Pages

Friday, May 31, 2013

كوالا ترڠڬانو

Kuala Terengganu (biasanya diringkaskan kepada KT; Jawi: كوالا ترڠڬانو) Mandarin 瓜拉登嘉楼; Tamil: கோலா திராங்கானு; ialah ibu negeri dan juga bandar diraja negeri Terengganu Darul Iman, Malaysia. Ia terletak 500 kilometer di timur laut Kuala Lumpur dan mengadap Laut China Selatan. Kuala Terengganu telah diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air dan menjadi bandar raya pada 1 Januari 2008. Bandar raya ini mempunyai jumlah penduduk seramai 406,317orang pada tahun 2010. Namanya bererti muara Sungai Terengganu. Kuala Terengganu merupakan antara bandar pelancongan popular dan hotelnya mencatatkan kadar penginapan yang tinggi sepanjang tahun. 
Minggu lepas, sempena permulaan cuti sekolah dan cuti hari wesak (Jumaat), saya sekeluarga telah berkesempatan ke Kuala Terengganu untuk pergi bercuti selama 3 hari 2 malam. Bertolak jam 8.00 am dari rumah abang saya di Nilai dan kemudian tiba di Primula Beach Hotel, Pantai Batu Buruk kira-kira jam 4.45 pm. Keterujaan anak-anak tidak dapat dibendung. Selesai solat Asar masing-masing terus ke aras 1 untuk ke kolam mandi sehingga jam 7.00 pm. Malam cuma makan makanan yang dibawa bekal.

Sabtu - Selepas sarapan terus ke kolam. Selesai bermandi-manda terus ke Pantai Batu Buruk. Main pasir. Terpaksa melayan anak. Jam 11.00am balik ke bilik dan tido.  Selepas Zohor ke Pasar Payang Kuala Terengganu untuk membeli keropok kering dan baju serta kain batik. Semasa balik singgah di food court Pantai Batu Buruk untuk membeli juadah makan malam. Semasa memandu pulang ke hotel tersalah masuk jalan...Emmm rupanya ada karnival di pantai tersebut... Terpaksa berpatah balik. Mencari jalan lain. Jalan yang menghala ke hotel telah ditutup. 
Pantai Batu Buruk terletak hanya 1 km dari pusat Bandar Kuala Terengganu. Pantai Batu Buruk merupakan antara pantai yang terkenal, bersih dan tercantik di Terengganu.Sekiranya anda berkunjung ke sini pada hujung minggu, terdapat aktiviti pasar malam pada setiap hari Jumaat bermula jam 3.00 petang.Disamping itu juga terdapat aktiviti bermain layang-layang, bolasepak pantai, bola tampar, sepak raga dan bola jaring di pantai. Untuk kanak-kanak ada disediakan tempat permainan khas berhampiran pantai.Pada hari Jumaat juga terdapat persembahan pentas dari pukul 5.00 hingga 6.30 petang di Pentas Budaya.


Sebenarnya Hotel tu nama dia Primula Beach Hotel bukan Resort tapi malas nak tukar balik...


Malam selepas makan. Terasa lain benar badan. Letih. Jam 12am. Terasa mengigil seluruh badan. Demam. Telan panodal. Tidur dengan tidak selesa hingga pagi.

Ahad - Jam 9.00am. Pergi ke Kampung Losong untuk membeli keropok lekor. Kami memilih Keropok Losong Adik Beradik yang terletak di 171-A, Kg. Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu.

Kampung Losong di Kuala Terengganu amat terkenal di seluruh negara kerana Keropok Lekor. Keropok Lekor merupakan makanan tradisional popular di Negeri Terengganu. Perusahaan Keropok Lekor di Kampung Losong ini diiktiraf sebagai Pusat Perniagaan Keropok Lekor di Terengganu oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Selepas 30 tahun Perusahaan Keropok Lekor Kampung Losong ini diusahakan, kira-kira 20 peniaga di sini bersepakat menubuhkan Persatuan Pengusaha Keropok Lekor Losong (PKLL) sebagai satu usaha untuk memastikan para pelanggan terus menjadikan Keropok Lekor Kampung Losong sebagai pilihan utama seterusnya meningkatkan jualan mereka. Apabila tiba musim cuti, setiap kedai keropok di Kampung Losong menjual sehingga 500 kg Keropok Lekor dalam sehari.

Keropok Lekor Kampung Losong dikenali ramai kerana bentuknya yang kecil iaitu sepanjang 12.7 cm. Bentuknya inilah yang membezakan Keropok Lekor Kampung Losong dengan yang lain.
Sempat singgah di Klinik untuk menerima rawatan. Badan masih lagi lemah.. Tapi apakan daya perlu bertolak balik tengah hari ini. Jam 12.00pm check-out. Dalam perjalanan sempat membeli Sata di Merchang..

Satar adalah makanan ringan yang diperbuat dari ikan. Ia adalah campuran ikan tumbuk, lada dan halia dibalut dalam daun pisang berbentuk 3 piramid. Setiap satu akan dicucuk seperti sate gergasi dengan batang buluh dan dipanggang atas bara api.
Singgah makan di Kerteh yang telah membangun hasil daripada adanya 'emas hitam' iaitu petroleum yang terdapat di dasar Laut China Selatan yang menghadap ke pantai Kerteh.Kerteh menjadi salah satu kawasan tumpuan penting di daerah Kemaman kerana kepadatan penduduk dan juga kemudahan yang lengkap. Kerteh juga sering dipanggil sebagai "City of Light" di kalangan pelancong kerana limpahan cahaya dari Kawasan Perindustian Petroleum Petronas yang menerangi kawasan Kerteh pada waktu malam. Tapi kami tiba di sana masih lagi terang benderang so tak derlah nampak limpahan cahaya tu sangat...

Kerteh - "City of Light"
Menghampiri jam 7.00pm barulah masuk ke Lebuh Raya Pantai Timur.Jalan masih lenggang. Tapi sampai di Karak.... sesuatu menunggu... rasakan.

 
Lenggang jer... Heppiii semacam bila tekan minyak..
Lebuhraya Karak (E8) atau nama rasminya Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak adalah lebuhraya capaian separa sejauh 60 km menghubungkan Kuala Lumpur dengan bandar Karak di Pahang. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal di Malaysia iaitu Genting Highlands. Lebuhraya ini pada asalnya merupakan lebuhraya dua lorong bertol sebelum dinaiktaraf kepada lebuhraya ekspres penuh pada tahun 1997. Had laju lebuhraya ini adalah 90 km/j.

Memang Laluan Puaka

Amik ko... Jem tak ingat. Naik lengguh kaki tekan minyak dan brek..
Pukul doblas malam baru sampai rumah ...haaaiiiiyaaa. Terus saya MC sampai hari selasa. Nasib baik kampung kat Melaka jer....

Pen-off.

0 comments: