 2008

The Dark Knight (Kesateria Gelap)


Filem ini saya tonton bersama rakan-rakan yang masih mengingati saya. Ajis, Sopi & Dwen. Oh.. teringat pula masa tu si Ajis ni baru sahaja membantu Mak Cik Asue nie yang tak boleh start kereta. He..He.. Tayangan filem ini mengambil masa 2 jam setengah. Sakit-sakit tulang belakang nie nak tunggu cerita nie habis. Tapi nasib baiklah ceritanya okey. Kalau tak buang masa dan karan sahaja.

FILEM: The Dark Knight
PENGARAH: Christopher Nolan
PELAKON: Christian Bale, Heath Ledger, Aaron Eckhart, Maggie Gyllenhaal, Michael Caine
GENRE: Aksi Adventure

Ulasan

MEMANG hebat dan menggemparkan. Pendek kata ini filem aksi pengembaraan superhero paling gah yang pernah penulis tonton tahun ini. Lupakan seketika soal kematian watak jahat lakonan mendiang Heath Ledger tetapi tumpukan kepada betapa gila, licik, jelek, kejam, zalim, gelap dan pada masa sama bijak, sunyi, terpinggir dan menyedihkan entiti yang dipanggil Joker ini.


Gangguan jiwa bagi insan yang terlalu bijak seperti Joker menjadikan karakternya layak dibenci dan dikasihani dalam masa sama.
Jika Batman Begins juga sentuhan Christopher Nolan berjaya mendapat perhatian, bayangkan saja kegilaan yang bakal ditimbulkan menerusi skrip hasil adaptasi siri komik Marvel yang begini bersimpul.

Dalam sekuel terbaru ini, Peguam Negara, Harvey Dent/Two-Face (Aaron Eckhart) bersumpah untuk membersihkan bandar Gotham City daripada kegiatan jenayah yang semakin di luar kawalan. Batman/Bruce Wayne (Christian Bale) melihat kehadiran Dent sebagai satu jalan keluar baginya untuk meyakinkan penduduk Gotham bahawa mereka mampu hidup aman tanpa kehadiran Batman.

Namun, usaha Dent, Rachel ( Maggie Gyllenhaal), Wayne dan Inspektor Gordon (Gary Oldman) semakin sukar dengan kemunculan The Joker (Heath Ledger). Joker, penjenayah yang hidup dan bernyawa bukan kerana wang mahupun kekayaan sebaliknya dia bernafas melihat penyeksaan, penderitaan, kehancuran, kekejaman dan kesedihan manusia. Gotham City tambah kacau apabila Ketua Hakim dan Pesuruhjaya Polis dibunuh kejam. Kalau dilihat, ini bukan kali pertama siri Batman menampilkan dua watak jahat sekali gus. Sebelum ini, Jack Nicholson pernah membawa watak Joker dalam Batman 1989, manakala Tommy Lee Jones sebagai Two-Face dalam Batman Forever 1995. Bezanya memang jauh di mana Nicholson membawa watak Joker yang lebih cenderung kepada kelakuan Badut menjengkilkan, sebaliknya Ledger lebih kepada Joker yang mengalami kecelaruan jiwa kronik - gemar menggunakan hukum sains tindak balas dan perilaku manusia sebagai medan uji kajinya. Lebih hebat lagi, si gila ini mendahului dalam segala hal.

Dalam pesona pada babak pertempuran antara Batman dan Joker, shot udara serta adegan kejar mengejar menggunakan motosikal Bat Pod yang memang gah, karakter Batman sebenarnya bagaikan terselindung di sebalik dinamik dan gelapnya karakter The Joker. (Ini ayat pelajar pengajian sastera semester 5 ni)

Senang cerita, bagi saya cerita ini best. Jalan cerita menarik, berselirat dan terancang. Cuma kalau hendak ditonton untuk kali keduanya agak malam le sikit. Mesti rasa bosan lepas tu. Satu lagi, apasal le Batman tu kalau bercakap macam terlelan mickrofon. Getaran suara yang tak best lansung. Harap kalau ada next sekuel tukarlah cara cakap si Batman nie.

Honestly, saya suka ler sentuhan Christopher Nolan nie. Memang brilliant corak dan gaya filemnya. Macam filem Prestige yang pernah saya review dulu. Ahakss.. Tentu lepas nie saya akan menjadi peminat karya-karya sentuhan Christopher Nolan ! Memang tak syak lagi...!!!

Friday, August 15, 2008

Fraternity of Assassins

Filem ini dah lama dah saya tengok. Awal bulan Julai kalau tak silap. Tapi baru hari ini berkesempatan nak buat review sikit. Cerita dia takat OK jer. Ada elemen CGI jer. Jalan cerita kureng lerrr... Jom kita tengok sikit review yang saya cedok dan ubah suai dari surat khabar nie...

FILEM: Wanted
PENGARAH: Timur Bekmambetov
PELAKON: James McAvoy, Morgan Freeman, Terence Stamp, Thomas Kretschmann, Common dan Angelina Jolie
GENRE: Aksi thriller
MULA TAYANG: 26 Jun 2008

LAYAK untuk dikelaskan sebagai filem aksi thriller yang dibikin dan dilakonkan dengan penuh bergaya dan cukup attitude untuk tontonan tahun ini, walaupun idea bahawa takdir hidup mati insan dalam filem ini tersurat dalam untaian tenunan kain agak melampau tetapi itulah fiksyen sebuah filem.

Bayangkan, jika nama dalam bentuk kod tersimpul dalam tenunan kain adalah nama anda. Mudah kata, bersiap sedialah untuk berjumpa sang pencipta. Demikian cara anggota kumpulan Fraternity menyelesaikan tugasan membunuh mereka. Kod dipecahkan dari tenunan kain, sementara pembunuh upahan pula menyudahkannya.

Idea yang lahir daripada pengarah unik kelahiran Russia ini cukup untuk memberikan gambaran bagaimana kuasa suatu pertubuhan bawah tanah mampu menjadi satu-satunya cara terbaik mengawal dan mengimbangi keadaan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan dunia.

Kesan daripada babak aksi terutama adegan kejar mengejar, gerak perlahan peluru secara membelok, letupan dan pelbagai lagi lagak ngeri yang mendebarkan ditangani cukup kemas.

McAvoy dan Jolie ternyata menjadi tumpuan utama dalam filem ini bukan atas dasar mereka hero dan heroin tapi lebih kepada keserasian karakter. Jolie sebenarnya cukup kejam dalam paras jelita dan gerak laku cool setiap kali beraksi lasak. Mc Avoy pula, kelam kabut, naiv namun masih mampu menonjolkan rasa kekosongan jiwa, kecewa, derita lara hidup bersendirian selama ini.

Memang filem ini nampak lasak, kejam, daring dan sesekali melampau tapi kalau direnung sedalamnya, ia begitu kuat nilai kemanusiaan. Apapun tidak dapat penulis nafikan unsur ceduk menerusi adegan daripada filem Tomb Raider dan Matrix terutama pergerakan peluru dan aksi pelakon dalam gerak perlahan cukup menonjol.

Bagi yang tidak mahu ketinggalan, Wanted antara lain mengisahkan Wesley Gibson (McAvoy), punya sebab kukuh untuk membenci kehidupannya yang menyedihkan. Ditinggalkan ayahnya ketika baru berusia tujuh hari, kehidupannya sebagai Pengurus Akaun sebuah syarikat langsung tidak menjadikannya semakin baik. Majikannya suka membuli, malah teman wanitanya pula curang dengan lelaki lain, iaitu kawan baik McAvoy sendiri.

Nasibnya berubah selepas bertemu Fox yang membawa berita kematian ayahnya ketika bertugas untuk Fraternity. Menerusi Fox (Jolie), Wesley menyedari bahawa dirinya punya kebolehan semula jadi untuk menembak peluru secara membelok. Fraternity adalah pertubuhan bawah tanah yang wujud ratusan tahun lalu, bertanggungjawab menghasilkan pembunuh upahan terlatih.

