Pages

Wednesday, September 2, 2015

Sehari Sebelum 5 Tahun

Esok adalah hari ulang tahun ke 5 untuk anakku Elman Raimi. Malangnya untuk tahun ini saya tidak sempat untuk menyambutnya bersama kerana terlibat sebagai peserta kursus bagi Program Pembangunan Kepakaran PTM (Boot Camp) - Trek Pengurusan Rangkaian di Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT), Bukit Tinggi Pahang.

Petang tadi hubungi rumah, Elman menjawap panggilan. Mengadu yang kek hari lahirnya untuk di bawa ke taska telah diusik oleh adiknya. Entah apa yang berlaku agaknya.

Untuk Elman Raimi yang disayangi. Selamat Hari Lahir Sayang.. Moga Hidupmu sentiasa Dirahmati Dan Diberkati Allah SWT.



BUAT ANAKKU TERSAYANG......

YA ALLAH...Engkau letak kan dipangkuan anaku ini
ENGKAU rahmati dan berkatilah dirinya pada lindungan kasih sayang Mu......
YA RAHMAN YA RAHIM......
Indahkanlah kehidupan kami dengan ke solehan anakku.....
Sucikanlah kalbunya...,indahkanlah akhlaknya...,bersihkanlah kehormatan mereka...
Gabungkanlah bersama sama orang yang bertakwa kepada MU.....
Sayangilah anakku ini dengan dengan cahaya surga MU....
Hamba hanya bermodal ,doa ,air mata dan harapan....
Cinta dan kasih sayang Walid sampai akhir tutup usia....

-Walid-
2 Sept. 2015 11.40pm
Bukit Tinggi, Pahang

0 comments: