Pages

Friday, August 19, 2011

Vegeroni Spirals Ala Mamak

Hari tu saya cuti cause kena jaga anak. Anak tak sihat. Kesian pulak nak hantar ke pusat asuhan so saya decided cuti jelah. Isteri tak boleh cuti kerana ada meeting. Terpaksalah berkorban. Lepak melepak jer. Tengok2 kat dapur ada vegeroni spriral, beli kat Tesco tempohari. Tengok peti ais, banyak betul sayur-sayuran. Wah..berbuka ni bolehlah makan vegeroni. Nak cuba gak try masak. Selalu wife jer masak, sesekali nak jugak try kan... Surf internet. Jumpa site nie tentang resepi vegeroni. Blog Habibah & Anas. So ini dia bahan-bahan yang diperlukan setelah ditokok tambah oleh saya:

Dari kiri baris depan: Bawang merah + Bawang putih, tomato dan cendawan.
Dari kiri baris belakang:Capsium, daun saleri dan lobak merah

Dan bahan utamanya yang mesti ada adalah:

Vegeroni spriral yang telah direbus, olive oil dan daging ayam kisar + daging burger dipotong

Cara membuatnya:
  • Rebus vegeroni spirals dengan sedikit garam dan minyak olive.
  • Sementara itu panaskan kuali dengan olive oil dan kendiannya masukkan bawang merah dan bawang putih dan sedikit lada hitam.
  • Masukkan daging ayam. Selepas itu masukkan sayur-sayuran seperti cendawan, capsicum (emmm... apa benda nie. Check kat internet rupa-rupanya cili bangla), cendawan, daun saleri dan lobak merah. Oh... bila saya kata masukkan tu bukan masuk dalam peti ais. Tapi masukkan dalam kuali yer.
  • Kacau dan masukkan vegeroni spirals dan kemudiannya masukkan tomato.
  • Kacau sekuat-kuat hati tapi dengan penuh kasih sayang.
Jengg..jenggg.. Jadilah Vegeroni Spirals Ala Mamak yang melimpah ruah dengan inti patinya. Masa berbuka terasa vegeroninya terlebih rebus.. Tapi kira okeylah.. Janji boleh makan. Nie gambar dia.. Okey tak?

Ini Dia Vegeroni Spirals Ala Mamak

0 comments: