Pages

Thursday, July 25, 2013

Tanjung Tin

Nama asal Port Dickson ialah Tanjung Tin. Ini kerana muka bumi pantainya berbentuk tanjung kecil yang membolehkan kapal-kapal berlabuh. Kemudiannya ia ditukar kepada Port Dickson sempena nama Sir John Frederick Dickson, seorang pegawai British pada zaman penjajahan British (sumber dari Wikipedia).

Pada 28 Jun yang lepas saya telah menghadiri kursus technology update yang telah diadakan di Hotel Avillion Admiral Cove di Port Dikson Negeri Sembilan. Kursus ini telah diadakan selama 2 hari 1 malam. Nasib baik pada sebelah malam tiada aktiviti. Tapi dari petang Jumaat selepas Check-in pukul 3pm terus terperap di dalam bilik taklimat hingga ke pukul 7pm. pada keesokkan harinya pula dari 9am hingga 1pm. Terus checkout. Memandangkan saya dapat bilik untuk seorang. Bawa sekali anak dan isteri. Tapi tak dapatlah melayan anak mandi di kolam renang. Isteri dan anak cuma melepak di dalam bilik. Mujurlah dapat bilik bersaiz agak besar. Executive Studio tu.


Executive Studio - Besar tu..

Elman main telefon yer
 
Sedikit info dari laman web tentang hotel ini. Avillion Admiral Cove adalah sebuah hotel waterfront berprestij  terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Terletak di atas 100 ekar dengan ketenangan tepi pantai dan berdekatan dengan Admiral Marina & Leisure Club yang bertaraf dunia.

Oh..ya di PD ini ada 2 hotel yang nama dia Avillion.Yang satu lagi tu nama dia Avillion Hotel. Rasanya macam hotel Lexis. Terletak di atas laut. Tapi Hotel Avillion Admiral Cove yang kami duduk ini cuma menghadap telok dan tempat kapal layar singgah berlabuh. Cantik view dia macam gambar kat bawah nie...

Dari Tingkap Bilik: Tempat Isi Minyak Kapal

Dari Tingkap Bilik: Telok Yang Cantikl

Dari Tingkap Bilik: Matahari Yang hampir Terbenam

Admiral Marina & Leisure Club

Kolam Mandi Yang Cantik. Buka sampai 10 malam.

Selepas check-out di Avillion Admiral Cove kami check-in pula di Hotel Bayu Beach Resort. Bapa mertua dan adik ipar datang menginap di sini. Apartment 3 bilik. Suka ria anak mandi-manda dikolam dan berlarian di tepi pantai. Bayu Beach Resort ? Okeylah.. untuk keluarga yang ramai walaupun hotelnya tidak sehebat Hotel Avillion Admiral Cove. Pukul 1pm check-out dan makan tengah hari di Restoran Warisan Asam Pedas. Selepas itu, masing-masing bersurai ke destinasi rumah masing-masing.

Di tepi Pantai Hotel Bayu Beach Resort. Elman dan Qila, bukan main gembira lagi dengan datuknya.

0 comments: