
Lama betullah tak update blog nie. Dah tak der idea apa yang nak ditulis so saje jelah saya tulis apa yang saya buat sepanjang 5 Hari pertama Ramadhan bagi tahun 1431H tahun nie.
1 Ramadhan 1431 ( 11 Ogos 2010)
Lepas solat Subuh terasa macam malas sangat nak gi kerja. Entah pesal tah... Rasa nyesal lak tak mohon cuti semalam.Nak EL- tak der reason lak. Kat tempat kerja pun macam tak der mood. Tapi kerja aku kasik habis cepat. Aku kena mohon cuti gak esok. Balik lambat sikit. Opis lengang jer. Semua dah balik. Maklumlah hari pertama Ramadhan. Siap kerja. Aku mail ke patner. Yahooo.. Esok cuti!!! Wife masak nasi goreng + ayam black pepper. Malam gi Terawikh kat Surau pangsapuri Sri Damai.
2 Ramadhan 1431 ( 12 Ogos 2010)
Lepas sahur dan solat subuh terasa relax sangat. Mungkin pasal cuti hari nie kot... Tido. Sedar2 dah pukul 10 am. Wahh.. giler. jarang benar aku tido sampai matahari dah meninggi hatta hujung minggu sekali pun. Wife pun turut sama cuti. Amik EL katanya. Ishhkkk.. Rasa bersalah pulak sebab dia pun turut sama bercuti. Lepas Zuhur gi Alamanda. Shooping barang dapur. Berbuka makan kuew teow kungfu.Malam gi Terawikh kat Surau pangsapuri Sri Damai.
3 Ramadhan 1431 ( 13 Ogos 2010)Jumaat sudah. Sahur dan solat subuh macam biasa. Okeylah sikit kerja hari nie. Buat penilaian sebutharga sampai tgh hari. Solat Jumaat di Masjid Putra. Petang gi Mydin beli barang dapur sikit. Orang rumah baru msg minta tolong belikan. Adik ipar & kengkawan dia nak datang. Berbuka makan nasi lemak. Solat Terawikh? Ha..ha.. nie ada benda lawak sikit. Aku keluar rumah seperti biasa untuk berterawikh. Tengok jam didashboard masih awal lagi so aku decidelah nak pergi Masjid Al-Mizan (masjid besi). mas tu hujan renyai-renyai. Makin hampir dengan masjid makin banyak pulak kenderaan. Sampai di didepan BHEU. Azan Isyak dah berkumandang. Jalan masih lagi jem dengan kenderaan yang nak ke masjid. Kiri dan kanan jalan penuh dengan kereta. Tak boleh nak parking. So aku decide nak solat ke Masjid Putra. Sampai di sana. Parking pun bermasalah.. Last-last aku decide solat di tempat biasa Surau pangsapuri Sri Damai.Tiba di sana jemaah pun dah pun siap solat Isyak. Dalam perjalanan pulang ke rumah sesudah terawikh aku ketawakan diri sendiri.. Ha..ha..
4 Ramadhan 1431 ( 14 Ogos 2010)
Syokkknya.. Lepas sahur dan solat Subuh tido terus sampai pukul 10am. Bangun kepala rasa macam mamai sikit. Lepas tu lepak jer kat rumah. Adik ipar & the geng gi Alamanda. Aku tengok TV jer kat rumah. Wife pun dah tak larat nak jalan-jalan lagi. Berbuka hari ini ialah Spagetti + bubur lambuk kampung baru + cendol. Macam biasa, malam gi Terawikh kat Surau pangsapuri Sri Damai.

5 Ramadhan 1431 ( 15 Ogos 2010)
Macam semalam Lepas sahur dan solat Subuh tido terus sampai pukul 10am.Mata rasa macam sembab semacam jer. Pukul doblas adik ipar & the gang balik USIM. Kemas-kemas rumah. Pukul 2pm gi Bangi. Tengok showroom Hyundai. Balik hujan renyai-renyai. Masukkan check kat a/c CIMB untuk pulangan potongan income tax dan lepas tu gi beli air tebu kat Baram (Bazar Ramadhan) di presint 2. Berbuka makan laksa Johor. Mak mertua kirimkan melalui abang ipar yang baru balik dari kampung. Macam biasa, malam gi Terawikh kat Surau pangsapuri Sri Damai.
0 comments:
Post a Comment