Filem ini dah lama dah saya tengok. Awal bulan Julai kalau tak silap. Tapi baru hari ini berkesempatan nak buat review sikit. Cerita dia takat OK jer. Ada elemen CGI jer. Jalan cerita kureng lerrr... Jom kita tengok sikit review yang saya cedok dan ubah suai dari surat khabar nie...
FILEM: Wanted
PENGARAH: Timur Bekmambetov
PELAKON: James McAvoy, Morgan Freeman, Terence Stamp, Thomas Kretschmann, Common dan Angelina Jolie
GENRE: Aksi thriller
MULA TAYANG: 26 Jun 2008
LAYAK untuk dikelaskan sebagai filem aksi thriller yang dibikin dan dilakonkan dengan penuh bergaya dan cukup attitude untuk tontonan tahun ini, walaupun idea bahawa takdir hidup mati insan dalam filem ini tersurat dalam untaian tenunan kain agak melampau tetapi itulah fiksyen sebuah filem.
Bayangkan, jika nama dalam bentuk kod tersimpul dalam tenunan kain adalah nama anda. Mudah kata, bersiap sedialah untuk berjumpa sang pencipta. Demikian cara anggota kumpulan Fraternity menyelesaikan tugasan membunuh mereka. Kod dipecahkan dari tenunan kain, sementara pembunuh upahan pula menyudahkannya.
Idea yang lahir daripada pengarah unik kelahiran Russia ini cukup untuk mem
berikan gambaran bagaimana kuasa suatu pertubuhan bawah tanah mampu menjadi satu-satunya cara terbaik mengawal dan mengimbangi keadaan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan dunia.
Kesan daripada babak aksi terutama adegan kejar mengejar, gerak perlahan peluru secara membelok, letupan dan pelbagai lagi lagak ngeri yang mendebarkan ditangani cukup kemas.
McAvoy dan Jolie ternyata menjadi tumpuan utama dalam filem ini bukan atas dasar mereka hero dan heroin tapi lebih kepada keserasian karakter. Jolie sebenarnya cukup kejam dalam paras jelita dan gerak laku cool setiap kali beraksi lasak. Mc Avoy pula, kelam kabut, naiv namun masih mampu menonjolkan rasa kekosongan jiwa, kecewa, derita lara hidup bersendirian selama ini.
Memang filem ini nampak lasak, kejam, daring dan sesekali melampau tapi kalau direnung sedalamnya, ia begitu kuat nilai kemanusiaan. Apapun tidak dapat penulis nafikan unsur ceduk menerusi adegan daripada filem Tomb Raider dan Matrix terutama pergerakan peluru dan aksi pelakon dalam gerak perlahan cukup menonjol.
Bagi yang tidak mahu ketinggalan, Wanted antara lain mengisahkan Wesley Gibson (McAvoy), punya sebab kukuh untuk membenci kehidupannya yang menyedihkan. Ditinggalkan ayahnya ketika baru berusia tujuh hari, kehidupannya sebagai Pengurus Akaun sebuah syarikat langsung tidak menjadikannya semakin baik. Majikannya suka membuli, malah teman wanitanya pula curang dengan lelaki lain, iaitu kawan baik McAvoy sendiri.
Nasibnya berubah selepas bertemu Fox yang membawa berita kematian ayahnya ketika bertugas untuk Fraternity. Menerusi Fox (Jolie), Wesley menyedari bahawa dirinya punya kebolehan semula jadi untuk menembak peluru secara membelok. Fraternity adalah pertubuhan bawah tanah yang wujud ratusan tahun lalu, bertanggungjawab menghasilkan pembunuh upahan terlatih.
Tugas pembunuh upahan ini adalah untuk menghapuskan sasaran tertentu bertujuan mengembalikan keamanan dan kesejahteraan sejagat. Moto Fraternity: Hapuskan satu, selamatkan seribu. Bersama Fraternity, nasib Wesley yang menyedihkan mula berubah. Dia dilatih menjadi pembunuh upahan paling cekap oleh Sloan (Morgan Freeman), ketua Fraternity demi untuk menghapuskan Cross yang dikatakan membunuh ayahnya. Namun, kenyataannya lebih mengharukan. Sloan rupa-rupanya ada agenda jahat tersendiri. Bukan saja Wesley malah Fox (Angelina), The Gunsmith (Common) dan semua pembunuh upahan di bawah Fraternity dipermainkan Sloan untuk kepentingan dirinya.
Saranan: Beli DVD jelah...
0 comments:
Post a Comment