Bulan Mei dan Jun ini banyak juga program dan majlis rasmi yang telah saya hadiri. Antaranya ialah:
Mei 2013
Persidangan Keselamatan ICT Sektor Awam 2013 anjuran MAMPU.
Persidangan ini telah diadakan pada 23 Mei 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Persidangan Keselamatan ICT Sektor Awam merupakan satu forum perkongsian maklumat dan pengalaman berkaitan isu keselamatan ICT. Objektif persidangan ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai isu dan teknologi keselamatan ICT serta memperluaskan networking di kalangan peserta persidangan.

![]() |
| Taklimat |
![]() |
| Buku Aturcara |
![]() |
| Sesi Petang |
Jun 2013
Update Session on Certification, Inspection and Testing for Industry - Central Region yang telah dianjurkan oleh SIRIM QAS International.
Objektif program ini adalah untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman SIRIM QAS International mengenai perkembangan terkini dalam perkhidmatan pensijilan, pemeriksaan dan ujian yang ditawarkan oleh SIRIM QAS International.
Program ini telah diadakan di Shah Alam I, Shah Alam Convention Centre (SACC) pada 18 Jun 2013.
![]() |
| Buku Aturcara dan Folder |
![]() |
| Taklimat |
![]() |
| Sesi Makan Tengah Hari (air tu rasa lain macam tapi wangi bau dia) |
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2012
Alhamdullilah pada 24 Jun 2013 lepas saya telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2012. Majlis yang saya hadiri ini diadakan sebagai tanda penghargaan berdasarkan kepada keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) yang telah bersidang pada 25 Februari 2013 telah bersetuju menganugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2012 kepada pegawai/kaki tangan yang dipilih. Sekalung ucapan terima kasih kepada timbalan pengarah, pengarah dan pegawai atasan tempat saya bertugas yang telah mencalonkan saya untuk menerima anugerah ini. Jika dikenang kembali apabila saya berpindah ke Jabatan saya ini seperti mahu berpindah ke tempat lama semula namun Allah S.W.T. maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.
Majlis ini telah diadakan di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
![]() |
| KSN sedang menyampaikan kata-kata aluan |
![]() |
| Menunggu giliran untuk naik ke pentas. |
![]() |
| Sebelum majlis berlangsung. |
![]() |
| Dewan makan tengahari dengan tema kaler merah. |

2 comments:
Wow..tahniah Bob :)
Terima kasih..
Post a Comment