Pages

Saturday, January 26, 2008

Dan Malam, Apabila Ia Berlalu

Seakan sama dengan judul buku ini. Memang malam ku berlalu sehingga ke pagi. Usai membaca buku ini ku lihat jam di dinding bilik telah pun menjangkau ke pukul 2.00 am. Tapi ku baca buku ini dengan kaedah speed reading yang amat. Melangkah dari satu muka surat ke satu muka surat hingga ke 4 muka sekali dilangkah.

Ceritanya bagiku biasa. Olahan bahasanya tidaklah terlalu berbunga-bunga tetapi lebih secara langsung. Hendak di kupas secara teknikal mengenai teknik penulisannya, aku bukanlah pakar yang arif.

Novel ini ku pinjam dari perpustakaan universiti. Setebal 516 muka surat. Cetakan Pertama 2006. Terbitan Bewan Bahasa dan Pustaka. Hasil Penulisan Abdullah Husaain, Sasterawan Negara. Berkulit keras dan nampak agak macam bagus jikalau dipegang di tangan.