Filem ini saya tengok secara haram sebelum bulan puasa yang lepas. Maksud dia saya tengok DVD cetak rompak. Nasib baiklah tengok VCD cetak rompak sebab cerita dia memang haram tak berfaedah. Kita layan jelah sinopsis cerita nie. Frankly to say bahagian sinopsis ni saya cited from Antara Bumi dan Langit punya blog. Sebab buang karan jer nak bagi sinopsis bagi filem kelas apa tah nie. Korang nak tahu cerita ni baca jelah kat bawah nie yer....Sinopsis
Dont Mess With The Zohan adalah sebuah filem yang mengisahkan Zohan Dihz seorang wira Yahudi yang berkhidmat dalam skuad elit tentera Israel dalam menentang pengganas Palestin. Namun tidak seperti yang sering dipaparkan dalam media tempatan, Zohan merupakan seorang askar isreal yang cekap, tidak mencederakan orang awam dan cintakan kedamaian Cerita bermula apabila zohan yang sangat teringin untuk jadi pendandan rambut profesional di Amerika. Zohan menggunakan akalnya yang geliga (semua otak yahudi geliga le konon), memalsukan kematiannya di tangan Phantom (Fatush) hero palestin yang dungu dan bengap sebelum dia lari ke kota impian. Di sana, beliau gagal mendapat kerja di salon terkemuka kerana dia tiada pengalaman.
Ini bukanlah masalah serius jika anda seorang yahudi. Beliau bermula berdikit-dikit lama-lama jadi bukit di sebuah salon milik anak gadis Palestin yang seksi. Akhirnya kerana kemahirannya dan servisnya yang bagus, beliau menjadi terkenal. Konflik timbul bila kedai tapak salon (dan seluruh komuniti) yang tempat dia bekerja hendak di robohkan dan dibangunkan dengan pusat membeli belah kelas atasan. Dia, sebagai hero yahudi sejati bangun dan menyatukan seluruh warga arab, Yahudi termasuk Fatush untuk menentang establishment. Akhirnya mereka menang.
UlasanBagi saya cerita nie hampeh. Entah apa-apa tah. Cuma terdapat beberapa sindiran yang dipertunjukkan secara tersirat. Tapi dah dibuat dari kacamata omputih mesti ada yang dipaparkan adalah tidak benar mengenai orang Islam. Selain itu terdapat beberapa unsur 18SX yang ditontonkan so kurang sesuai untuk ditonton bersama keluarga. Elemen komedi pun jenis splastik ala-ala Adam Sandlers punya filem yang terdahulu. So jangan peningkan kepala. Benda-benda yang agak lawak kita gelak jelah.. Tapi kalau nak dikupas motif dan objektif filem ini tidak perlulah pusingkan kapla jingga.
Saranan saya
Kalau nak sangat tengok - pinjam ajer VCD cetak rompak kawan-kawan yang dah beli ataupun tak yah tengok pun tak per. Lagi bagus dari buang masa.
0 comments:
Post a Comment