Tugas pembunuh upahan ini adalah untuk menghapuskan sasaran tertentu bertujuan mengembalikan keamanan dan kesejahteraan sejagat. Moto Fraternity: Hapuskan satu, selamatkan seribu. Bersama Fraternity, nasib Wesley yang menyedihkan mula berubah. Dia dilatih menjadi pembunuh upahan paling cekap oleh Sloan (Morgan Freeman), ketua Fraternity demi untuk menghapuskan Cross yang dikatakan membunuh ayahnya. Namun, kenyataannya lebih mengharukan. Sloan rupa-rupanya ada agenda jahat tersendiri. Bukan saja Wesley malah Fox (Angelina), The Gunsmith (Common) dan semua pembunuh upahan di bawah Fraternity dipermainkan Sloan untuk kepentingan dirinya.

Saranan: Beli DVD jelah...

Saturday, August 9, 2008

Mumia : Kubur Maharaja Naga

Filem ini saya tonton di GSC Alamanda. Teruja nak tengok selepas menonton tayangan filem The Mummy Returns kat TV3 seminggu sebelum itu. Hendak dijadikan cerita dekat dengan tempat duduk saya di GSC tu ada 2 orang mamat yang tak reti nak duduk diam. Buat lawak tah jenis apa tah. Nasib baiklah dia duduk selang 2 kerusi. Kalau tak tentu dah jadi mummy dia kat situ. He..he.. Nak ulas panjang-panjang malas pula. Banyak kerja nak buat ni. Ni review saya cedok dan ubah suai dari artikel surat khabar je. Jom kita layan.....
  • FILEM: The Mummy: Tomb of The Dragon Emperor
  • PENGARAH: Rob Cohen
  • PELAKON: Brendan Fraser, Maria Bello, Luke Ford, Jet Li Michelle Yeoh, John Hannah
  • GENRE: Aksi pengembaraan
FILEM ini pastinya menjadi santapan bermakna buat penonton filem yang sukakan teknik kesan khas dan imej janaan grafik komputer (CGI). Letupan, kemusnahan, senjata api, puluhan ribu tentera Terracotta, Yeti (raksasa salji) dan Jet Li yang muncul dalam pelbagai bentuk jelmaan raksasa termasuk naga kepala tiga, memadatkan lagi siri ketiga edisi filem Mummy ini.

Dalam edisi kali ini, Rick O’Connell (Brendan) dan Evelyn (Maria) bersara daripada menjadi ejen pengintip kerajaan British. Namun, kerajaan British memerlukan khidmat Rick dan Eve untuk kali terakhir iaitu mengembalikan satu artifak yang mengandungi air suci dari telaga Shangri-La kepada kerajaan China.

Pada masa sama, anak mereka, Alex mula berjinak-jinak menjadi pengkaji sejarah menemui makam Maharaja Han (Jet Li) dan 10,000 tentera Terracotta yang disumpah ahli sihir Zi Yuan (Michelle Yeoh). Alex (Luke Ford) sebenarnya diperdaya profesor sendiri untuk membangkitkan semula Han dan 10,000 tentera Terracotta yang disumpah sejak ribuan tahun lampau untuk melaksanakan rancangan jahatnya. Seperti dijangka, siapa lagi yang mampu membantu Alex keluar dari masalah menimpanya selain ibu bapanya sendiri.

Sebenarnya, jika melihat secara keseluruhan, tiada apa yang baru dalam Mummy kali ini. Dari segi lakonan, kehadiran Maria Bello menggantikan Rachel Weizt -Tak berapa nak best. Pasal rasanya Rachel Weizt lagi baik lakonan nya. Ada satu babak sewaktu mereka sedang mengejar kereta kuda yang dinaiki oleh Maharaja Han, Si Maria Bello ni nampak macam tersengih-sengih jer padahal dia waktu itu sepatutnya kena serius atau gelabah. Kemunculan Russel Wong sebagai Jeneral Ming dan kekasih Zi Yuan ok jer. Dan Alex dalam versi dewasa nampak macam hebat gila hingga kadangkala dia dilihat lebih berumur daripada bapanya sendiri (Brendan).

Saranan: Tak yah tengoklah. Baik beli DVD jer...