
Filem ini saya tonton bersama rakan-rakan yang masih mengingati saya. Ajis, Sopi & Dwen. Oh.. teringat pula masa tu si Ajis ni baru sahaja membantu Mak Cik Asue nie yang tak boleh start kereta. He..He.. Tayangan filem ini mengambil masa 2 jam setengah. Sakit-sakit tulang belakang nie nak tunggu cerita nie habis. Tapi nasib baiklah ceritanya okey. Kalau tak buang masa dan karan sahaja.
FILEM: The Dark Knight
PENGARAH: Christopher Nolan
PELAKON: Christian Bale, Heath Ledger, Aaron Eckhart, Maggie Gyllenhaal, Michael Caine
GENRE: Aksi Adventure
Ulasan
MEMANG hebat dan menggemparkan. Pendek kata ini filem aksi pengembaraan superhero paling gah yang pernah penulis tonton tahun ini. Lupakan seketika soal kematian watak jahat lakonan mendiang Heath Ledger tetapi tumpukan kepada betapa gila, licik, jelek, kejam, zalim, gelap dan pada masa sama bijak, sunyi, terpinggir dan menyedihkan entiti yang dipanggil Joker ini.
Jika Batman Begins juga sentuhan Christopher Nolan berjaya mendapat perhatian, bayangkan saja kegilaan yang bakal ditimbulkan menerusi skrip hasil adaptasi siri komik Marvel yang begini bersimpul.
Dalam sekuel terbaru ini, Peguam Negara, Harvey Dent/Two-Face (Aaron Eckhart) bersumpah untuk membersihkan bandar Gotham City daripada kegiatan jenayah yang semakin di luar kawalan. Batman/Bruce Wayne (Christian Bale) melihat kehadiran Dent sebagai satu jalan keluar baginya untuk meyakinkan penduduk Gotham bahawa mereka mampu hidup aman tanpa kehadiran Batman.
Namun, usaha Dent, Rachel ( Maggie Gyllenhaal), Wayne dan Inspektor Gordon (Gary Oldman) semakin sukar dengan kemunculan The Joker (Heath Ledger). Joker, penjenayah yang hidup dan bernyawa bukan kerana wang mahupun kekayaan sebaliknya dia bernafas melihat penyeksaan, penderitaan, kehancuran, kekejaman dan kesedihan manusia. Gotham City tambah kacau apabila Ketua Hakim dan Pesuruhjaya Polis dibunuh kejam. Kalau dilihat, ini bukan kali pertama siri Batman menampilkan dua watak jahat sekali gus. Sebelum ini, Jack Nicholson pernah membawa watak Joker dalam Batman 1989, manakala Tommy Lee Jones sebagai Two-Face dalam Batman Forever 1995. Bezanya memang jauh di mana Nicholson membawa watak Joker yang lebih cenderung kepada kelakuan Badut menjengkilkan, sebaliknya Ledger lebih kepada Joker yang mengalami kecelaruan jiwa kronik - gemar menggunakan hukum sains tindak balas dan perilaku manusia sebagai medan uji kajinya. Lebih hebat lagi, si gila ini mendahului dalam segala hal.
Dalam pesona pada babak pertempuran antara Batman dan Joker, shot udara serta adegan kejar mengejar menggunakan motosikal Bat Pod yang memang gah, karakter Batman sebenarnya bagaikan terselindung di sebalik dinamik dan gelapnya karakter The Joker. (Ini ayat pelajar pengajian sastera semester 5 ni)
Senang cerita, bagi saya cerita ini best. Jalan cerita menarik, berselirat dan terancang. Cuma kalau hendak ditonton untuk kali keduanya agak malam le sikit. Mesti rasa bosan lepas tu. Satu lagi, apasal le Batman tu kalau bercakap macam terlelan mickrofon. Getaran suara yang tak best lansung. Harap kalau ada next sekuel tukarlah cara cakap si Batman nie.
Honestly, saya suka ler sentuhan Christopher Nolan nie. Memang brilliant corak dan gaya filemnya. Macam filem Prestige yang pernah saya review dulu. Ahakss.. Tentu lepas nie saya akan menjadi peminat karya-karya sentuhan Christopher Nolan ! Memang tak syak lagi...!!!
0 comments:
Post a Comment