Pages

Thursday, August 18, 2011

Ukhuwah

Alhamdullilah. Pada sabtu lepas telah pun diadakan majlis berbuka puasa bagi rakan-rakan bekas pelajar lelaki Sains Komputer Universiti Malaya tahun 1997- 2000/01.

Rakan-rakan lelaki bagi batch 1997- 2000/01 di Falkulti Sains Komputer UM tidaklah seramai mana. Adalah lebih kurang 10 orang.
Tahun ini majlis diadakan di rumah rakan kami Yusri di Presint 11B. Masing-masing membawa makanan sendiri dang dikongsi makan bersama-sama. Tradisi ini telah dijalankan setiap tahun bermula pada tahun 2006 atau 2007. Saya hanya mula terlibat pada tahun 2008. Masa tahun 2008 saya datang dengan status bujang. Masing-masing telah pun berkahwin dan mempunyai anak. Tahun 2009, alhamdulilah saya datang berdua. Tahun 2010 saya datang seorang. Isteri sedang sarat mengandung. Tahun ini saya datang bertiga bersama isteri dan anak.

Bila dilihat gambar dari tahun 2009 hingga 2011 (tahun 2008 tiada gambar dalam simpanan), terdapat banyak perubahan. Dari badan kecil dah jadi berganda-ganda saiznya. Dari seorang jadi berdua, dari berdua, jadi bertiga dan sebagainya. Diam tak diam, sudah 10-11 tahun kami meninggalkan UM. Rakan-rakan pun terdiri dari pelbagai latar belakang kerjaya. Kaki tangan kerajaan dan swasta. Alhamdullilah semua berjaya dalam kehidupan masing-masing. Moga-moga persahabatan ini dapat akan kekal selama-lamanya.

Perjumpaan Tahun 2008 (rumah Apeng)

Perjumpaan Tahun 2010 (rumah Pardon)

Perjumpaan Tahun 2011 (rumah Yus)

0 comments: