Pages

Monday, November 10, 2014

3 Kursus di Bulan Sepuluh

Sebenarnya entry ini dah lama saya buat tapi tidak sempat untuk dipost. Agak basi sedikit namun sebagai tanda memori untuk saya ingati dikemudian hari, saya publishkan jugak..

Kursus 1
SOFTEC 2014 telah diadakan di Intercontinental Hotel Kuala Lumpur pada 10 dan 11 September 2014. Dengan tema  3600 Testing, persidangan ini menampilkan lebih 30 sesi Bengkel, Tutorial dan ceramah oleh penceramah antarabangsa dan tempatan. 

SOFTEC 2014 bermula pada 9.10.2014 dengan CIO Roundtable and Postgraduate Research Workshop tracks dan diikuti oleh Tutorial dan Bengkel sesi pada hari kedua. Pada hari akhir (hari ketiga) pula merupakan sesi selari mengenai pelbagai topik yang berkaiatan dengan elemen manusia, proses dan teknik yang berkaitan dengan pengujian perisian dan Jaminan Kualiti Perisian (SQA).

Saya cuma dikehendaki hadir pada kedua dan ketiga sahaja. 

Pi sensorang. So terpaksalah selfie.

Kursus 2
ISO/IEC 27001 Lead Auditor Training Course

Kursus yang menyeksakan. Bertolak dari rumah jam 7.10am dan sampai di rumah jam 8.00pm. Hari ketiga dan keempat sampai dirumah jam 11.00pm. Itu tak perlah kalau kelas best. Duduk dalam kelas terpaksa menyeksa minda dan jiwa. Taubat hendak hadir lagi. Hari ke 5 ada exam. Lokasi kursus di PJ8, Petaling Jaya. Streess 5 hari. Terpaksa pergi pasal dah memang bidang kerja. Kalau tak malam sikit nak join... terseksa 5 hari 4 malam..

Kat Bangunan nie kami tersiksa 5 hari.
Kursus 3
Kursus Peralihan MS ISO/IEC 27001:2005 - MS ISO/IEC 27001:2013 di Cybersecurity, The Mines Resort City pada 29 - 30 September 2014.

Kursus dikendalaikan oleh pengajar dari Cyber Security.
Kursus yang santai dan menarik minat sebab memang dah faham dan hadam. Rileksss.. Dapat jumpa kengkawan lama... so cool.

0 comments: