Pages

Tuesday, November 18, 2008

Kung Fu Panda - Sesiapa pun boleh menjadi hero

Sebenarnya filem animasi Kung Fu Panda ini sudah lama saya tonton. Banyak kali. Ini disebabkan anak buah saya gemar sangat menontonnya. Sepanjang bulan Ramadhan lepas, sementara menunggu waktu berbuka anak buah saya akan memasangnya so secara tidak langsung saya pun terseret sama menonton. Tapi malangnya tidaklah dapat saya menonton sehingga ke ending cerita kerana belum sempat cerita tamat, azan magrib sudah berkumandang. So terhentilah tontonan saya sehingga 3/4 jalan ceritanya sahaja. Namun hari ini disebabkan sudah tamatnya bebanan peperiksaan dan pembentangan proposal projek akhir, saya telah menoton filem animasi ini hingga tamat. So inilah hasilya. Layan.....


Sinopsis


Kung Fu Panda mengambil latar negeri dan kebudayaan China sebagai latarnya mengisahkan Po (disuarakan oleh Jack Black) seekor beruang panda yang besar tetapi malas dan kuat makan walaupun terpaksa bekerja membuat mee di kedai keluarganya. Dia sebenarnya lebih suka berangan untuk menjadi hero kung fu kerana terlalu meminati tokoh-tokoh kung fu yang terkenal di negerinya ketika itu. Bagaimanapun, nasib Po berubah apabila dia secara tidak sengaja telah terpilih menjadi pahlawan naga (dragon warrior) dan telah mendapat tunjuk ajar daripada Shifu Kung Fu (disuarakan oleh Dustin Hoffman) yang awalnya agak keberatan menerima tanggungjawab melatih Po yang diamanahkan oleh Oogway, iaitu seekor kura-kura, pewaris seni pertahanan Kung Fu dan ketua kuil yang semakin uzur.


Shifu sebenarnya lebih yakin kepada kumpulan berlima yang terdiri daripada Tigress (suara Angelina Jolie), Crane (suara David Cross), Mantis (suara Seth Rogen), Viper (suara Lucy Liu) dan Monkey (suara Jackie Chan) sebagai Pahlawan Naga berbanding Po yang fizikal dan kemahirannya tidak cukup meyakinkan Shifu. Biarpun menjadi Pahlawan Naga merupakan idaman mereka tetapi tanggungjawab daripada pengiktirafan tersebut bukannya mudah kerana Pahlawan Naga perlu menyelamatkan Lembah Damai mereka daripada Tai Lung (disuarakan oleh Ian McShane) seekor harimau salji yang selama ini berdendam kerana tidak terpilih sebagai pahlawan naga dan telah dipenjarakan.


Pada dasarnya pemilihan watak Panda sebagai hero filem animasi ini mempunyai potensi yang menarik biarpun Panda sendiri memperlihatkan fizikal yang lembut dan bertubuh besar. Tetapi potensi yang hendak dijelmakan di sini ialah semangat heroisme yang datang dari dalam tubuh itu sendiri dan tidak seharusnya dilihat pada kelemahan diri. Inilah faktor utama filem ini, melihat kekuatan dari dalam diri sendiri. Po menjadi hero daripada keupayaannya mengatasi kelemahan fizikal dan persepsi orang lain seperti mana orang biasa yang tiba-tiba muncul jadi hero.


Dengan bantuan teknologi digital CGI Kung Fu Panda pastilah tidak berhadapan dengan masalah menghasikan animasi yang realistik. Malah untuk memastikan gambaran landskap dan perwatakan yang tepat dalam setiap riak dan pergerakan watak, dari apa yang saya tonton dari "the making of kungfu Panda" pengarah filem ini Mark Osborne dan John Stevenson serta pengarah seni Tan Kheng Heng dan pengarah produksi Raymond Zibach perlu merujuk banyak lukisan China dan mengkaji seni budaya China. Bagi Saya filem ini agak menarik cuma jalinan watak Po terlalu ringkas dan tiada penonjolan ketara untuk mengajak penonton menjiwai kegigihan dan keiginan Po untuk menjadi Pahlawan Naga dan yang ketara adalah cuma paparan fizikal Po yang kuat makan dan malas bekerja.


Saranan: Okey jugak menonton bersama keluarga. Can share a great fun with family.

0 comments: