Setelah banyak rebiu tentang filem dan drama di dalam dunia media elektronik kali ini biarlah saya cerita sikit pasal hasil keluaran media cetak pula iaitu sebuah buku cerita terbitan Melati Publishers Sdn. Bhd. pada tahun 1993. Buku cerita ini telah ditulis oleh Ahadiat Akashah iaitu seorang penulis novel Melayu profilik di Malaysia. Kalau tak silap beliau belah mendapat pengiktirafan oleh Malaysian Book of Records (MBR) sebagai penulis yang banyak menulis dan menghasilkan novel Melayu di Malaysia. So kalau dah banyak tulis buku, hasilnya menjadinya streotaip lah. Watak-watak lebih kurang sama. Hero atau heroin cantik, kaya, baik gila dan semua sifat-sifat Mahmudah wujud kat dalam diri si Hero atau Heroin lah kan.
Tapi itu bukanlah subjek utama yang saya nak cerita. Yang menariknya cerita Ahadiat Akashah ini ialah kita tak perlu pening-pening kapla nak fikir. Bahasa yang digunakan pun relax jer, macam bahasa pertuturan semasa. Sempoi dan rojak. So kalau stress tu boleh lah layan kalau nak menenang kapla otak. Honestly, buku ini saya dah baca beberapa kali dan kali terakhir bermula pada minggu lepas dan sekarang pun belum tamat lagi. Tebalnya 177 muka surat sahaja tapi telah dibaca dalam masa 2 minggu. Nak tahu kenapa? Sebab saya baca sewaktu melakukan pelaburan di bilik termenung. Daripada termenung buang masa baik isi masa tersebut dengan membaca ye tak..??? Ahaksss… Macam biasalah ada sikit sinopsis. Ops.. sebelum tu buku ini bukan saya beli tapi kepunyaan my sister in-law. Dah lama kot dibeli..
Sinopsis
Buku cerita ini mengisahkan (cettt.. ayat skema kalau nak buat sinopsis) tentang kehidupan pelajar-pelajar tingkatan 4 di Kolej Di kayangan. Watak-watak protogonis (baik ) adalah Joy, Diba, Nadia dan Roxy manakala watak antogonis yang terdapat dalam cerita ini ialah Tengku Sofia, Mala, Mardina dan juga Cheng Cheng.
Kolej Di Kayangan ini kiranya macam sekolah elit (ada ke sekolah macam ni). Macam canggih gila. Macam-macam ada. Pelbagai masalah timbul akibat kenakalan antara 2 kumpulan yang bertelagah. Masing - masing dengan idea gila - gila untuk mengenakan ahli kumpulan yang lain. Tengku Sopia telah mengikat kesetiaan rakan-rakannya dengan wang ringgit dan akhirnya satu persatu rakan - rakan lari meninggalkannya setelah mereka sedar diri mereka sering diperalatkan.
Apakah yang kesudahan cerita ini? Dapatkan buku ini dipasaran? Tidak perlu, mungkin sudah tiada lagi dipasaran. Biarlah saya habiskan sahaja penamatan ceritana ini di dalam sinopsis ni. Akhirnya bekas ahli kumpulan Tengku Sofia iaitu Cheng Cheng, Mala dan Mardiana bergabung dengan kumpulan Joy untuk mendajalkan Tengku Sofia ketika Hari Ucapan Sekolah pada hari terakhir persekolahan mereka. Apa idea yang mereka lakukan? Mereka telah mencipta sebuah puisi kesedaran dan telah menyampaikannya di hadapan Guru-guru, para ibu bapa dan para pelajar. Hanya sebuah puisi kesedaran?. Emm.. penamatan cerita yang antiklimaks dan mendatar. Tak beberapa nak best.
Secara keseluruhannyan, novel ini boleh dikategorikan sebagai bacaan ringan jer. Kalau naik bas, komuter atau LRT bolehlah baca. Boleh release tension tapi untuk membina minda untuk berfikir tu kurenglah. Rasanya macam ada citer Joy part 2. Tapi tak pernah bacalah pula. Okeylah tu je nak cerita kat sini, need to stop, nak prepare untuk kelas dan presentation projek petang nie. Daa….
p/s :Tahukah anda Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 akan diadakan pada 4th - 13th April 2008 bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur?
Monday, March 31, 2008
Joy : Remaja Riang Ria
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment