Pagi tadi saya ke Uni untuk berjumpa dengan bakal penyelia saya mengenai projek akhir. Saya dan rakan saya telah pun membuat janji temu dengan beliau 2 minggu awal melalui e-mel. Malangnya setiba kami di pejabat beliau, PA nya memberitahu kami yang beliau pada hari ini menghadiri bengkel sepanjang hari. Salah kami juga kerana tidak telefon dahulu sebelum datang. Kami cuma meninggalkan borang cadangan projek kami untuk semakan beliau. Kemudiannya, kami ke cafeteria yang terletak bersebelahan dengan kedai koperasi buku. Selepas makan kami berjalan kaki ke tempat letak kereta yang terletak di depan FSKTM.
Sewaktu melintas di depan pejabat keselamatan kami telah ditegur oleh seorang anggota keselamatan (Pak Guard) yang kebetulan ada di situ tentang tatacara pemakaian kami.
Ada ke dia tegur saya kerana memakai sandal. Nak kata sandal saya tu rugged tak jugak. Sandal tu bukan main sarung sahaja macam pakai selipar. Tapi Macam kasut cuma nampak jari kakilah. Lagipun sudah setahun saya pakai selama ini. Tak de masalah pun. Emm.. terima jelah. Siap dia mengeluh sambil mengatakan kami kena berpenampilan seperti seorang mahasiswa. Nak je kami kata yang kami ini bukan undergraduate student tapi postgraduate student. Tapi tak terkeluar pulak. Nanti macam-macam pulak kesalahan yang dilemparkan pula nanti. Kami akur ajalah dengan kesalahan yang dijelaskan kepada kami. Bukan kena naik court pun. Senang, tutup kes.
Kali ini saya ingin membuat rebiu mengenai Novel hasil tulisan Abdul Rahim Awang (saya rasa dia sudah dapat title Datuk) yang berjudul PULANG. Saya telah banyak kali baca novel ini. Novel terbitan CESB dalam format pracetak ini saya beli semasa di Pesta Buku 2007 tahun lepas.
Sebagai mukadimah kita imbas kembali satu titik hitam yang berlaku dalam sejarah negara kita ini. Pada Disember 2003 dulu, negara kita Malaysia pernah digegarkan dengan berita pembunuhan seorang eksekutif pengurusan projek yang bernama Norritta Samsudin. Berikut merupakan keratan berita yang saya temui dalam arkib akhbar harian Utusan Malaysia.
Model dirogol, dibunuh — Ditemui dalam keadaan bogel dengan leher dijerut, tangan, kaki diikat
KUALA LUMPUR 5 Dis. - Seorang peragawati fesyen sambilan, Norritta Samsudin, 22, ditemui mati dalam keadaan bogel dengan leher dijerut sarung bantal manakala tangan serta kaki diikat dengan wayar seterika di rumah sewanya di Kondominium Puncak Prima, Sri Hartamas di sini awal pagi ini.
Mayat eksekutif pengurusan projek di sebuah syarikat pembinaan di Petaling Jaya, Selangor itu ditemui terbaring di atas katil biliknya oleh dua rakan serumah kira-kira pukul 4 pagi ini. ...... Petikan dari Utusan Malaysia - 6 Disember 2003
Sila klik di sini, di sini dan di sini untuk mengetahui secara terperinci tentang kes ini.
Novel ini telah ditulis berdasarkan mengenai peristiwa benar di atas. Walaupun nama watak dan lokasi kejadian telah ditukar tetapi isipati jalan ceritanya adalah sama.
Novelnya ini telah dibahagikan kepadai empat fragmen - Azlin, Siapa, Farouk dan Suhaila. Penulis menggunakan Azlin (Norrita) sebagai watak utama, di samping memuatkan pelbagai kisah di dalam penulisannya antaranya perlacuran, sugar daddy, kecurangan, nafsu, seks, GRO, penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berkedudukan dan berpangkat serta bagaimana pihak polis mengendalikan sesuatu kes.
Jalan cerita novel ini bergerak lancar dari kaca mata Azlin dan kemudiannya apabila Azlin dibunuh, pandangan penceritaan pula beralih kepada Farouk yang telah dituduh membunuh Azlin dan kemudiannya dalam fragmen siapa pula pandangan cerita beralih pula kepada pihak polis yang mengendalikan kes pembunuhan tersebut dan kemudiannya pandangan penceritaan pula dari kaca mata Suhaila (isteri kepada Farouk).
Bagi saya, novel ini merupakan sebuah novel yang bijak dan mampu meluaskan pandangan pembacaan pembaca bagi mengupas sesuatu tema atau subjek yang ingin dipaparkan. Novel yang semacam ini telah berjaya mengimbangi lambakkan novel cinta picisan dan memberikan pilihan alternatif kepada pengemar novel tempatan.
Wednesday, May 28, 2008
Pulang - Jalan pulang untukmu tidak pernah menemui titik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment