Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).
Alhamdullilah dipanjang umur untuk saya menunaikan kewajipan tersebut pada tahun ini.Saya telah melaksanakan pembayaran zakat ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ataupun lebih dikenali sebagai masjid Besi usai menyempurnakan solat zohor tadi.
Teringat pula tahun lepas di mana saya telah menunaikan zakat bagi dua orang iaitu diri sendiri dan isteri kerana anak saya dijangka lahir selepas hari raya namun takdir tuhan anak saya dilahirkan pada 23 Ramadhan. Dalam kekalutan menguruskan itu dan ini, Zakat fitrah untuk anak saya dibayar sehari sebelum hari raya di Hospital Besar Melaka setelah anak di tahan wad disebabkan penyakit Jaundice atau dikenali sebagai penyakit kuning. Kononnya balik untuk beraya sakan, namun akhirnya berayalah kami di Hospital. Raya ke-3 baru anak boleh dibenarkan keluar. Moga tahun ini, hari raya yang akan disambut akan lebih meriah, Insya Allah.
Kupon Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan tahun 1432(H) 2011(M)
p/s: Satu fitrah sebanyak satu gantang baghad bersamaan 2.7kg beras bernilai RM7.00 (Kadar bagi Putrajaya)
0 comments:
Post a Comment