Malam tadi, sewaktu melepak di depan tv apabila anak-anak dan isteri sudah ke kamar tidur saya tertekan channel Zee TV (Ch118). Waktu itu filem yang ditayangkan adalah cerita Hindi yang dinamakan Chak De! India. Walau pun sebelum ini saya pernah menontonnya tapi teruja juga ingin menontonnya sekali lagi. Kali ini sudah tidak ingat yang kali yang keberapa. Filem ini bukanlah filem yang Bollywood yang bertema cinta sesama manusia tetapi cinta kepada negara dan jati diri seorang manusia yang mempertahankan maruah dan semangat cintakan negaranya. Watak yang dijayakan oleh Shah Rukh Khan sebagai juru latih pasukan hoki wanita ini memang tidak boleh dipertikaikan. Hebat sekali.
![]() |
| Sometimes Winning Is Everything |
Chak De! India (Hindi: चक दे इंडिया atau "Go for It, India!")adalah sebuah filem bertemakan sukan pada tahun 2007 yang menceritakan tentang sukan hoki di India. Filem ini diarahkan oleh Shimit Amin dengan produksi Yash Raj Films, dan dibintangi Shahrukh Khan sebagai Kabir Khan, bekas Kapten Pasukan Hoki Lelaki India. Setelah kekalahan India di atas pasukan hoki Pakistan, Khan dibuang dari Pasukan Hoki Lelaki India. Dia dan ibunya terpaksa keluar dari rumah keluarga mereka oleh para tetangga yang menuduh beliau belot dan menjual permainan kepada pasukan Pakistan. Tujuh tahun kemudian ketika berusaha memperbaiki dirinya, Khan menjadi jurulatih bagi pasukan hoki wanita dengan tujuan untuk membawa enam belas pemainnya menjadi pasukan juara dunia. Pelbagai penghinaan dan cabaran yang terpaksa dilalui oleh Khan dan pasukan dibawah bimbinganya. Berlatarkan belakang pertandingan hoki dunia di Australia, filem ini telah membawa penonton seolah-olah menyaksikan pertandingan hoki dunia yang sebenar. Hebat sekali. Setelah mendapatkan kejuaraan dalam pertandingan juara dunia tersebut, Khan memperbaiki reputasinya dan kembali pulang bersama ibunya ke rumah mereka dan dia telah disambut oleh jiran-jiran yang telah mengusir mereka sebelumnya.
Filem ini bagi saya adalah suatu filem yang hebat dengan gaya penceritaanya, sudut pengambarannya yang cantik dan menarik serta sarat dengan mesejnya yang cemerlang. Tidak jemu untuk ditonton berkali-kali. Terfikirlah apabila selesai menonton filem ini. Bilalah kita akan dapat menghasilkan cerita sehebat ini... Chak De! Malaysia

0 comments:
Post a Comment