Pada 11 Disember lepas saya telah menghadiri Majlis Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Kali Ke-10 Tahun 2014 di Hotel Royale Bintang Georgetown,Pulau Pinang. George Town (Tamil: ஜோர்ஜ் டவுன், பினாங்கு) atau Georgetown adalah ibu negeri Pulau Pinang, Malaysia. Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light, George Town adalah bandaraya yang ketiga terbesar[perlu rujukan] di Malaysia dengan bilangan penduduk melebihi 700,000 orang.Pada asalnya penduduk Melayu yang menjadi penetap awal Georgetown memanggil kawasan ini sebagai "Tanjung Penaga". Dipercayai nama Tanjung Penaga ini berasal dari tumbuhan penaga laut (Calophyllum inophyllum), yang juga dikenali sebagai Alexandrian Laurel. Pokok penaga laut dipercayai pernah tumbuh meliar di kawasan itu suatu ketika dahulu.
Saya tiba di George Town, Pulau Pinang pada 10 Disember. Melepak-lepak seorang diri di bilik hotel amatlah membosankan. Memandangkan sesi pentauliahan saya di sebelah petang maka sebelah pagi 11 Disember sempatlah saya merayau-rayau seorang diri di sekitar hotel. Antara lokasi yang sempat saya lawati ialah:
Swettenham Pier Cruise Terminal
Swettenham Pier Cruise Terminal adalah terminal yang terbaru di Pelabuhan Pulau Pinang yang telah dibuka pada tahun 2010 selepas mengalami major pengubahsuaian. Ia mempunyai dermaga utama iaitu 400 meter panjang dengan kedalaman 12 meter yang mampu mengendalikan kapal-kapal persiaran terbesar di dunia. Ia juga mempunyai 2 dermaga dalaman iaitu dermaga utara dan selatan . Dermaga utara mempunyai dermaga yang oanjangnya 248m ( saiz maksimum 160m kapal ) dengan kedalaman 6.5m manakala dermaga selatan adalah 219m panjang ( saiz maksimum 100m kapal ) dengan kedalaman 5.5m . Kedua-dua dermaga dalaman ini digunakan untuk kapal penumpang yang lebih kecil . The Cruise Terminal Swettenham Pier juga mempunyai bangunan utama terminal yang dilengkapi dengan aero - brige untuk perlepasan dan ketibaan penumpang dengan cepat dan selamat.
Port Cornwallis
Tidak jauh dari Swettenham Pier Cruise Terminal adalah Kota Cornwallis yang merupakan kota lama berbentuk bintang 5 bucu yang terletak di timur laut Pulau Pinang. Ia didirikan pada tahun 1786, dan dinamakan sempena nama Gabenor Jeneral India masa itu - Charles Cornwallis. Ia dibina di Padang Kota Lama, Georgetown,Pulau Pinang. Satu ketika dahulu bahagian ini dinamakan Tanjung.
Saya tiba di George Town, Pulau Pinang pada 10 Disember. Melepak-lepak seorang diri di bilik hotel amatlah membosankan. Memandangkan sesi pentauliahan saya di sebelah petang maka sebelah pagi 11 Disember sempatlah saya merayau-rayau seorang diri di sekitar hotel. Antara lokasi yang sempat saya lawati ialah:
Swettenham Pier Cruise Terminal
![]() |
| Swettenham Pier Cruise Terminal |
Swettenham Pier Cruise Terminal adalah terminal yang terbaru di Pelabuhan Pulau Pinang yang telah dibuka pada tahun 2010 selepas mengalami major pengubahsuaian. Ia mempunyai dermaga utama iaitu 400 meter panjang dengan kedalaman 12 meter yang mampu mengendalikan kapal-kapal persiaran terbesar di dunia. Ia juga mempunyai 2 dermaga dalaman iaitu dermaga utara dan selatan . Dermaga utara mempunyai dermaga yang oanjangnya 248m ( saiz maksimum 160m kapal ) dengan kedalaman 6.5m manakala dermaga selatan adalah 219m panjang ( saiz maksimum 100m kapal ) dengan kedalaman 5.5m . Kedua-dua dermaga dalaman ini digunakan untuk kapal penumpang yang lebih kecil . The Cruise Terminal Swettenham Pier juga mempunyai bangunan utama terminal yang dilengkapi dengan aero - brige untuk perlepasan dan ketibaan penumpang dengan cepat dan selamat.
Port Cornwallis
![]() |
| Fort Cornwallis |
Ia dibina oleh Kapten Francis Light pada mulanya dengan menggunakan kayu nibong tanpa binaan kekal yang melitupi kawasan seluas 417.6 kaki persegi. Pada tahun 1804, kota ini dibina semula dengan batu-bata menggunakan tenaga buruh tahanan India semasa perkhidmatan Kolonel R.T. Farquhar sebagai Gabenor Pulau Pinang. Kota Cornwallis siap sepenuhnya pada tahun 1810 semasa perkhidmatan Norman Macalister sebagai Gabenor Pulau Pinang dengan kos sebanyak $80,000. Ia bertujuan bagi mempertahankan kepentingan British dari serangan Perancis.
Antara tempat lain yang sempat dilawati ialah:
Penang Trick Art Museum
![]() |
| Penang Trick Art Museum terletak di Penang Lane (Lebuh Penang) |
![]() |
| Muzium ini meliputi kawasan seluas 6000 kaki persegi , dibahagikan kepada dua tema utama , tema di tingkat bawa adalah " Sejarah Pulau Pinang " manakala tema di tingkat kedua ialah " pengembaraan . |
Made In Penang Interactive Museum
![]() |
| Made In Penang Interactive Museum dekat sangat dengan Hotel Royale Bintang |
Kedua-dua muzium ini merupakan muzium seni 3 dimensi yang memaparkan keunikan budaya serta gambaran imaginasi untuk tangkapan gambar kenang-kenangan. Memandangkan saya seorang diri dan hanya bergantung kepada teknik selfie untuk memotret gambar so saya taklah masuk ke dalam muzium tersebut. Hanya berlegar-legar di depan pintu masuk muziun tersebut sahaja.






0 comments:
Post a Comment