Pages

Friday, April 25, 2008

The Prestige ( Are you watching closely ?)

Wooo.. kali ini saya nak ulas pasal satu filem yang menjadi kegemaran saya. Banyak kali dah tengok tapi tadi lepas balik solat Jumaat saya ulang tengok balik filem nie. Best.. woo.. dah lepas exam nie. Boleh lepak-lepak tengok tv ke, DVD ke, he..he.. jangan jeles ye my friend.. khe..khe...he..he..


Filem ini sebenarnya adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama oleh seorang penulis British yang bernama Christopher Priest. Novel dia dikeluarkan tahun 1995. Kalau saper nampak novel nie kat kedai pay less book yang jual novel paper back terpakai yang murah tu tolong belikan saya ekkk. Nanti saya bayar balik. Banyak kali carik tapi tak jumpa. Ini betul-betul nie bukan main-main. Memang minat gila cerita dia nie. Kat kedai buku MPH Alamanda mahal lah beb. Tapi buku baru lah. Filem arahan dari Christopher Nolan ini mengisahkan perkelahian antara dua orang ahlis silap mata bernama Robert Angier, lakonan Hugh Jackman dan Alfred Borden Christian Bale.

Dari segi plot ceritanya amat mudah sekali. Mengisahkan rivalry di antara dua orang magician untuk menjadi magician yang terhebat di London. Malangnya perkelahian di antara dua orang bekas sahabat ini tidak berhenti setakat Borden sudah salah ikatlah itu tali kat isteri Angiermenjadi yang terhebat di dalam arena mereka, tetapi sehingga tahap berbunuh-bunuhan. Persaingan yang sihat pada mulanya menjadi semakin menakutkan dan melampau-lampau. Pertelingkahan ini bermula bila dalam satu pertunjukan yang dilakukan, Isteri kepada Aigner atau kemudian dikenali sebagai the Great Denton telah mati kerana terdapat kesilapan teknikal. Angier menyalahkan Bordon.

Jadi mereka pun sudah bergaduh-gaduh-gaduh. Mereka pun berpecah dan masing-masing mencari jalan untuk menaikkan nama masing-masing. Borden kemudian berkahwin dengan Sarah dan mempunyai anak pompuan. Jadi Angier pun cemburu dan dia bengang sebab dia rasa Borden mendapat kebahagian yang dia inginkan tapi dia tidak. Jadi untuk membalas dendam dia pun cuba untuk mencuri trick the tranported man yang hanya mampu dilakukan oleh Borden.

Pasa masa yang sama pulak dia bercinta dengan Olivia, gadis yang menjadi pembantu dia dalam pertunjukkan silap matanya. Tetapi dia sudah suruh Olivia melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh Olivia. Iaitu menyamar kononnya berpaling tadah dengannya dan bekerja dengan Bordon. Jadi Olivia pun buat lah, tapi Olivia ni pulak sudah berpatah arah, pastu dia kerja dengan Borden pulak. Pastu dia main cinta pulak dengan Borden sampai Isteri Borden pun tension dan bunuh diri. Pastu Angier pun bengang ini buat sesuatu pada Borden, dan Borden terpaksa mengalah dan memberi rahsianya. Melalui rahsia yang Borden kasi ni, si Angier telah pun ke Colorado berjumpa dengan Nikola Tesla untuk dapat ilmu magic.

Nikola Tesla yang dilakonkan oleh David Bowie. Anyway, David Bowie ni bukan ahli silap mata dia adalah scientist. Melalui science dia dapatlah satu teknik yang amat hebat ni dan dia kasi kat Angier. Angier jadi popular dengan trick yang di ajar oleh Tesla.Teknik klon pakai eletrik lah bhai. Ingat profesor klon cicak man jer boleh klon orang. Sekarang Angier lebih terror dari Borden lah maka dia pun jadi berlagak yang power. Tapi... jeng jeng jeng... Kat sini lah akan berlaku satu twist yang akan menyebabkan kepala akan berpinar-pinar dan banyak betul plot sub plot, frame berframe, window berwindow dalam cerita ni sampai satu tahap tu kita dah tak faham menda.

Nasihat saya kalau korang nak tengok filem ni kena fokus bebetul, sebab kalau miss satu minit je terus ko tak faham ceritanya. Sebab cara arahan filem ini memang brilliant gila. Terdapat banyak flashback, dan dalam flashback itu pulak ada flashback lagi yang akan memberi jawapan untuk scene-scene tertentu. Kalau korang tak minat filem-filem yang suka buat korang berfikir, sebab korang suka filem-filem lawak senario, filem kisah cinta Yusoff Haslam atau filem Prof Madya ke dinasihatkan jangan tengok filem ni.


Sambung balik citer nie. Rupa-rupanya Si Borden tu ada kembar lah beb. Last part baru tahu. Dia orang berkongsi kehidupan. Tak bagitahu pun kat isteri dia. Sorang love kat wife dia dan sorang lagi cinta kat assistant dia. Kira dia nie bukan suami yang curang ler. Kembar ini akan bertukar-tukar style hidup. Kejap jadi Borden kejap jadi Fallon. Akhirnya satu dari kembar Borden ini mati kena gantung sebab dituduh membunuh si Aigner. Padahal yang mati tu hanya klon si Aigner. Itupun si Aigner yang bunuh. Last part pulak Si kembar Borden yang tak kena gantung tu telah tembak pulak si Aigner.


Korang paham ke tidak citer aku nie. Kalu tak paham. Tengok sendirilah .. Kalau nak pinjam DVD dia aku ada..

0 comments: