Pages

Thursday, November 20, 2008

Quantum of Solace - James Bond yang menjadi Jefri Zain

Saya pergi menonton filem ini di GSC Alamanda bersama rakan (Shimi) selepas berhempas pulas memerah otak menyiapkan proposal untuk final projek (sajer jer bukan berhempas pulas sangat pun- gezet jer lebih nie). Selepas lunch and Zuhur di UPM kami bertolak ke sana. Tak dirancang pun nak menonton. Selepas membeli barang rasa macam boring lak nak balik so kami decided nak tonton movie nie selepas Magrib. So kita layanlah sikit sinopsis tentang sekuel filem James Bond ke- 22 in ye..

Sinopsis

Tarikan utama daripada Columbia Picture sebelum tirai tahun ini dilabuhkan ialah filem James Bond terbaru yang sekali lagi menampilkan Daniel Craig sebagai terajunya. Aktor Inggeris itu menggegarkan pawagam seluruh dunia dua tahun lalu menerusi kemunculan pertamanya sebagai ejen perisikan paling licik dalam filem Casino Royale.

Kali ini, Craig akan ditemani dua lagi wanita jelita, pelakon Olga Kurylenko dan Gemma Arterton, yang menghiasi skrin lebar dengan aksi mengancam mereka. Aktres hebat, Judi Dench pula sekali lagi memegang watak M dalam filem arahan Marc Foster ini. Dia sudah pun menjayakan watak M sebanyak enam kali (termasuk Quantum of Solace) sejak 1995. Pelakon lain yang turut membintanginya ialah Jeffrey Wright dan Giancarlo Giannini.

Quantum of Solace mengisahkan bagaimana Bond melawan keinginannya untuk menjadikan misi terbaru sebagai sesuatu yang bersifat peribadi, setelah dia dikhianati Vesper, wanita yang dicintainya. Dengan matlamat mencari kebenaran, Bond dan M menyiasat Mr White (Jesper Christensen) yang mendedahkan pertubuhan yang mengugut Vesper jauh lebih rumit dan berbahaya daripada apa yang difikirkan.

Ceritanya untuk musim ini agak menarik di mana ianya bermula daripada penamat Casino Royale yang menyaksikan Bond kecewa setelah gagal mencari misteri yang menyebabkan kematian wanita yang dicintainya, Vesper Lynd (Eva Green dalam Casino Royale) dan siapa yang mengkhianatinya.Emmm.. nampaknya kawan-kawan, Bond tampil dalam Quantum of Solace bukan lagi untuk menyelamatkan dunia daripada genggaman penjahat tetapi membalas kematian aweknya (dah macam citer hindustan ler pulak).

Hasil siasatannya, Bond berdepan dengan syarikat Quantum yang diketuai oleh Dominic Greene (Mathieu Amalric) dan mendapati Dominic ialah seorang anggota pertubuhan Quantum yang menyamar sebagai pejuang alam sekitar. Sebenarnya, Greene merancang rampasan kuasa di Bolivia bagi menguasai bekalan airnya. Jahat sungguh itu orang. Bond ingin membalas dendam ke atas kematian Vesper Lynd, dan usahanya itu dibantu oleh Camille (Olga Kurylenko), yang juga mahu membunuh Greene.

Penggambaran siri aksi lasak Quantum of Solace dibuat di beberapa lokasi menarik seperti di Itali, Panama, Chile, Mexico, Austria dan United Kingdom. Semua penggamabran memakan masa selama enam bulan. Setiap lokasi memukau pandangan terutama di Colon dan Panama di mana tempatnya sangat menonjol dan ganjil.

Bond kali ini juga dilihat lebih serius dan aggresif.Ada juga yang berkata, Quantum of Solace bukan lagi filem Bond kerana Craig tidak pernah sekali pun menutur dialog klasik "My name is Bond. James Bond." Haa... bila tengok cerita Jasmes Bond ni saya teringgat pulak filem
'Jurang Bahaya" yang hero dia ialah Jefri Zain (Jins Shamsuddin) dan juga agen perempuan yang bernama Nora Zain dalam filem Melayu kita dolu-dolu... hahh..hahahh..

Adegan-adegan menarik yang saya suka tonton ialah part kejar mengejar kereta di terowong di tepi tasik, part pergaduhan di mana Bond jatuh bersama penjahat dan juga kebakaran di hotel di tengah padang pasir. Memang menarik gerakan kameranya. Satu lagi muzik latar yang hebat. Tiap kali ada adegan aksi ini saya membayangkan pemuzik okestra di belakang tabir yang bertungkus lumus mengesek biola, memukul drum, memetik gitar dan juga koordinator muzik yang berhempas pulas menghayun tongkat muziknya. Gila tak imaginasi saya nie..

Satu lagi yang saya kompius ialah si mamat Bond nie macam hati kering gila lah.. Lompat sana, tembak sana tembak sini, Macam tahu-tahu jer dia tak kan mati.. Alamak beb, kot-kot power sangat tu cover-coverlah jugak. Kali ini dah tak der dah gajet-gajet power yang digunakan oleh si Bond nie. But yang terakhir tapi tak dilupa ialah part Bond main sapu jer kereta orang, motosikal atau pun motorbot orang. Pemilik dia apasal ler tak kejar balik ekkk... Memula jer macam nak kejar, lepas tu main biar jer si Bond tu buat harta benda tu macam mak bapak dia punya sendiri. Tak kan ke heran kita menengoknya... Tapi bak kata kawan saya Shimi, kita ni komplen jer tapi yang kita pi tengok apahal... He..he.. No komen. Adiosss...

0 comments: