Pages

Tuesday, June 23, 2015

Kisah Man Sedih dan Papa Sedih

Satu hari di bulan Mei yang lepas, sampai sahaja di rumah dari taska anak sulong saya berkata kepada Umminya.

"Ummi, hari ini teacher Man suruh buat,  Man sedih"
"Kenapa Man?", isteri saya bertanya.

Saya yang berada berdekatan pun turut mendengar dan beri perhatian.

"Man Sedih lah Ummi".
"Kenapa Man sedih?" Saya mula bertanya. "Kawan Man tak nak kawan Man ke?".
"Tak lah", katanya.  Sambil dia mengeluarkan sesuatu dari fail dalam beg sekolahnya.

"Nie, Teacher suruh buat Man Sedih".
"Oh, Nie bukan Man Sedihlah.. Nie Mother's day Card. Untuk ummi ke? Terima kasih Man".
Saya disebelah tersenyum-senyum. " Mother's Day ye Man. Bukan Man sedih".

Dia cuma tersenyum-senyum.


Man & Me

Jumaat lepas, 19 Jun. Semasa pulang dari sekolah dan duduk berehat di sofa.

" Walid, hari ni Man ada buat Papa sedih, eemm apa tu papa deh".

Belum sempat saya bertanya bertanya lanjut dia dah keluarkan sesuatu dari begnya.

"Nie walid. Man ada tulis sekali".
"Oh terima kasih Man"
"Ada I love U sekali"
"Man love sapa nie?"
" Man love Ummi, Walid ngan baby sekali"
"Terima kasih yer Man. Ini kad nama dia Kad Father's Day. Kali nie Man dah tak sedih lagi ke? Papa pulak yang sedih"
" Walid nie,..." Sambil dia tersenyum-senyum.


Father' Day Card from Elman

Father' Day Card from Nisa

0 comments: