Pages

Thursday, June 6, 2013

Perhimpunan pertama selepas pilihan raya

PUTRAJAYA 3 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dakwaan berlaku penipuan besar-besaran dalam pilihan raya umum lalu sebenarnya merupakan jalan cerita (storyboard) yang direka sesetengah pihak berbulan-bulan lebih awal sebelum hari mengundi. Ramai yang percaya dan ada yang sanggup tahan rakyat yang berkulit hitam manis. Mereka terpedaya dengan cerita yang bertujuan mempertikai kredibiliti proses pilihan raya Malaysia," katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Gambar PM berucap (ihsan Utusan Malaysia)


Perhimpunan pertama yang diadakan selepas pilihan raya pada 5 Mei itu dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri-Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Idris Jala, Tan Sri Joseph Kurup, Datuk Joseph Entulu Belaun, Datuk Seri Shahidan Kassim, Nancy Shukri dan Datuk Paul Low. Yang turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Itulah antara intipati kata-kata PM semasa perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri yang telah dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Kali ini saya sempat menghadiri perhimpunan tersebut dan merasai peluh-peluh habis menitis disebalik baju kot dan muka merah dipanah matahari pagi... Huargghhhh... terseksa seketika.. Nasib baik dalam setengah jam sahaja. Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat diambil.



Di tengah dataran. Tiada angin pulak bertiup...


Addeiihhh.. Tak tahan panehhh.... PM dah mula berucap.


Matahari pagi yang mula bersinar...


0 comments: