
Wowww!!!!… Cepat benar sudah ke pertengahan minggu. Alhamdullilah… kesihatan saya semakin baik walaupun tekak masih terasa sakit dan masih lagi terbatuk-batuk. Saya telah pun pergi ke Klinik Rawatan Islam di Taman semarak, Nilai pada hari Ahad lepas dan telah diberikan dengan pil paracetamol, antibiotic dan juga ubat batuk. Doktor yang merawat saya ketika itu ialah seorang doktor India yang telah pun bersara dan diambil bertugas secara part time kerana doktor sebenar pada hari itu bercuti.
Semasa memberikan rawatan, sempat pula doktor di klinik tersebut memberi nasihat agar saya menguruskan badan. Katanya tidak baik jika gomuk (dia sebut gemuk, huruf 'e' tu jadi huruf 'o')kerana mudah dihinggapi penyakit. Baiklah doktor, sarananmu itu akan ku patuhi. Bukan sekali sahaja dipesan, semasa ambil ubat pun dia pesan agar aku selalu berjogging di Putrajaya. Hampehhh… nasib baik tiada pesakit lain yang berada di situ. Ohh...Dalam sahaja cari-cari photo tentang jogging tu saya terjumpa satu laman yang menarik tentang tips untuk melakukan aktiviti jogging nie. Please go here to know more details.
Jadual waktu bagi semester lepas telah pun dikeluarkan oleh FSKTM. Terdapat perubahan pada subjek yang ditawarkan. Tidak pasti sama subjek baru yang ditawarkan itu tertakluk untuk kami pelajar lama ini ikuti ataupun untuk pelajar baru sahaja.
Kali ini saya ingin membuat rebiu mengenai novel tulisan Abdul Rahim Awang yang berjudul KONSPIRASI. Naskah novel yang saya beli ini adalah naskah cetakan keempat tahun 1993 dan telah diterbitkan oleh Creative Enterprise Sdn. Bhd. (CESB).
Sinopsis Konspirasi
Harun merupakan seorang banduan yang telah dibebaskan setelah meringkuk dalam penjara selama 2 tahun.
Dia dipenjara kerana memiliki dadah walaupun pada hakikatnya dia telah diperangkap oleh satu konspirasi pihak berkuasa. Dia dahulunya merupakan seorang wartawan yang cuba membongkar satu sindekit untuk menguasai Pulau Nipah dengan mendirikan kasino haram, pusat pelacuran dan perjudian yang terbesar. Tanpa disedarinya editor surat khabar tempat dia bekerja dan juga pihak polis tempatan merupakan telah dibeli oleh sedikit tersebut. Akibatnya dia telah diperangkap dalam satu perancangan yang licik dan telah didapati bersalah dan dihukum 2 tahun penjara.
Setelah dibebaskan Harun sukar mencari pekerjaan. Isterinya telah bekerja dengan sebuah syarikat pengiklanan hanya mampu untuk menampung perbelanjaan asas mereka sahaja. Sedang dalam kesempitan wang, Harun telah didatangi oleh Datin Fadila Kang, isteri muda kepada Dato’ Saiful Kang telah menawarkan pekerjaan dengan upah RM100 ribu. Datin Fadila bersama dengan anak tirinya, Linda (anak Dato’ Saiful dengan arwah isterinya dahulu) telah merancang satu sindekit penculikan olok-olok Linda dan Harun akan diminta untuk meminta wang tebusan sebanyak RM500 ribu dari dato' Saiful.
Setelah perancangan penculikan itu hampir berjaya dilakukan, tanpa Harun sedari Linda telah dibunuh.
Harun menghadapi saat yang mencemaskan kerana pembunuhan Linda itu akan disabitkan ke atasnya. Dia mencari pembunuh yang terlibat dan didapati Datin Fadila telah memperalatkannya dan mempunyai motif untuk membolot harta Dato’ Saiful.
Dalam masa yang sama ASP Musa, kawan baik Harun bertanggungjawab untuk menyiasat kes ini dan mendapati harun adalah perancang utama dalam pakatan tersebut. Namun atas dasar kepercayaan yang kuat atas persahabatan mereka, Musa telah berpakat dengan Harun untuk memerangkap Datin Fadila.
Akhirnya, Datin Fadila telah didapati bersalah dan dengan kerjasama yang diberikan oleh Harun yang membantu pihak pendakwa raya dia telah dibebaskan oleh pihak berkuasa. Harun kemudiannya telah berpindah ke tempat lain bersama isterinya dan telah menjual rumahnya di Pulau Nipah.
Novel ini telah digarap dengan baik sekali. Walaupun novel ini nipis dengan ketebalan muka surat 227 helai sahaja, jalan ceritanya telah dijalin dengan kemas sehingga kita tidak dapat mengagak akan penyudahan dan siapakah antagonis sebenarnya dalam novel ini.
0 comments:
Post a Comment