Pages

Friday, May 30, 2014

Lakonan

Lakonan ialah salah satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk mengembirakan hati dengan cara meniru watak yang berlainan dengan dirinya yang sebenar.- Wikipedia
Semalam saya telah pun diberi tugasan/diamanahkan untuk menjayakan salah satu watak bagi Pelaksanaan Viral Video Do' And Don't Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Awam Dan Peraturan Pegawai Awam Bersempena Pelancaran Program Hari Psikologi di Pejabat saya nanti.

Wataknya mudah sahaja iaitu sebagai seorang penyelia yang menegur anak buahnya agar tidak mengetik kad perakam waktu rakan-rakanya yang lain. Nasiblah shoot saya sedikit dan tidak memerlukan banyak close-up. Proses pengambaran video untuk menjayakan video ini memberikan pengalaman yang baru kepada saya. Terima kasih kepada rakan lakonan saya, saudara Fiza dan team pihak penerbitan Video (SPA) yang banyak memeberi tunjuk ajar. Ha..ha.. pengalaman lakonan di depan kamera yang memenatkan dan taubat nak join lagi.. he..he..


0 comments: