Pages

Showing posts with label Ulasan Buku dan Novel. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Buku dan Novel. Show all posts

Thursday, December 7, 2017

Novelis Kegemaran

Seperti yang pernah saya maklumkan sebelum ini Abdul Talib Mohd Hassan merupakan salam seorang penulis kegemaran saya. Hampir kesemua hasil karya beliau ada dalam simpanan saya. Dari hasil pencarian saya berikut adalah gambar dan biodata beliau yang saya temui.
Abdul Talib Mohd Hassan merupakan salah seorang penulis novel Malaysia. Beliau merupakan anak sulong dari tujuh beradik. Bapanya, Mohd Hassan bin Ali merupakan salah seorang pegawai Jabatan Laut.
Abdul Talib Mohd Hassan

Pendidikan
Abdul Talib Mohd Hassan (lahir 1947) mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Laki-laki Teluk Intan (1945-1957). Beliau kemudiannya menyambung pengajiannya di sekolah Rendah Anglo-Chinese, Teluk Intan (1958-1960), sebelum meneruskan pengajiannya di sekolah Menengah Horley Methodist, Teluk Intan (1960-1965). Selepas itu beliau mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Harian, Teluk Intan, dan pada masa yang sama belajar secara sambilan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia pada 1969. Setelah tamat kursus, beliau kemudiannya mengajar di Sekolah Kebangsaan Spang Loi, Johor.

Buku Penulisan

    (1989) Warisan, Wajah- wajah di pelangi
    (1990) Jelaga, Cinta Semalam, Primadona
    (1991) Pelarian, Bebayang Ungu, Mimah, Mega-Mega,Sinar di Sebalik Kabus, Destini Kasih, Ika, Airiani
    (1992) Di Rahang Sumpah.
    (1993) Sutera dalam Lukisan, Saga Dua
    (1994) Jerebu
    (1997) Khailee
    (2001) Saga Tiga, Kompilasi Destini Kasih, Kompilasi Sekuntum Bunga Sena.
    (2005) Diari Hati

Kejayaan Penulisan

    Pemenang pertama Sayembara Novel GAPENA 1976 dengan novel Saga.
    Hadiah kedua Sayembara Novel Hari Guru 1977 dengan novel Pelarian.
    Pemenang kedua Sayembara Novel GAPENA & Yayasan Sabah 1979 dengan novel Warisan.
    Hadiah ketiga dalam Peraduan Menulis Skrip Drama televisen Anjang Aki


Sumber : Wikipedia

Friday, November 17, 2017

Kompilasi Sekuntum Bunga Sena

Hujung minggu lepas. Belek-belek di rak buku, terjumpa Novel Kompilasi Sekuntum Bunga Sena. Novel kompilasi ini mengandungi 3 buah cerita iaitu Kompilasi (1) Sekuntum Bunga Sena (2) Bebayang Ungu (3) Mega-mega.

Segera  saya ambil untuk dibaca semula.  Sebab pertama yng menarik perhatian saya untuk membaca buku ini ialah disebabkan oleh penulis novel ini iaitu Abdul Talib Mohd Hassan (lahir 11 Oktober 1947) merupakan salah seorang penulis novel terkenal di Malaysia.
Antara karya-karya beliau ialah:

(1989) Warisan, Wajah- wajah di pelangi
(1990) Jelaga, Cinta Semalam, Primadona
(1991) Pelarian, Bebayang Ungu, Mimah, Mega-Mega,Sinar di Sebalik Kabus, Destini Kasih, Ika, Airiani
(1992) Di Rahang Sumpah.
(1993) Sutera dalam Lukisan, Saga Dua
(1994) Jerebu
(1997) Khailee
(2001) Saga Tiga, Kompilasi Destini Kasih, Kompilasi Sekuntum Bunga Sena.
(2005) Diari Hati

Hampir kesemua novel beliau ada dalam simpanan saya. Novel yang betul-betul menarik minat saya adalah novel warisan dan siri Saga 1, 2 dan 3. Setahu saya, selepas Novel Diari Hati sudah tiada lagi novel beliau. Sayang sungguh.  Kalaulah ada penulis novel yang sekarang ini sama standard penulisannya dengan beliau kan bagus..

Hati mana yang tak retak, jiwa mana yang tidak lebur, dahan tempat bergantung patah, ruang tempat berteduh pecah dan kini dia tiba-tiba nanar menjadi sang pemburu pada sebuah kebahagiaan hakiki.

Wednesday, February 26, 2014

Ada Bagus Bagusss

Baru nak baca.. Kalau rajin nanti saya kongsi & review..



Friday, August 2, 2013

PECAH - NOVEL & FILEM

Novel Pecah

Sinopsis dari Laman Web FIXI

Bank CIMB Shah Alam simpan harta. Herman, Alan, Radi, dan Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka sepakat ke hospital. Rumah Seri Memori simpan warga emas. Bakar – sang penghuni dimamah dosa – tiba-tiba tumbang. Hilang sedar. Lidya – sang jururawat – dan Dr Vivian gegas bantu. Mereka sepakat ke hospital. Hospital Tengku Ampuan Rahimah simpan nyawa. Alan di wad kecemasan. Bakar di wad lelaki. Herman-Don-Radi mahu cabut namun terbantut. Kereta kandas, sedang Inspektor Paul tiba pantas. Pintu pagar hospital dikawal, mereka perlu cari akal.

Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debar Herman; di celah kerunyut gebar Bakar; satu-persatu kisah terpokah. Satu-persatu PECAH.

Penulis: Khairulnizam Bakeri

Ulasan: Tepuk2..tepuk2. Hebat gak novel nie. Lain dari yang lain. Bravo.. Penulisan Novel dengan gaya dan pandangan yang berbeza. Syabas Khairulnizam Bakeri.

Filem Pecah

Kisah dibuka dengan flashback insiden sekitar tahun 70-an apabila Bakar yang sedang masuk ke rumah telah tersilap menyangkakan yang Sarah adalah isterinya, Nora. Sarah dirogol oleh bapanya sendiri dan melahirkan anak haram Bakar. Malangnya, Sarah meninggal dunia selepas melahirkan anak mereka.

Komen : Adegan yang tah apa-apa. Watak rogol jer lebih.. biasa filem Melayu selalu adegan camni mmg betul-betul real.. Siap peluh-peluh muka tu.. Lepas tu highlight lebih-lebih kat suratkahabr & majalah. Chooiii...

Kembali ke masa kini, di sebuah bank, satu rompakan sedang berlaku di mana Alan, Herman, Radi dan Don adalah perompak bersenjata itu. Dalam kekalutan mengambil wang dan peti ‘safe deposit’, Alan ditembak dan cedera. Walau bagaimanapun, semua perompak berjaya melarikan diri dengan hasil wang rompakan sebanyak RM300,000.

Komen: Aksi yang murah giler. Tak macam bank pun. Bilik yang simpan peti ‘safe deposit’ macam stor mak cik cleaner. Aksi longgar... Drama TV ke filem ni..??? Confuse

Dalam masa yang sama, di Rumah Orang Tua Seri Memori kelihatan seorang pekerja wanita bernama Lydia sedang terkocoh-kocoh membantu Bakar yang pengsan dengan tiba-tiba. Bakar kemudiannya dibawa ke hospital.

Komen: Kelas tahap Drama TV

Oleh kerana kecederaan Alan yang teruk, Herman selaku ketua kumpulan mencadangkan Alan dihantar ke hospital berdekatan dan dalam masa yang sama wang hasil rompakan disorokkan di dalam hospital yang sama di mana Bakar juga dibawa.

Komen: Hospital ke ? Atau klinik bidan Kampung mana tah... Cedera teruk ker??? Lawak bangat. Kalah citer mat sentul..

Pasukan polis pula telah mula menjalankan siasatan dan Inspektor Haikal diarahkan untuk mengetuainya. Kazim, pegawai bank disoal siasat tentang perkara ini. Dari situ, segala-galanya ‘pecah’ satu-persatu.

Komen: Polis jadi macam polis citer hindi.. Dianak-anakkan..

Dibintangi oleh : Tony Eusoff, Izreen Azminda, Sofi Jikan, Ako Mustafa, Fizz Fairuz, Buzan Hashim, Along Eyzendy, Miera Liyana, Zain Hamid dan ramai lagi

Wahhh dikhabarkan penggambaran filem ini hanya mengambil masa 16 hari. Nak komen apa lagi.. Video clip artis luar  yang hanya ditayangkan 5 minit makan bulan nak siap baiiiii...

Apabila Novel difilemkan memanglah sedikit sebanyak terdapat perbezaan disebabkan durasi filem yang terhadap sekitar 1 jam 30 minit hingga 1 jam 45 minit tidak mampu menvisualkan apa yang ditulis di dalam novel. Tapi janganlah pulak diambil langkah mudah dengan memurahkan filem menjadi drama TV. Adegan yang sepatutnya realistik menjadi main-main. Gerak pelakon yang tetiba rasa macam meluat dan tah apa-apa...

Sebelum kita menghidangkan sesuatu filem kepada penonton sepatutnya orang yang terlibat itu sedar yang filemnya layak ke tidak dipanggil filem..

Keyboard off.

Tuesday, April 16, 2013

Resah Bila Membaca

Lama betul saya tidak bercerita pasal novel ye. Buka tak membaca cuma tiada Novel menarik untuk diulas.Selalunya saya akam membaca semula novel-novel penulis kegemaran saya seperti Abdul Talib Hassan yang terkenal dengan novel Saga, Saga 2 dan Saga 3. Abdul Rahim Awang dengan novel yang bukan cintan cintun. Ada ciri penyisatan seperti Ego, Bara, Realiti, Menterai dan lain-lain. Tapi kenapalah dua-dua penulis ini dah tidak menulis novel yang baru yer.?? Terpaksalah saya membaca novel-novel lama dorang berulang-ulang kali... So sad..

Tapi tahun lepas saya ada beli 3 novel (sebenarnya saya paw baucer buku wife saya - he..he..) keluaran Syarikat Buku FIXI iaitu Jerat, Tabu dan Pecah (belum baca lagi sebab adik pinjam  baru minggu lepas ambil balik).

Mehh.. saya kisahkan sikit pasal novel Jerat yer..Bla..bla.. bla... Baca kat sini jelah. Malas nak bagi sinopsis.

Ulasan; Biasa-biasa jer.. Ada guna sikit istilah IT.. okeylah ada sikit pembaharuan. Tak derlah nama watak-watak yang panjang berdepa-depa macam novel-novel Alaf 21 atau karangkraf tu.. Emm. cerita clean.. tak der babak terlampau macam dalam Novel Tabu...

Meh.. saya kompangkan pula pasal citer Tabu.. Okey.. sekali lagi.. Bla.. Bla..bla.. baca kat sini jelah... Emm.. ayat memang santai tapi takutnya..ishhkkk.. bukan saya nie kategori budak baik tapi membaca cerita ini meremangkan buku dada..opsss... bulu roma.. kekasih gelap??? Pompuan melayu dengan mamat kenya.. Selamba jer diceritakan.. takutnya kalau-kalau budak2 remaja baca.. Dah macam novel mat Salleh walaupun babak x-rated tidak didetailkan tapi macam tak der apa-apa jer bila berlakunya hubungan luar nikah.. So sad. Yang tulis pun budak melayu..

Mungkin pandangan saya ini bagi setengah orang adalah kolot  namun bagi saya impaknya lebih kepada anak remaja nanti.. penggunaan kata-kata ataupun ayat yang santai namun bila dimasukkan perkataan P***makk dan bermacam-macam lagi perbuatan dilarang agama dikisahkan amat meresahkan bila dibaca. Termenung saya setelah menutup kulit terakhir novel tersebut.Sudah terlalu majukah negara dan tamadunku???

p/s: Today is my birthday. Apa kata kalau kalian hadiahkan saya buku novel Saga tulisan Abdul Talib Hassan. Saga 2 dan saga 3 saya ada. Cuma Novel saga tu saya baca masa zaman sekolah dulu. Susah nak cari.... he..he...

Thursday, June 2, 2011

Musim Sepi

Ada satu novel baru saya pinjam di perpustakaan pada hari ini yang berjudul Musim Sepi tulisan Ali Jusoh. Kononnya yang akan mengisi hujung mingguku nanti. He..he..



Sunday, May 22, 2011

Novel dan Filem Laskar Pelangi

Bulan lepas, saya menghadiri latihan di bilik latihan di pejabat saya. Kebetulan pula bilik latihan tersebut terletak di dalam perpustakaan. Sewaktu break makan tengah hari dan kebetulan pula makanan lambat sampai saya pun pergilah ke sudut akhbar untuk membaca surat khabar dan kemudiannya meronda ke rak-rak buku untuk melihat buku-buku terkini. Terpandanglah saya akan sebuah buku yang agak baru diletakkan di rak. Ada Novel baru Berjudul "Laskar Pelangi". Laskar Pelangi adalah novel pertama karya Andrea Hirata yang diterbitkan oleh Bentang Pustaka pada tahun 2005. Novel ini bercerita mengenai kehidupan 10 anak dari keluarga miskin yang bersekolah di sebuah sekolah agama Muhammadiyah di Belitung yang serba kekurangan. Bab pertama jer novel nie dah membuat saya untuk baca ke bab2 yang seterusnya. Namun ada juga bahagian-bahagian yang saya skip apabila penerangan yang panjang lebar diterangkan dengan agak membosankan.Tapi keseluruhan novel ini menarik dan berjaya membuatkan saya membacanya hingga ke muka surat terakhir.

Pada malam sebelum hari guru tahun ini, Astro Ria ada menayangkan filem Laskar Pelangi. Punyalah gigih saya menanti untuk tidak terlepas tayangan filem ini namun agak menghampakan kerana apa yang saya bayangkan apabila membaca novel jauh tidak sama seperti apa yang divisualkan. Banyak adegan tidak seperti di dalam novel dan diubahsuai dan penamatnya tidak menarik langsung. Namun apabila membaca dan menonton cerita ini sering mengingatkan saya akan waktu persekolahan dulu. Nostalgik betul...

Tungak Utama Filem Laskar Pelangi

Sunday, March 1, 2009

Fadhilat & Hikmah Amalan Membaca Surah-surah Pilihan

Tajuk: Fadhilat & Hikmah Amalan Membaca Surah-surah Pilihan
Pengarang: Hj Johari Hj Alias
Kod: DN 268
ISBN: 983-046-191-2
Kandungan: 288 m.s.
Harga: RM10.00
Terbitan: DARUL NU'MAN

Buku amalan ini memberikan panduan kepada kita dalam memahami keutamaan-keutamaan surah yang Allah anugerahkan kepada manusia dan seluruh alam. Buku ini saya beli di kedai buku Minerva yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman pada tanggal 2 Februari 2009 yang lepas. Sebanyak 33 buah surah telah dicatatkan didalam buku ini beserta dengan Fadhilat dan Hikmah membacanya. Disamping terdapat ayat-ayat dari setiap surah-surah terpilih di dalam buku ini, terjemahan ayat-ayat tersebut turut sama disertakan. Antara surah-surah yang terdapat dalam buku ini ialah Surah Al-Fatihah, Al-Khafi, As-Sajdah, Yassin, Mu'Min (Ghaafir), Fussilat, Asy-Syura dll.

Berikut meupakan sinopsis buku ini yang saya petik dari laman web Penerbitan DARUL NU'MAN

Insan yang mulia merendahkan segenap kehidupannya dengan rasa tawadhuk kepada Ilahi. Menghiasi diri dan peribadi dengan cahaya kebenaran dari taman-taman Raudhah keredhaan Allah. Mencari perlindungan dan mengharap rahmatNya dengan ibadah dan amalan yang berkat, sehingga meneguk kedamaian dalam nikmat munajat bertaqarrub kepada Allah SWT.

Sesungguhnya setiap huruf, perkataan, ayat dan surah dalam Al Quran diberi ganjaran pahala bagi sesiapa yang membacanya. Disamping itu setiap perkataan, ayat dan surah-surah tersebut mengandungi fadhilat dan kelebihan bagi setiap insan yang mahu mengamalkannya. Hanya insan yang merindui kemurnian wahyu Ilahi mendapat pahala dan nikmat daripadaNya.

Sunday, November 23, 2008

Diari Seorang Guru

Novel ini telah lama saya beli. Cetakan pertama buku ini ialah pada tahun 1997. Saya beli cetakan kedua tahun 2000 (grafik kulit muka lain dari yang ada dipasaran sekarang). Mula-mula saya baca novel ini ketika masih menuntut lagi. Kalau tak silap saya pinjam di perpustakaan negeri. Beberapa tahun kemudian, setelah bekerja saya terjumpa buku ini di kedai buku. Tanpa berfikir panjang saya terus membeli senaskah. Ketika ada kelapangan atau tiada kerja sewaktu pulang ke kampung saya,bkadang kala saya akan baca semula buku ini. Entah tak tahu kenapa. Mungkin jalan ceritanya menarik, olahan bahasanya yang santai dan agak lawak. Pernah juga saya sering membayangkan yang watak hero dalam cerita ini (Cikgu Azhar) adalah saya. Novel ini banyak juga mempengaruhi saya. Pertama: Memberi saya dorongan untuk menulis diari. Kedua: Kerana buku ini, saya hampir menjadi cikgu selepas tamat belajar dulu. He..he..

Sinopsis

Tajuk Buku: Diari Seorang Guru.
Penulis: S. Hawa.
Terbitan: Alaf 21 Sdn. bhd.
Harga: RM 11.00
300 mukasurat


Novel ini merupakan catatan diari seorang guru baru yang bernama Kamaliah. Kehidupan Cikgu Kamaliah berubah sejak bertugas sebagai guru di Sri Meranti, sebuah sekolah pedalaman di Sabah iaitu berdekatan dengan kampung halamaannya. Di sekolahnya itu pelbagai peristiwa pahit dan manis dialami satu persatu. Karenah pelajar-pelajar tidak melunturkan semangatnya, tetapi sindiran guru-guru lain pula mengundang rasa putus asa.

Di kala menghadapi perit getir, kata-kata perangsang dan dorongan daripada Cikgu Azhar membuatkan Cikgu Kamaliah tidak keseorangan. Semangatnya berkobar-kobar untuk menjadi pendidik yang berdedikasi demi bangsa, agama dan negara.Hubungan rapat Cikgu Azhar dan Cikgu Kamaliah membuatkan Cikgu Rozita cemburu dan menuduh Cikgu Kamaliah mahu merampas Cikgu Azhar daripadanya. Namun peristiwa 'fire drill' di asrama merungkai memori empat tahun lalu. Di mana sewaktu belajar di tahun pertama di Universiti Malaya Cikgu Kamaliah secara tidak sengaja pernah terpeluk Cikgu Azhar sewaktu di dalam bas mini. Ekoran dari itu Cikgu Azhar yang pada ketika itu hendak menghadiri majlis konvekesyen mencari-cari Cikgu Kamilah namun tidak berjumpa. Namun takdir tuhan tidak dijangka, mereka dipertemukan di Sekolah menengah Seri Menanti, Sabah.

Diari milik Cikgu Kamaliah tercatat segala rahsia hati. Menatapi diari ini dari setiap helaian menambahkan rasa ingin tahu apa yang berlaku. Saat persengketaannya dengan Cikgu Rozita, pergaduhannya dengan Cikgu Azhar dan juga pergolakkan rumah tangga Kakaknya Jamilah telah diceritakan dengan kemas dan rapi. Seolah ianya benar-benar terjadi (mungkin betul kot).

Sinopsis dari website Alaf21:
Kisah seorang guru yang mengajar di pendalaman Sabah. Dia mula mengenal erti ketabahan dan cinta. Diarinya menjadi perakan suka dan duka. Ingin kenali guru sebagai insan seni, inilah rahsianya.

Saranan: Tak rugi membaca buku ini. Kalau nak pinjam, sila bagitahu saya.

Wednesday, August 13, 2008

Jalan Jauh Ke Kampus

Buku ini saya pinjam di Perpustakaan Universiti. Hasil Tulisan Ida Rizyani Tahir dan diterbitkan oleh PTS Fortuna. Jumlah halamannya ialah 336 dan telah diterbitkan pada 12 September 2006. Kita tinjau dulu sedikit sinopsis buku ini.
Sinopsis

Jalan Jauh ke Kampus mengisahkan kegigihan Farid bagi mencapai cita-citanya bergelar hafiz al-Quran. Walaupun menghadapi ujian besar dengan kematian ahli keluarga secara berturutan, Farid berjaya bergelar hafiz. Langkahnya tidak terhenti di situ. Dia mahu membuktikan yang hafiz juga boleh hidup seperti orang lain.

Buku ini amat berlainan sekali intipatinya. Jarang ada buku yang mempunyai jalan cerita sebegini. Namun bahasa yang digunakan agak skema sedikit. Very straight foward. Macam baca buku cerita untuk budak sekolah menengah rendah pula. Selain itu watak-watak ada dalam cerita ini terlalu banyak dan pendek-pendek pula jangka hayatnya. Contohnya watak rakan-rakan Farid yang tiba-tiba muncul dalam cerita ini dan kemudian hilang begitu sahaja.

Namun begitu usaha penulis yang cuba mengetengahkan olahan cerita yang tidak berpaksikan pada cerita cinta yang memualkan seperti mana yang terdapat di pasaran semasa ini amatlah terpuji. Usaha pengarang novel ini haruslah diberi pengharagaan yang sewajarnya dengan membaca karya-karya beliau.

Friday, July 25, 2008

Kumpulan Cerpen-Cerpen Melayu


Secara jujurnya tidak semua cerpen yang terdapat dalam 2 naskah buku yang dipinjam dari perpustakaan universiti ini saya baca. Mungkin kerana penggunaan bahasa yang teramatlah tinggi garapannya dan ada juga perenggan pertamanya sahaja tidak kena dengan selera saya. Namun begitu saya catatkan serba sedikit mengenai naskah yang saya baca dalam entri kali ini.

Kumpulan Cerpen: Masitah
Penulis: Mawar Shafei
Penerbit: DBP
No. KK: 899 204735101
No. ISBN: 9789836295019
Tahun Terbitan: 2007


Masitah mengandungi 22 buah cerpen, memaparkan latar antarabangsa yang mengajak pembaca menjelajahi geografi, budaya, manusia dengan cinta, persahabatan, agama dan perempuannya. Kumpulan cerpen ini memperlihatkan kemahiran dan kematangan pengarang bercerita yang menggunakan sudut pandangan berbeza." Cerpen-cerpen yang terdapat dalam koleksi buku ini ialah :

   1. Cinta Masitah
   2. Montaj Pesona II
   3. Nokturno dari Birmingham
   4. Zel
   5. Montaj Nasuha
   6. Laman Pesona
   7. Sumur
   8. Marissa @ Merdeka
   9. Dari Sumur Masitah
  10. Masitah II
  11. Masitah
  12. Di Sumur Masitah
  13. Suara Ababil
  14. Seusai Iftar 9 Zulhijah
  15. Ke Sumur Masitah
  16. Dari Bumble Bee ke Boy's Room
  17. ANtara Rindu Xiang Si Dou
  18. Suami Saya Tidak Melakukannya!
  19. "... Ada Kiriman Dupa Dari Negara Seribu Pura," Tulisnya
  20. Antara Cinta Mulia
  21. Kesuma Cinta Meigue
  22. Cerita Si Kembang Cina

Esok Yang Gemilang
Penulis: DBP
Penerbit: DBP
No. KK: 899 204591101
No. ISBN: 9789836294876
Tahun Terbitan: 2008


Esok yang Gemilang memuatkan 48 cerpen yang diangkat daripada Peraduan Menulis Cerita Kanak-kanak Hari Guru Tahun 2004. Peraduan ini merangkumi tiga kategori penyertaan, iaitu kategori sekolah rendah, sekolah menengah dan guru. Cerpen-cerpen yang terpilih dalam antologi ini ialah cerpen yang memenangi tempat pertama, kedua, ketiga dan lima cerpen hadiah sagu hati. Setiap cerpen dalam antologi ini digarap berdasarkan tema yang ditetapkan oleh pihak penganjur, iaitu "Sains dan Kecemerlangan Hidup". Selain itu, cerpen-cerpen yang dihasilkan berlatarbelakangkan pelbagai lapisan masyarakat dan aspek kehidupan. Namun begitu, cerpen-cerpen ini masih berkisar di sekitar kehidupan dunia pelajar.

Antara cerpen yang terkandung dalam naskah ini ialah:

Kategori Sekolah Rendah
   1. Bandar Flora
   2. Terima Kasih Sains & Teknologi
   3. Tongkat Sakti
   dll

   1. Shopping at KLIA
   2. ATrip To Mars
   3. A Holiday in Kapit, Sarawak
   dll
  
Kategori Sekolah Menengah 
   1. Gotcha
   2. Harapan Kembali Berbunga
   3. NUr Suria
   dll
 
   1. Sience Finds A Way
   2. The Miracle of Science
   3. In The Name of Science
   dll

Kategori Guru
   1. Ancaman H5N1
   2. E.T.
   3. Biota
   dll
 
   1. Mission for The Nation
   2. The Flu that Flew A way
   3.  Kidzapped!
   dll

Friday, July 11, 2008

Seorang Tua di Kaki Gunung

Kali ini saya hendak bercerita mengenai sebuah novel yang bertajuk "Seorang Tua di Kaki Gunung". Novel ini telah ditulis oleh Azizi Haji Abdullah. Novel Seorang Tua Di Kaki Gunung ini, telah mendapat tempat kedua dalam sayembara Hadiah Novel Gapena - Yayasan Sabah II (1981), kira-kira 27 tahun yang lepas. Telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan naskah yang saya baca ini ialah naskah cetakan ke-empat tahun 1986. Novel setebal 165 muka ini, rasa saya pernah diadaptasi sebagai drama TV sekitar tahun 1990-an atau penghujung tahun 1980-an. Tidak pasti pula tahun tayangannya tetapi saya pernah menonton drama ini kerana saya masih ingat lagi istilah popular yang digunakan dalam cerita ini iaitu mengenai saiz pokok yang dipanggil sebagai sebesar dua pemeluk. Novel ini juga menjadi teks bacaan sastera bagi pelajar tingkatan 4 dan 5 sekitar tahun 1980-an (kalau tidak silap saya).
Jom kita layan sinopsis novel ini.....

Intipati novel ini ialah mengenai persoalan jurang generasi. Watak Tuk Ya yang dicipta dalam novel ini telah memaparkan sikap warga emas yang keras mempertahankan jati diri dan pendiriannya terhadap corak kehidupan tradisi yang amat rapat dengan alam semula jadi di kaki Gunung Bongsu. Tinggal bersamanya di rumahnya yang uzur itu ialah isterinya Besah.

Tuk Ya dan Nek Besah telah dikurniakan dengan anak tunggal lelakinya yang cerdik iaitu Fikri. Fikri merupakan anak kampung di kaki Gunung Bongsu yang menjadi pelajar pertama yang berjaya dalam bidang pelajaran. Bersekolah rendah di kampung dan kemudiannya mendapat pendidikan lanjut di sekolah asrama penuh hingga akhirnya belajar di luar negeri telah membuka mata penduduk kampung di kaki Gunung Bongsu. Setelah tamat belajar Fikri telah bekerja di Kuala Lumpur dan berkahwin dengan warga kota, Fatimah dan di kurniakan dua orang anak iaitu Farid dan Lamin. Lamin lebih rapat dan pandai mengambil hati datuk dan neneknya. Dia juga mempunyai kencenderungan terhadap dunia hutan (kampung) manakala Farid seringkali bermegah-megah dengan kehidupannnya di Kuala Lumpur dan juga seringkali menghiris hati dan perasaan datuk dan neneknya apabila pulang di kampung. Dia juga sering mempersendakan keadaan rumah datuknya yang uzur itu.

Lamin acapkali menjadi kerinduaan kedua orang tua itu dan sehinggalah pada suatu hari Tuk Ya telah menghantar surat kepada Fikri untuk membawa cucu kesayangan itu bermalam di kampung beberapa hari. Fikri telah pun menghantar anaknya itu ke kampung sewaktu dalam perjalanan bertugas luar di Pulau Pinang.

Bersama cucunya Lamin, Tuk Ya membuat perancangan untuk mengambil madu lebah di hutan Gunung Bongsu. Malang tidak berbau, Tuk Ya pengsan disengat Lebah hingga membawa beliau terlantar di Hospital selama 2 hari. Rentetan dari itu, Fikri telah pulang ke kampung bersama Isteri dan anaknya Farid. Dan tercetuslah perbalahan kecil yang menyebabkan Tuk Ya memasang azam untuk membina rumah barunya dengan menebang pokok Cengal Batu sebesar 2 pemeluk di hutan kaki Gunung Bongsu.

Dengan cita-citanya itu Tuk Ya telah dianggap sebagai seorang yang degil dan menjadi ejekan orang kampung. Cengal Batu itu telah berjaya ditebang namun Tuk Ya telah dihempap dan Cengal Batu itu telah menyebabkan kematiannya. Tinggal Besah seorang diri di kaki gunung Bongsu. Fikri telah memujuk ibunya Besah untuk tinggal bersamanya di Kuala Lumpur. Namun Besah tetap berdegil untuk tinggal di Kaki Gunung Bongsu. Dan disinilah tajuk novel ini di perolehi iaitu " Seorang Tua di Kaki Gunung". Saya amat menyukai ayat penamat novel ini apabila Besah membulatkan tekadnya untuk kekal mendiami rumah pusakanya itu dan penulis mengakhiri novelnya dengan ayat ' Dan malam pun membungkus seisi rumah'.

Bagi saya penulis novel ini telah berjaya mengambarkan suasana kampung di kaki Gunung Bongsu terutama alam hutannya berserta nama-nama jenis-jenis hidupan flora dan faunanya dengan bersungguh-sungguh. Selain itu emosi watak-watak dalam novel ini telah dilakarkan dengan baik sekali. Kerinduan Nek Besah dan Tuk Ya dengan cucunya Lamin, hati seoarang tua yang diguris dengan kata-kata anak, menantu dan cucunya amat turut sama dapat dirasai oleh pembaca. Saya berjaya menamatkan novel ini kira-kira jam 2 pagi. Sebaik sahaja lampu bilik dipadam. Saya terus tertidur. Dan malam pun membungkus seisi rumah!

Tuesday, July 1, 2008

Hatiku Terluka Di Bukhara

Novel ini telah terpilih sebagai salah satu finalis bagi Hadiah Sako 2 bagi Novel Nasional 1997/2002. Sebagaimana tulisan yang terpapar di bahagian hadapan, "Sebuah travelog kaya ilmu," buku ini padat dengan info terutamanya berkenaan negara Soviet Union. Novel ini setebal 319 mukasurat (termasuk lampiran foto) dan telah saya meminjamnya dari perpustakaan Universiti pada awal cuti semester lagi. Kononnya sebagai pengisi masa senggang yang ada dan setelah hampir habis cuti semester ini baru lah saya berjaya menamatkan bacaannya semalam.

Pada permulaan buku ini, saya merasakan ada sedikit kebosanan dan hampir ingin menamatkan sahaja pembacaan dari terus membaca helaian seterusnya. Ini kerana terdapat banyak sangat fakta sejarah dan bibliografi tentang tokoh-tokoh muzik seperti Peter Ilych Tchaikovsky yang saya tidak tahu latar dan kewujudannya. Macam baca buku sejarah pula. Namun saya gagahkan juga bacaan disebabkan oleh keistimewaan penulis yang pada saya telah bersusah payah menulis dengan membuat kajian secara ilmiah untuk penulisan novel beliau ini. Daripada baca buku novel cinta picisan yang entah apa-apa itu baik saya baca novel-novel sebegini ini. Selain itu, bagi saya penulis berjaya melakarkan pandangan lensa dari kaca matanya mengenai bandar-bandar Moscow, Brastk, Irkustk, Tasik Baikal, Siberia, Tashkent, Bukhara dan Leningrad.

Sinopsis Hatiku Terluka Di Bukhara

Hatiku Terluka Di Bukhara adalah sebuah novel travelog. Ia mengisahkan tentang pengalaman perjalanan penulis sewaktu berkunjung ke bumi Soviet Union. Perjalanan ini dicatatkan sebelum Soviet Union berpecah. Ia cuba menggambarkan budaya dan cara hidup di bawah pemerintahan sosialisme. Perjalanan penulis telah memperlihatkan kemajuan teknologi yang telah dicapai oleh Soviet Union dalam bidang sains terutama sekali bidang sains angkasa.

Membaca novel ini juga akan mengenalkan khalayak pembaca kepada Tchaikovsky, pencipta muzik agung Rusia. Peter Ilych Tchaikovsky lahir di Votinsk pada 1840 dan meninggal dunia di Leningrad pada tahun 1893. Tchaikovsky mencipta gubahan muzik yang dikenali ramai seperti Swan Lake, Sleeping Beauty, 1812 Overture dan Piano Concerto No 1. Penulis membawa kita melawat Muzium Tchaikovsky, juga singgah di rumah yang pernah didiami beliau di Kiln. Penulis juga sempat menyelitkan kisah pertemuan beliau dengan seorang anak Melayu yang menjadi penari balet terkanan di Royal London Ballet.

Bukhara adalah bumi kelahiran Imam Bukhari. Ianya juga tempat lahirnya Ibnu Sina, pemikir dan pakar ilmu perubatan pada abad ke-11. Agak pelik juga bila cerita tentang Bukhara hanya mengisi bahagian suku terakhir buku ini. Apa yang membuat penulis terluka di Bukhara ialah disebabkan oleh penyelewangan fungsi masjid yang terdapat di situ. Masjid-masjid ini telah dijadikan pusat hibuaran, bar, muzium dan juga seperti ada penindasan beragama yang dilakukan ke atas penduduk Islam di Bukhara. Begitu juga amalan Islam yang diabaikan oleh penganut agama Islam yang terdapat di situ.

Bagi saya usaha menulis buku berbentuk travelog atau catatan perjalanan harus diberi pujian. Kita masih kurang buku-buku begini. Namun kadang kala corak penulisan yang terlalu sarat dengan fakta-fakta yang kaku juga boleh mematikan selera pembaca untuk terus menamatkan pembacaan.

Selesai baca buku ini terasa ingin saja pergi melancong ke sana. Tapi apakan daya. Berapa banyak ongkos yang diperlukan jika hendak ke sana. Bilalah Air Asia hendak meluaskan destinasi perjalanannya ke Uzbekistan !!

Wednesday, June 18, 2008

Konspirasi - Jalinan Cerita yang Licik

Wowww!!!!… Cepat benar sudah ke pertengahan minggu. Alhamdullilah… kesihatan saya semakin baik walaupun tekak masih terasa sakit dan masih lagi terbatuk-batuk. Saya telah pun pergi ke Klinik Rawatan Islam di Taman semarak, Nilai pada hari Ahad lepas dan telah diberikan dengan pil paracetamol, antibiotic dan juga ubat batuk. Doktor yang merawat saya ketika itu ialah seorang doktor India yang telah pun bersara dan diambil bertugas secara part time kerana doktor sebenar pada hari itu bercuti.Semasa memberikan rawatan, sempat pula doktor di klinik tersebut memberi nasihat agar saya menguruskan badan. Katanya tidak baik jika gomuk (dia sebut gemuk, huruf 'e' tu jadi huruf 'o')kerana mudah dihinggapi penyakit. Baiklah doktor, sarananmu itu akan ku patuhi. Bukan sekali sahaja dipesan, semasa ambil ubat pun dia pesan agar aku selalu berjogging di Putrajaya. Hampehhh… nasib baik tiada pesakit lain yang berada di situ. Ohh...Dalam sahaja cari-cari photo tentang jogging tu saya terjumpa satu laman yang menarik tentang tips untuk melakukan aktiviti jogging nie. Please go here to know more details.

Jadual waktu bagi semester lepas telah pun dikeluarkan oleh FSKTM. Terdapat perubahan pada subjek yang ditawarkan. Tidak pasti sama subjek baru yang ditawarkan itu tertakluk untuk kami pelajar lama ini ikuti ataupun untuk pelajar baru sahaja.

Kali ini saya ingin membuat rebiu mengenai novel tulisan Abdul Rahim Awang yang berjudul KONSPIRASI. Naskah novel yang saya beli ini adalah naskah cetakan keempat tahun 1993 dan telah diterbitkan oleh Creative Enterprise Sdn. Bhd. (CESB).



Sinopsis Konspirasi

Harun merupakan seorang banduan yang telah dibebaskan setelah meringkuk dalam penjara selama 2 tahun. Dia dipenjara kerana memiliki dadah walaupun pada hakikatnya dia telah diperangkap oleh satu konspirasi pihak berkuasa. Dia dahulunya merupakan seorang wartawan yang cuba membongkar satu sindekit untuk menguasai Pulau Nipah dengan mendirikan kasino haram, pusat pelacuran dan perjudian yang terbesar. Tanpa disedarinya editor surat khabar tempat dia bekerja dan juga pihak polis tempatan merupakan telah dibeli oleh sedikit tersebut. Akibatnya dia telah diperangkap dalam satu perancangan yang licik dan telah didapati bersalah dan dihukum 2 tahun penjara.

Setelah dibebaskan Harun sukar mencari pekerjaan. Isterinya telah bekerja dengan sebuah syarikat pengiklanan hanya mampu untuk menampung perbelanjaan asas mereka sahaja. Sedang dalam kesempitan wang, Harun telah didatangi oleh Datin Fadila Kang, isteri muda kepada Dato’ Saiful Kang telah menawarkan pekerjaan dengan upah RM100 ribu. Datin Fadila bersama dengan anak tirinya, Linda (anak Dato’ Saiful dengan arwah isterinya dahulu) telah merancang satu sindekit penculikan olok-olok Linda dan Harun akan diminta untuk meminta wang tebusan sebanyak RM500 ribu dari dato' Saiful.

Setelah perancangan penculikan itu hampir berjaya dilakukan, tanpa Harun sedari Linda telah dibunuh. Harun menghadapi saat yang mencemaskan kerana pembunuhan Linda itu akan disabitkan ke atasnya. Dia mencari pembunuh yang terlibat dan didapati Datin Fadila telah memperalatkannya dan mempunyai motif untuk membolot harta Dato’ Saiful.

Dalam masa yang sama ASP Musa, kawan baik Harun bertanggungjawab untuk menyiasat kes ini dan mendapati harun adalah perancang utama dalam pakatan tersebut. Namun atas dasar kepercayaan yang kuat atas persahabatan mereka, Musa telah berpakat dengan Harun untuk memerangkap Datin Fadila.

Akhirnya, Datin Fadila telah didapati bersalah dan dengan kerjasama yang diberikan oleh Harun yang membantu pihak pendakwa raya dia telah dibebaskan oleh pihak berkuasa. Harun kemudiannya telah berpindah ke tempat lain bersama isterinya dan telah menjual rumahnya di Pulau Nipah.

Novel ini telah digarap dengan baik sekali. Walaupun novel ini nipis dengan ketebalan muka surat 227 helai sahaja, jalan ceritanya telah dijalin dengan kemas sehingga kita tidak dapat mengagak akan penyudahan dan siapakah antagonis sebenarnya dalam novel ini.

Wednesday, May 28, 2008

Pulang - Jalan pulang untukmu tidak pernah menemui titik

Pagi tadi saya ke Uni untuk berjumpa dengan bakal penyelia saya mengenai projek akhir. Saya dan rakan saya telah pun membuat janji temu dengan beliau 2 minggu awal melalui e-mel. Malangnya setiba kami di pejabat beliau, PA nya memberitahu kami yang beliau pada hari ini menghadiri bengkel sepanjang hari. Salah kami juga kerana tidak telefon dahulu sebelum datang. Kami cuma meninggalkan borang cadangan projek kami untuk semakan beliau. Kemudiannya, kami ke cafeteria yang terletak bersebelahan dengan kedai koperasi buku. Selepas makan kami berjalan kaki ke tempat letak kereta yang terletak di depan FSKTM.

Sewaktu melintas di depan pejabat keselamatan kami telah ditegur oleh seorang anggota keselamatan (Pak Guard) yang kebetulan ada di situ tentang tatacara pemakaian kami. Sekadar Gambar HiasanAda ke dia tegur saya kerana memakai sandal. Nak kata sandal saya tu rugged tak jugak. Sandal tu bukan main sarung sahaja macam pakai selipar. Tapi Macam kasut cuma nampak jari kakilah. Lagipun sudah setahun saya pakai selama ini. Tak de masalah pun. Emm.. terima jelah. Siap dia mengeluh sambil mengatakan kami kena berpenampilan seperti seorang mahasiswa. Nak je kami kata yang kami ini bukan undergraduate student tapi postgraduate student. Tapi tak terkeluar pulak. Nanti macam-macam pulak kesalahan yang dilemparkan pula nanti. Kami akur ajalah dengan kesalahan yang dijelaskan kepada kami. Bukan kena naik court pun. Senang, tutup kes.

Kali ini saya ingin membuat rebiu mengenai Novel hasil tulisan Abdul Rahim Awang (saya rasa dia sudah dapat title Datuk) yang berjudul PULANG. Saya telah banyak kali baca novel ini. Novel terbitan CESB dalam format pracetak ini saya beli semasa di Pesta Buku 2007 tahun lepas.

Sebagai mukadimah kita imbas kembali satu titik hitam yang berlaku dalam sejarah negara kita ini. Pada Disember 2003 dulu, negara kita Malaysia pernah digegarkan dengan berita pembunuhan seorang eksekutif pengurusan projek yang bernama Norritta Samsudin. Berikut merupakan keratan berita yang saya temui dalam arkib akhbar harian Utusan Malaysia.

Model dirogol, dibunuh — Ditemui dalam keadaan bogel dengan leher dijerut, tangan, kaki diikat

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Seorang peragawati fesyen sambilan, Norritta Samsudin, 22, ditemui mati dalam keadaan bogel dengan leher dijerut sarung bantal manakala tangan serta kaki diikat dengan wayar seterika di rumah sewanya di Kondominium Puncak Prima, Sri Hartamas di sini awal pagi ini.

Mayat eksekutif pengurusan projek di sebuah syarikat pembinaan di Petaling Jaya, Selangor itu ditemui terbaring di atas katil biliknya oleh dua rakan serumah kira-kira pukul 4 pagi ini. ......
Petikan dari Utusan Malaysia - 6 Disember 2003

Sila klik di sini, di sini dan di sini untuk mengetahui secara terperinci tentang kes ini.

Novel ini telah ditulis berdasarkan mengenai peristiwa benar di atas. Walaupun nama watak dan lokasi kejadian telah ditukar tetapi isipati jalan ceritanya adalah sama. Novelnya ini telah dibahagikan kepadai empat fragmen - Azlin, Siapa, Farouk dan Suhaila. Penulis menggunakan Azlin (Norrita) sebagai watak utama, di samping memuatkan pelbagai kisah di dalam penulisannya antaranya perlacuran, sugar daddy, kecurangan, nafsu, seks, GRO, penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berkedudukan dan berpangkat serta bagaimana pihak polis mengendalikan sesuatu kes.

Jalan cerita novel ini bergerak lancar dari kaca mata Azlin dan kemudiannya apabila Azlin dibunuh, pandangan penceritaan pula beralih kepada Farouk yang telah dituduh membunuh Azlin dan kemudiannya dalam fragmen siapa pula pandangan cerita beralih pula kepada pihak polis yang mengendalikan kes pembunuhan tersebut dan kemudiannya pandangan penceritaan pula dari kaca mata Suhaila (isteri kepada Farouk).

Bagi saya, novel ini merupakan sebuah novel yang bijak dan mampu meluaskan pandangan pembacaan pembaca bagi mengupas sesuatu tema atau subjek yang ingin dipaparkan. Novel yang semacam ini telah berjaya mengimbangi lambakkan novel cinta picisan dan memberikan pilihan alternatif kepada pengemar novel tempatan.

Monday, March 31, 2008

Joy : Remaja Riang Ria


Setelah banyak rebiu tentang filem dan drama di dalam dunia media elektronik kali ini biarlah saya cerita sikit pasal hasil keluaran media cetak pula iaitu sebuah buku cerita terbitan Melati Publishers Sdn. Bhd. pada tahun 1993. Buku cerita ini telah ditulis oleh Ahadiat Akashah iaitu seorang penulis novel Melayu profilik di Malaysia. Kalau tak silap beliau belah mendapat pengiktirafan oleh Malaysian Book of Records (MBR) sebagai penulis yang banyak menulis dan menghasilkan novel Melayu di Malaysia. So kalau dah banyak tulis buku, hasilnya menjadinya streotaip lah. Watak-watak lebih kurang sama. Hero atau heroin cantik, kaya, baik gila dan semua sifat-sifat Mahmudah wujud kat dalam diri si Hero atau Heroin lah kan.

Tapi itu bukanlah subjek utama yang saya nak cerita. Yang menariknya cerita Ahadiat Akashah ini ialah kita tak perlu pening-pening kapla nak fikir. Bahasa yang digunakan pun relax jer, macam bahasa pertuturan semasa. Sempoi dan rojak. So kalau stress tu boleh lah layan kalau nak menenang kapla otak. Honestly, buku ini saya dah baca beberapa kali dan kali terakhir bermula pada minggu lepas dan sekarang pun belum tamat lagi. Tebalnya 177 muka surat sahaja tapi telah dibaca dalam masa 2 minggu. Nak tahu kenapa? Sebab saya baca sewaktu melakukan pelaburan di bilik termenung. Daripada termenung buang masa baik isi masa tersebut dengan membaca ye tak..??? Ahaksss… Macam biasalah ada sikit sinopsis. Ops.. sebelum tu buku ini bukan saya beli tapi kepunyaan my sister in-law. Dah lama kot dibeli..

Sinopsis

Buku cerita ini mengisahkan (cettt.. ayat skema kalau nak buat sinopsis) tentang kehidupan pelajar-pelajar tingkatan 4 di Kolej Di kayangan. Watak-watak protogonis (baik ) adalah Joy, Diba, Nadia dan Roxy manakala watak antogonis yang terdapat dalam cerita ini ialah Tengku Sofia, Mala, Mardina dan juga Cheng Cheng. Kolej Di Kayangan ini kiranya macam sekolah elit (ada ke sekolah macam ni). Macam canggih gila. Macam-macam ada. Pelbagai masalah timbul akibat kenakalan antara 2 kumpulan yang bertelagah. Masing - masing dengan idea gila - gila untuk mengenakan ahli kumpulan yang lain. Tengku Sopia telah mengikat kesetiaan rakan-rakannya dengan wang ringgit dan akhirnya satu persatu rakan - rakan lari meninggalkannya setelah mereka sedar diri mereka sering diperalatkan.

Apakah yang kesudahan cerita ini? Dapatkan buku ini dipasaran? Tidak perlu, mungkin sudah tiada lagi dipasaran. Biarlah saya habiskan sahaja penamatan ceritana ini di dalam sinopsis ni. Akhirnya bekas ahli kumpulan Tengku Sofia iaitu Cheng Cheng, Mala dan Mardiana bergabung dengan kumpulan Joy untuk mendajalkan Tengku Sofia ketika Hari Ucapan Sekolah pada hari terakhir persekolahan mereka. Apa idea yang mereka lakukan? Mereka telah mencipta sebuah puisi kesedaran dan telah menyampaikannya di hadapan Guru-guru, para ibu bapa dan para pelajar. Hanya sebuah puisi kesedaran?. Emm.. penamatan cerita yang antiklimaks dan mendatar. Tak beberapa nak best.

Secara keseluruhannyan, novel ini boleh dikategorikan sebagai bacaan ringan jer. Kalau naik bas, komuter atau LRT bolehlah baca. Boleh release tension tapi untuk membina minda untuk berfikir tu kurenglah. Rasanya macam ada citer Joy part 2. Tapi tak pernah bacalah pula. Okeylah tu je nak cerita kat sini, need to stop, nak prepare untuk kelas dan presentation projek petang nie. Daa….

p/s :Tahukah anda Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 akan diadakan pada 4th - 13th April 2008 bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur?

Saturday, January 26, 2008

Dan Malam, Apabila Ia Berlalu

Seakan sama dengan judul buku ini. Memang malam ku berlalu sehingga ke pagi. Usai membaca buku ini ku lihat jam di dinding bilik telah pun menjangkau ke pukul 2.00 am. Tapi ku baca buku ini dengan kaedah speed reading yang amat. Melangkah dari satu muka surat ke satu muka surat hingga ke 4 muka sekali dilangkah.

Ceritanya bagiku biasa. Olahan bahasanya tidaklah terlalu berbunga-bunga tetapi lebih secara langsung. Hendak di kupas secara teknikal mengenai teknik penulisannya, aku bukanlah pakar yang arif.

Novel ini ku pinjam dari perpustakaan universiti. Setebal 516 muka surat. Cetakan Pertama 2006. Terbitan Bewan Bahasa dan Pustaka. Hasil Penulisan Abdullah Husaain, Sasterawan Negara. Berkulit keras dan nampak agak macam bagus jikalau dipegang di tangan.