Pages

Wednesday, May 28, 2014

Tingkap Pejabat

Mengikut Wikipedia, tingkap ialah bukaan lut sinar di dinding atau pintu yang membenarkan cahaya masuk, udara dan bunyijika tidak ditutup atau dikurung. Tingkap biasanya diperbuat daripada kaca yang dibubuh bingkai. Manakala maksud tingkap mengikut kamus dewan pula ialah lubang angin (di dinding rumah dll) yg boleh dibuka dan ditutup, jendela. 
Bagi saya tingkap di pejabat saya di pejabat adalah merupakan satu terapi bagi minda untuk meleraikan segala kekusutan serta mempunyai pelbagai fungsinya yang tersendiri.

Sewaktu bertugas sebagai Pembangun Sistem dalam tahun (2000-2002) tingkap adalah pencetus idea apabila saya mengalami kekeringan idea untuk membuat pengekodan sistem. Selalu tingkap tersebut akan memberi saya idea untuk saya berfikir bagi memastikan kod-kod program dapat merealisasikan aliran proses yang diperlukan oleh pengguna.Tingkap kacanya yang besar membolehkan saya memboloskan penglihatan diri dan minda untuk meneroka ruang alam yang berada diluar melalui pandangan yang tebus keluar. Saat yang paling bahagia dalam hidup saya apabila apabila pandangan ke luar tingkap mencetuskan idea yang boleh direalisasikan. Ahhh.. Pastinya saya merindui saat tersebut.

Tingkap Pejabat Saya Pertama - Tingkap Pencetus Idea

Kemudiannya bertugas di sektor awam duduk di petak ruang pejabat yang tidak mempunyai tingkap sendiri. Terkongkonglah saya di balik tembok batu yang menerkup ruangan minda. 

Tahun 2004 berpindah ke pejabat baharu yang mempunyai bilik dan tingkap yang privasi. Pandangannya tidak lepas bebas namun kadang-kala boleh memberikan segaran minda di saat fikiran berserabut dengan masalah kerja.

Tingkap Privasi di bilik sendiri - Tingkap penyegar minda dan cerminan diri.
Kini saya ditempatkan betul-betul di hadapan tingkap yang bercermin besar dan lebar serta mempunyai tirai yang menutupi keseluruhan kacanya. Sering disimbah cahaya mentari pagi yang ceria di balik tirai atapun melihat rintik hujan yang turun lebat mengila. Tingkap saya kini bukan lagi menjadi inspirasi saya untuk mencari idea. Sekadar menjadi tempat untuk melihat apa yang sedang berlaku di luar. Sebagai contoh melihat di pintu pengawal, manusia yang berpiket atau berdemonstrasi menzahirkan ketidak puasan diri. 

Tingkap Pejabat Saya Yang Terini - Tingkap Pandangan Dunia Luar.
Tingkap di pejabat adalah ruang lingkup yang kadang kala sering kita lupakan. Namun peranannya banyak memberi pelbagai fungsi untuk cerminan diri. Tingkap-tingkap pejabat saya menyimpan seribu satu misteri dan fungsi bagi diri saya sendiri.

0 comments: