Pages

Wednesday, April 16, 2008

Today is my birthday

Tu dia declaration of syntax error lagi. Kek kat bawah ini khas untuk saya. He..he.. Tapi kek dengan 3 batang lilin besar dan 1 batang lilin kecil susah nak carilah. Yang jumpa pun kek yang macam di bawah ni jelah.

Terima kasih kepada tukang wish dan juga bakal tukang wish kemudian ni after read this posting. Apa yang best tentang hari jadi? Nothing... just seronok kalau ada orang yang ingat dan tukang ingatkan hari jadi kita. He..he.. birthday sendiri pun lupa. Bukan apa, cuma sibuk dengan exam yang mendatang malam tadi.

Bercakap pasal exam, dah 2 paper selesai dijawab. Bagaimana? Emm.. paper pertama. Entah tak tahu macam senang tapi tak senang. Close book, hafal macam nak rak..tup-tup time exam lupa segala. Nak mengeja ada satu istilah BI tu pun tergagap aku nak ingat. Last-last aku taram jer.. Yang kedua (malam tadi). Open book. Soalan punya banyak hendak dibuat dalam masa 2 jam. Mana fikir lagi. Last-last saya salin jer dari buku. Tu dia, macam nak pi Photostat jer buku tu kat kedai, lepas tu stapler dan hantar kat lecture. Macam le ada berani. Cakap jelah.... Last paper will coming in next Wednesday so sekarang sedang relax menyiapkan final assignment dengan final make-up to my Static Analyzer program. Yup, nie part yang best. Dah siap dah saya buat tadi, Cuma nak siapkan report sahaja. Tq tu my kind senior yang bagi source code kat saya (bagi kredit sikit kat sini).

Okeylah kali nie saya nak cerita pasal Pesta buku Kuala Lumpur 2008 yang saya pergi minggu lepas sebelum first exam. Sebelum tu saya dah buat posting sedikit bagi mempromosikan PBAKL 2008 pada posting yang lepas.

Pesta Buku Kuala Lumpur 2008 (PBAKL ke 27)

Masuk tahun ini saya telah pergi ke PBAKL sebanyak 3 tahun berturut-turut. Apa yang menarikya pesta buku ini? Bagi saya yang menariknya ialah saya ada alasan nak pergi KL. Kalau tidak kirim salam nak turun KL. Kedua ada banyak buku yang dijual dan ada di antaranya ada diskaun. Kalau dari temapat saya ini saya lebih suka naik komuter dari stesen Batang Benar hingga Bandar Tasik Selatan dan tukar naik Putra LRT hingga PWTC. Ongkosnya RM 3.80 + RM 1.70 sehala perjalanan. Murah kan..okey lah tu. Kalau naik kereta dengan tol, minyak dan bayar parking lagi. Lagi murah naik pengangkutan awam. Bilah kerajaan parti rakyat ni nak hapuskan tol dan kuranghkan harga minyak. Disebabkan saya pergi waktu hari bekerja so tidaklah ramai pelawat kali ini. 2 tahun yang lepas saya pergi ke sana pada hari Sabtu dan biasalah punyalah ramai umat manusia.

Apa yang dibeli. Tak der apa pun. Cuma beli 2 naskah kamus Arab-Jawi-Melayu untuk anak buah, Buku ulangkaji soalan UPSR untuk anak buah dan 4 buah buku cerita CESB dengan diskaun 50%. Buku cerita CESB tu bukan untuk saya tetapi untuk my beloved sister. Dah lama tak beli buku cerita untuk depa so kali ini belilah untuk bacaan depa. Untuk saya ? Tiada apa yang menarik untuk dibeli. Cuma amik beberapa buku/ risalah percuma. Yang best ini saya dapat buku penerangan mengenai Sistem Perpustakaan di rumah (ada cara-cara nak setup libray kat rumah). Bagus betul buku tu. Tak rugi saya menjawab soal-selidik di booth KEKWA. Oh..satu lagi saya agak kecewa kerana CESB tidak menerbitkan buku tulisan Abdul Rahim Awang lah tahun ini. Tak seperti tahun-tahun lepas. Kecewa betul. Nak tahu kenapa saya minat hasil tulisan beliau?Hasil garapan beliau tidak sama macam penulis lain. da unsur-unsur suspen, misteri dan tidak boleh difikrkan penamat cerita dia. Senang kata, tak macam penulis novel lain terutamanya penulis dari kaum hawa yang asyik-asyik tulis kisah cinta yang membosankan dengan deskripsi hero-heroin yang berlebih-lebihan contohnya yang herion tu cantik yang amat dan baik gila macam dialah yang paling baik dalam dunia. Oh.. bosan.. Tapi my elder sister dengan my younger sister amatlah minat dengan buku-buku cerita sebegini. So kalau ada sale atau duit lebih tu saya belikan untuk diaorang. Selalunya kalau saya baca buku macam nie..belum habis bab pertama saya dah meluat. Sori nak baca lagi. Tapi tidak macam buku Abdul Rahim Awang saya akan baca berulang kali walaupun dah pernah baca. Nantilah saya bagi ulasan tentang buku tulisan beliau. Sementara itu cubalah kalian baca kalau ada masa buku cerita beliau seperti Orang Ketiga, Bara, Menterai (buku ini saya paling suka), Mama, Ego, Kompilasi Generasi yang Hilang dan banyak lagi. Banyak buku cerita beliau telah pun menjadi koleksi peribadi saya. Selain itu, penulis yang saya minat ialah Abdul Talib Hassan penulis Novel Saga, Saga 2, Saga 3, Warisan, Jerebu, Sutera dalam lukisan dan banyak lagi. Tetapi Abdul Talib Hassan ini sudah lama tidak hasilkan Novel. Kemana agaknya beliau sekarang ini? Ataupun kalau ada mungkin buku tulisan beliau tidak lagi di terbitkan oleh CESB. Tak tahu lah pulak saya. Opsss. Melalutlah pulak. Terlupa pasal PBAKL.

PBAKL telah pun berakhir 14 April 2008. Ehemmm...tentang susunan gerai pameran pula ada yang tak berapa best sebab nak kena pergi seberang sungai ke dewan Tun Razak 2. Tak bestlah sebab jauh dan penat nak menyeberang jambatan ke sana. Dah pulak tu terlupa nak bagi resit untuk cabutan bertuah. Mamat yang jaga kaunter penerangan PBAKL di Legar Putra tu kata tak boleh bagi kat situ kena pi kat kauter di Dewan Tun Razak 2. Hendak pergi ke sana balik tetiba je kena badi penyakit malas. Sorilah naik lori nak pergi balik.

Lain-lain no komen. Sampai rumah pukul 5.30 pm.

3 comments:

Asue said...

nak pergi ari tu..tp sbb masa n keadaan x izinkn..lain taun InsyAllah pergi kalo still kat KL and umur panjang

Unknown said...

Walaupun dah terlepas hari...anyway nk wish jugak...hepi belated birthday...maka genap 31 tahun menghuni bumi yang fana nieh.....masih nk jadik stand alone server ker - tak pegi Cuti-cuti malaysia lagik

Han Abr said...

Mekasih..