Pages

Monday, June 29, 2015

Poning Den

Anak sulongku hari ini bermain silap mata pula. Awal pagi tiba di taska cakap buang air besar. Nak buang air kat rumah kat taska tak mahu. Terpaksa bawa balik rumah. Selepas selesai semua. Kemudiannya hantar balik ke sekolah semula. Sampai sekolah nak masuk pintu taska aja lari masuk kereta. Nak ikut hantar adik Nisa dulu. Sesudah hantar Nisa pergilah isi minyak dan belikan dia air kotak dan roti coklat. Sudah siap membeli belah.. dia kata hendak duduk rumah sahaja. Siap cakap Man boleh duduk sorang. Man berani. Hu..hu.. macamlah berani sangat. Akhirnya saya cakap "Jom walid teman Man kat school". Baru dia setuju nak pi taska. Duduklah Pegawai IT nie sampai pukul 10 pagi jadi cikgu taska. Lepas tu dia happy dan tak kisah pun saya nak balik opis. 

Sekian sahaja cerita saya. Poning den...

Hai.. Anak Sulongku Nie..

0 comments: