Pages

Friday, June 19, 2015

Blending Tropical Relaxation and Real Adventure Lerr Sangat...

Lamanya tiada entry berkaiatan Catatan Perjalanan walaupun banyak tempat (dalam negara ajer) yang telah dikunjungi. Baru-baru ini saya sefamili telah berkesempatan menginap di Avani Sepang Goldcoast Resort selama 3 hari 2 malam. Bukan bercuti sepenuh masa bersama keluarga kerana saya ke sini kerana menghadiri kursus anjuran pejabat.


Oh.. bilik saya di bahagian batang pokok palma tu.. mujur dekat untuk ke Cafe (Club House)


Nie ayat promosi yang dicedok dari Web Site Avani GoldCoast Resort

AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT

Blending tropical relaxation and real adventure, AVANI Sepang Goldcoast Resort is a beachfront and over water getaway that has it all. Lazy pool and spa days, beach games and water sports. Trips to see rural villages, river life and elephants, as well as cultural sites, Formula 1 racing thrills and Kuala Lumpur’s buzz.

Bila terjemah dalam bahasa Melayu pakai goodle traslate jadi macam ni. Laka-laka...

AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT

Menggabungkan kelonggaran tropika dan pengembaraan sebenar, Avani Sepang Goldcoast Resort adalah tepi pantai dan lebih percutian air yang mempunyai segala-galanya . Malas kolam dan spa hari, permainan pantai dan sukan air. Perjalanan untuk melihat kampung-kampung luar bandar, kehidupan sungai dan gajah, serta tempat kebudayaan , Formula 1 keseronokan perlumbaan dan buzz Kuala Lumpur.

Isteri & anak-anak jerlah bercuti. Saya di bilik kursus dari pagi sampai ke malam.

Ye ke ada trip untuk ke rural villages, river life and elephants.. Tak tahu pulak ada pakej tu. Secara kesimpulannya menginap di sini tak derlah menarik mana dan seindah yang dilihat di dalam gambar di internet. Cuma menariknya boleh naik basikal untuk ke sana ke mari dalam resort. Parking kereta jauh di luar. Hazab kalau nak keluar carik makanan. Nasib baik breakfast, lunch & dinner opis sponsor. Tapi yang pasti Buggy Car lembab. Tersangat lembab. Harga bilik boleh tahan mahal tapi kelambu kat katil koyak rabak.. malu weeiiii...

Lembab dan tidak efisen. Berpeluh-peluh ketiak menunggu

Tapi agaknya kalau nak ke sini atas tajaan diri sendiri. Fikir 2-3 kali. Macam tak beberapa nak berbalaoi. better pi intai Lexis or Gand Lexis. Kalau nak hebat lagi jommmm pi Resort Lexis yang terbaru.. Hibiscus Lexis. Wah tak sabarnya nak pergi. Mu tunggu aku datang yer..


 Lexis Hibiscus Port Dickson
Btw, thanks pada urus setia yang menganjurkan kursus ini serta menjemput penceramah yang best serta yang pentingnya dapat ilmu baru.

0 comments: