Novel ini telah lama saya beli. Cetakan pertama buku ini ialah pada tahun 1997. Saya beli cetakan kedua tahun 2000 (grafik kulit muka lain dari yang ada dipasaran sekarang). Mula-mula saya baca novel ini ketika masih menuntut lagi. Kalau tak silap saya pinjam di perpustakaan negeri. Beberapa tahun kemudian, setelah bekerja saya terjumpa buku ini di kedai buku. Tanpa berfikir panjang saya terus membeli senaskah. Ketika ada kelapangan atau tiada kerja sewaktu pulang ke kampung saya,bkadang kala saya akan baca semula buku ini. Entah tak tahu kenapa. Mungkin jalan ceritanya menarik, olahan bahasanya yang santai dan agak lawak. Pernah juga saya sering membayangkan yang watak hero dalam cerita ini (Cikgu Azhar) adalah saya. Novel ini banyak juga mempengaruhi saya. Pertama: Memberi saya dorongan untuk menulis diari. Kedua: Kerana buku ini, saya hampir menjadi cikgu selepas tamat belajar dulu. He..he.. Sinopsis
Tajuk Buku: Diari Seorang Guru.
Penulis: S. Hawa.
Terbitan: Alaf 21 Sdn. bhd.
Harga: RM 11.00
300 mukasurat
Novel ini merupakan catatan diari seorang guru baru yang bernama Kamaliah. Kehidupan Cikgu Kamaliah berubah sejak bertugas sebagai guru di Sri Meranti, sebuah sekolah pedalaman di Sabah iaitu berdekatan dengan kampung halamaannya. Di sekolahnya itu pelbagai peristiwa pahit dan manis dialami satu persatu. Karenah pelajar-pelajar tidak melunturkan semangatnya, tetapi sindiran guru-guru lain pula mengundang rasa putus asa.

Di kala menghadapi perit getir, kata-kata perangsang dan dorongan daripada Cikgu Azhar membuatkan Cikgu Kamaliah tidak keseorangan. Semangatnya berkobar-kobar untuk menjadi pendidik yang berdedikasi demi bangsa, agama dan negara.Hubungan rapat Cikgu Azhar dan Cikgu Kamaliah membuatkan Cikgu Rozita cemburu dan menuduh Cikgu Kamaliah mahu merampas Cikgu Azhar daripadanya. Namun peristiwa 'fire drill' di asrama merungkai memori empat tahun lalu. Di mana sewaktu belajar di tahun pertama di Universiti Malaya Cikgu Kamaliah secara tidak sengaja pernah terpeluk Cikgu Azhar sewaktu di dalam bas mini. Ekoran dari itu Cikgu Azhar yang pada ketika itu hendak menghadiri majlis konvekesyen mencari-cari Cikgu Kamilah namun tidak berjumpa. Namun takdir tuhan tidak dijangka, mereka dipertemukan di Sekolah menengah Seri Menanti, Sabah.
Diari milik Cikgu Kamaliah tercatat segala rahsia hati. Menatapi diari ini dari setiap helaian menambahkan rasa ingin tahu apa yang berlaku. Saat persengketaannya dengan Cikgu Rozita, pergaduhannya dengan Cikgu Azhar dan juga pergolakkan rumah tangga Kakaknya Jamilah telah diceritakan dengan kemas dan rapi. Seolah ianya benar-benar terjadi (mungkin betul kot).
Sinopsis dari website Alaf21:
Kisah seorang guru yang mengajar di pendalaman Sabah. Dia mula mengenal erti ketabahan dan cinta. Diarinya menjadi perakan suka dan duka. Ingin kenali guru sebagai insan seni, inilah rahsianya.
Saranan: Tak rugi membaca buku ini. Kalau nak pinjam, sila bagitahu saya.
0 comments:
Post a Comment