Pages

Wednesday, July 31, 2013

Filem Bermesej

Lama betul saya tidak mengulas pasal filem ek? Banyak sebenarnya yang telah di tonton tapi maleesss ler pulak nak memulas..oppsss... mengulas. Antara yang membawa mesej yang berguna setelah selesai ditonton ialah:
Filem The Impossible (2012)
The Impossible (2012)
Filem ini merupakan adaptasi dari kisah benar mengenai sebuah famili (parent dengan 3 orang anak) yang melancong di Thailand terperangkap dalam kemusnahan dan huru-hara semasa dan selepas tsunami Lautan Hindi pada tahun 2004. Maria yang berkunjung ke Khao Lak, Thailand bersama suaminya, Henry lakonan Ewan McGregor dan tiga anak lelaki mereka sempena Krismas pada 2004. Namun kegembiraan mereka bercuti bertukar menjadi mimpi ngeri apabila bencana tsunami datang melanda.

Mereka sekeluarga terpisah dihanyut ombak ganas. Maria hanyut bersama anak sulungnya Lucas. Dia mengalami cedera teruk namun nasibnya baik apabila dia dan Lucas berjaya  ke tempat selamat dan mereka dibawa ke hospital oleh penduduk tempatan. Manakala suaminya pula terselamat bersama dua lagi anaknya berdekatan dengan hotel. Henry terpaksa meninggalkan dua anaknya itu di pusat himpunan mangsa bagi meneruskan usahanya mencari isteri, Maria dan Lucas yang difikirkan hilang dihanyut tsunami.

Henry mencari isterinya tanpa menyedari yang Maria makin parah akibat luka di kakinya. Lebih parah lagi rekod perubatan Maria tertukar dengan mangsa tsunami yang lain dan dia telah disalah bedah. Lucas kecewa dan sedih yang amat dengan menyangka ibunya telah meninggal dunia. Namun takdir dan ketentuan tuhan memang tidak dapat dijangka. Keluarga ini telah ditemukan dalam situasi yang meruntun emosi. Nak-nak time 2 orang adik si Lucas tu terpandangkan abang dia.. Berlari-lari dorang sambil menjerit-jerit nama abang dia..Sebaklah pulak time tu... Emo betul ler saya  nie.. Hikk...hik.. Tengok sensorang. Penghayatan terlebihlah pulak...


Cerita diendingkan apabila mereka sekeluarga menaiki kapal terbang ke Singapura untuk rawatan lanjut Maria di Singapura (dibayar oleh Syarikat Insurans mereka). Happy ending.. Sobb..Sobb...


Ada satu lagi cerita yang berkaitan dengan tsunami yang melanda pada tahun 2004. Kali ini di Acheh. Filem saya tonton lama dah. Tajuknya ialah Hafalan Shalat Delisa.
Filem Hafalan Shalat Delisa
Sinopsis citer nie...


Hafalan Shalat Delisa (2011)

Delisa, 6 tahun, tinggal bersama ibunya yang ia panggil Ummi serta tiga orang kakaknya, Cut Fatimah (15 tahun) dan si kembar Cut Aisyah dan Cut Zahra (12 tahun). Ayah mereka Abi Usman bekerja di kapal tangki di tengah laut dan pulang setiap tiga bulan sekali. Delisa berusaha keras menghafal bacaan solatnya, bukan hanya untuk ujian hafalan tapi juga kerana mengimpikan hadiah seutas rantai emas dari Umminya.

Pada pagi 25 Disember 2004, Delisa sedang di dalam kelas untuk ujian hafalan solat. Umminya menunggu di luar memerhatikan dia melalui tingkap. Apabila di penghujung kalimat hafalan solatnya, tsunami datang melanda. Ombak laut menghentam tembok sekolah. Ustazah Nur berteriak panik. Akan tetapi,ajaibnya Delisa tetap khusyu dan tidak menyedari akan apa yang terjadi. Tubuh Delisa terpelanting. Dia lemas dihanyut ombak.

Enam hari kemudian, seorang askar bantuan dari USA bernama Smith telah menemui Delisa tersangkut di semak belukar berbunga putih empat kilometer dari sekolahnya. Seluruh tubuhnya penuh luka, kaki koyak bernanah, kelaparan dan kedinginan. Delisa pengsan. Segera ia diterbangkan dengan helikopter menuju Kapal Induk John F Kennedy.

Dia tak tahu bahawa umminya hilang entah kemana (yang akhirnya Umminya ditemui telah meninggal dunia). Kedua kakak kembarnya ditemukan mati berpelukan. Kakak sulongnya pula dikuburkan tiga hari setelah bencana. Rumahnya hancur. Padang bola tempat dia biasa bermain telah menjadi rata. Sekolahnya hanya tinggal tiang bendera. Ayahnya masih nun jauh di tengah lautan Kanada. Ia benar-benar sendirian.

Beberapa hari kemudiannya ayahnya pulang. Dan kaki Delisa pula perlu dipotong. Delisa dilihatkan sangat tabah bahkan dia sering menjadi pendorong Abinya agar redha dengan takdir Ilahi. Dan yang lebih mengharukan lagi, Delisa tetap bertekad menyelesaikan bacaan solatnya. Bukan kerana rantai tapi kerana Allah.

Sobbb.. Sobb... Tak berapa Happy Ending.. Namun cerita ini memang membawa mesej yang mulia untuk difikirkan penonton dan muhasabah diri.
Kisah Delisa dan Maria ini membawa kita pada penghayatan yang begitu dalam. Tentang keikhlasan, ketaqwaan kepada Tuhan, ketabahan dan juga mengajarkan bahawa bagaimana pun masalah datang menimpa hidup kita, akan ada rahmat dari Allah SWT.

Cerita Melayu yang membawa mesej yang terpuji pulak... emmm..emmmm ..emmmm.. hurmmmmmm...

Keyboard-off.

0 comments: