Pages

Friday, November 7, 2014

Barakallah Laka, Wa Barakallahu Alaika Wa Jamaa Bainakuma Fi Kulli Khair


Program Rancangan Khas (RK) di sekolah harian biasa telah dilaksanakan sejak tahun 1970. RK merupakan satu program "alternatif" bagi murid yang tidak di tempatkan di SBP. Program inilah yang telah menemukan kami. Kami adalah merupakan murid-murid RK bagi batch tahun 1990. Walau pun berlainan kelas dari tingkatan 1- 4 tapi kami tetap rapat sebab se'asrama' dan sekepala.

Tingkatan 5 kali sekelas dan duduk sebelah menyebelah. Bantuannya mengajar kimia sebelum menjelang SPM akan sentiasa diingati sebab saya mendapat credit yang cermelang walaupun merasakan subjek tersebut agak susah untuk dihadam sebelum ini.

Kami seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti yang sama di bawah aliran yang sama selepas SPM. Selepas tamat pra U, kami memilih bidang yang berbeza dan meniti tangga ke Fakulti yang berlaianan. Walaupun kami jarang-jarang bertemu namun persahabatan yang berusia 2 dekad dan 4 tahun ini tidak pernah putus.


Bergambar Dengan Pengantin dan sebahagian X students of  MHS yang sempat berjumpa.
Pada 2 November 2014, Sahabatku Rezuan Mat Yasin bersama pasangannya Hazlina  telah melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka di Dewan Japerun Bachang, Melaka.Walau pun tidak dapat berborak lama memandangkan banyak rakan-rakan dan saudara-mara yang perlu diraikan namun sempat jugak kami bersalaman dan mengucapkan tahniah.


Wan, apa ko rasa bila kena acting suap-suap kek depan kamera dan tetamu jemputan. Ada rasa nak pecat juru gambar tak?? Ha..ha.. aku dulu time nak amik gambar terasa seksanya..

Anak dan Isteri menjamu selera. Menu untuk tetamu - nasi beriani memang terbaikk...
Sekali lagi buat sahabatku... Selamat Pengantin Baru dan moga sentiasa dirahmati Allah swt buatmu dan isteri.

2 comments:

tungkai said...

Thanks Bob. Ko still ingat lagi memori lama ye..hehe

Time kena bg arahan utk bergambar tu aku rasa nak cekik aje si Palin tu..hahaha...

Han Abr said...

Ingat sampai biler2 Wan..

Nasib baik tak kena cekik si Palin tu... ha..ha...