Pages

Monday, December 29, 2014

Nak Adik Baru


Entri pendek sahaja.

Cuti sekolah ini anak saudara  saya 3 orang datang bercuti di rumah saya. Semasa mereka menonton TV, anak saya yang sulong berkata dengan anak saudara saya yang tingkatan 4.
"Kak Ya, nak adik baru.. ".
Anak buah saya terdiam.
Anak saya meminta lagi " Nak adik baru...".
Anak saudara saya membalas, " Mintalah kat Ummi".
Saya di meja makan tersenyum-senyum dan hampir ketawa.
" Bukan, Man nak adik barulah", anak saya meminta lagi.
"Man pergilah minta kat Ummi kat atas".
 Ha.. ha.. terhambur ketawa saya..
"Achik, Elman ni nak adik barulah", kata anak saudara saya..
"Bukanlah Kak Ya, bukan adik baru tapi dia nak tengok cerita Hagemaru...."

Ha..ha..ha..

Nak Hagemaru Yang Inilah....


Bukan Yang Ini


0 comments: