Pages

Monday, August 15, 2011

Penangan Asibasobu

Semalam berbuka puasa, kami bercadang untuk buat air sirap bandung soda.Semua bahan-bahannya telah pun ada. Emmm.. Air berkarbonat ais krim soda, susu pekat dan juga sirap. Disebabkan tak buat kajian dulu.. Semua bahan tadi saya campurkan sekali gus.. Hasilnya jadilah tapi emmmmm.. jadi berketul-ketul pulak dan kena kacau sebelum diminum. Tadi surf internet.
Rupa-rupanya kena ikut step. Kena kacau sirap dan susu dulu then baru masukkan ais krim soda.
Tulah main taram jer buat.. Tapi okeylah jugak. Gambar lupa nak amik so saya amik jelah dari internet untuk jadi penghias entri kali nie. Selain dari air sirap bandung soda tu, saya turut juga beli air tebu. Disebabkan cuaca panas semalam semasa berbuka, bercawan-cawan air sirap bandung soda dan air tebu yang masuk ke kerongkong.. Emmmm.. hasilnya selepas solat magrib, kepala terasa berputar-putar. Kena makan panadol sebiji untuk melegakan sakit kepala. Itulah penangan berbuka puasa di hari ke-15 bulan Ramadhan.

Air Sirap Bandung Soda + Air Tebu = Asibasobu (macam bahasa jepun lak)

1 comments:

tungkai said...

Ooo...aku ingatkan teh jepun mana la ko minum tadik..heheh