Pages

Monday, June 2, 2014

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam

Alhamdullilah saya telah pun berjaya menghadiri Program Pra AKRAB Tahap I pada 12-14 Februari 2014 dan Program Pra AKRAB Tahap II ICU JPM 2014 pada 14- 15 Mei 2014 yang lepas. 

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam atau AKRAB merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai pembimbing rakan sekerja sepertimana yang dikehendaki dalam PP18/2005.

AKRAB membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak, Bestari yang merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang rakan pembimbing.

AKRAB juga merupakan penjenamaan semula versi rakan pembimbing, pembimbing rakan sekerja, pegawai khidmat nasihat, pegawai khidmat kaunseling dan pelbagai nama yang merujuk kepada peranan sebagai rakan pembimbing di agensi.
AKRAB merupakan agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja kelas pertama dalam perkhidmatan awam.
Kursus ini banyak memberikan input dan maklumat mengenai psikologi dan ilmu kauseling kepada saya. Walaupun ilmu dan teori-teori kaunseling yang diberikan adalah asas tetapi ianya amat berguna untuk digunakan untuk diri, keluarga dan rakan-rakan di pejabat.

Salah satu modul yang diajar di dalam Pra AKRAB II - Kaunseling Keluarga
Ujian diakhir program telah pun berjaya ditempuhi dan Insya Allah kami akan ditauliahkan pada November nanti di Pulau Pinang. Tak sabarnya menanti...

0 comments: