Pages

Wednesday, August 13, 2008

Jalan Jauh Ke Kampus

Buku ini saya pinjam di Perpustakaan Universiti. Hasil Tulisan Ida Rizyani Tahir dan diterbitkan oleh PTS Fortuna. Jumlah halamannya ialah 336 dan telah diterbitkan pada 12 September 2006. Kita tinjau dulu sedikit sinopsis buku ini.
Sinopsis

Jalan Jauh ke Kampus mengisahkan kegigihan Farid bagi mencapai cita-citanya bergelar hafiz al-Quran. Walaupun menghadapi ujian besar dengan kematian ahli keluarga secara berturutan, Farid berjaya bergelar hafiz. Langkahnya tidak terhenti di situ. Dia mahu membuktikan yang hafiz juga boleh hidup seperti orang lain.

Buku ini amat berlainan sekali intipatinya. Jarang ada buku yang mempunyai jalan cerita sebegini. Namun bahasa yang digunakan agak skema sedikit. Very straight foward. Macam baca buku cerita untuk budak sekolah menengah rendah pula. Selain itu watak-watak ada dalam cerita ini terlalu banyak dan pendek-pendek pula jangka hayatnya. Contohnya watak rakan-rakan Farid yang tiba-tiba muncul dalam cerita ini dan kemudian hilang begitu sahaja.

Namun begitu usaha penulis yang cuba mengetengahkan olahan cerita yang tidak berpaksikan pada cerita cinta yang memualkan seperti mana yang terdapat di pasaran semasa ini amatlah terpuji. Usaha pengarang novel ini haruslah diberi pengharagaan yang sewajarnya dengan membaca karya-karya beliau.

0 comments: