Bulan lepas, saya menghadiri latihan di bilik latihan di pejabat saya. Kebetulan pula bilik latihan tersebut terletak di dalam perpustakaan. Sewaktu break makan tengah hari dan kebetulan pula makanan lambat sampai saya pun pergilah ke sudut akhbar untuk membaca surat khabar dan kemudiannya meronda ke rak-rak buku untuk melihat buku-buku terkini.
Terpandanglah saya akan sebuah buku yang agak baru diletakkan di rak. Ada Novel baru Berjudul "Laskar Pelangi". Laskar Pelangi adalah novel pertama karya Andrea Hirata yang diterbitkan oleh Bentang Pustaka pada tahun 2005. Novel ini bercerita mengenai kehidupan 10 anak dari keluarga miskin yang bersekolah di sebuah sekolah agama Muhammadiyah di Belitung yang serba kekurangan. Bab pertama jer novel nie dah membuat saya untuk baca ke bab2 yang seterusnya. Namun ada juga bahagian-bahagian yang saya skip apabila penerangan yang panjang lebar diterangkan dengan agak membosankan.Tapi keseluruhan novel ini menarik dan berjaya membuatkan saya membacanya hingga ke muka surat terakhir.
Pada malam sebelum hari guru tahun ini, Astro Ria ada menayangkan filem Laskar Pelangi. Punyalah gigih saya menanti untuk tidak terlepas tayangan filem ini namun agak menghampakan kerana apa yang saya bayangkan apabila membaca novel jauh tidak sama seperti apa yang divisualkan. Banyak adegan tidak seperti di dalam novel dan diubahsuai dan penamatnya tidak menarik langsung. Namun apabila membaca dan menonton cerita ini sering mengingatkan saya akan waktu persekolahan dulu. Nostalgik betul...
Tungak Utama Filem Laskar Pelangi
0 comments:
Post a Comment