Pages

Monday, November 11, 2013

Assalammualaikum Eryna Izzatunnisa

Tanggal 21 Oktober 2013.

Jam 4 pagi. Tersedar dikejut isteri. 
"Kenapa?". 
Ada darahlah masa buang air tadi. 
"Darah jer ker? Air ketuban ada ker?"
Tak der pulak. 
"Ala tak der apa-apalah tu.. tidur jelah.."

Jam 4.30 pagi. Tersedar lagi dikejut isteri.
Bang ada air keluarlah.. tadi bunyi `pop`
"Ye ker? Jom siap, kita pergi hospital "

Mujur ibu dan bapa mertua ada dirumah. Baru balik dari Langkawi. Cadangnya mahu pulang ke Melaka selepas Subuh. Kejutkan ibu dan bapa mertua. Mohon ditengokkan Elman yang masih tidur. Sampai di hospital jam 5.30  pagi. Terus dihantar ke wad bersalin. Di luar hujan turun membasihi bumi di pagi Isnin itu.

Jam 8.30 pagi kontraksi sudah pun bermula. Jam 9.30 pagi, isteri mengerang kesakitan. Doktor telah pun tiba. Pemeriksaan oleh Doktor. Ok, sudah boleh untuk bersalin.

Jam 9.51 pagi, anakku selamat lahir di bumi yang fana ini. Ahlan Wa Sahlan puteriku, moga menjadi anak yang solehah dan sentiasa di rahmati dan diberkati Allah. Buat isteriku, terima kasih kerana telah melahirkan cahaya mata kedua yang akan melengkapkan lagi kebahagian kita sekeluarga.

Assalammualaikum Puteriku Eryna Izzatunnisa binti Borhan.



4 comments:

tungkai said...

Tahniah Bob :)

Han Abr said...

Terima kasih Wan..

maya said...

tahniah

Han Abr said...

Terima kasih Maya..