
Today is Teacher's Day. Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah pun menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Kepada guru -guru saya (ada ke yang baca blog ini) diucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana mendidik saya menjadi seorang manusia. Buat cikgu di SKBB (1984-1989) Cikgu Rose Baba, Cikgu R. Kasivisvanathan ( Cikgu paling best- Banyak buat turning point yang positif pada kami), Cikgu Omar, Cikgu Saadiah, Cikgu Lai.
Juga Cikgu di MHS (1990-1994) Cikgu Laila ( Cikgu pertama kelas saya masa form 1 Biru), Cikgu Ahmad Yusoff (Cikgu math form 1 & 2 yang baik hati) , Cikgu Ali Ahmad (Cikgu maths form 3 dengan formula nombor +ve dan -ve : tanda beza, bezakan guna tanda nilai besar; misai dia power giler), Cikgu G. Ravidran (Guru kelas 3 biru dan ajar geografi- baik dia nie, terror main hoki.), Cikgu Abdullah (garang nie masa form 3 ajar BM.. rotan tak ingat tapi jadi pemangkin kepada kescoreran pelajar), Cikgu Mama bosan (lupa nama dia- ajar kemahiran hidup, tapi dia baik. Saya suka kat dia dan score paper dia), Cikgu Roselan ( Ajar add math dan maths moden - Cikgu dari UM yang baik), Cikgu Wang (ajar BM masa form 5), Cikgu Wong Seng Por (ajar BI dari form 1 hingga form 3, baik hati dan sentiasa sematkan nilai-nilai murni kat pelajar dan yang saya tak lupa ialah dia pernah kata kat kelas saya kalau tengok dari muka saya nie, bila besar nanti saya akan jadi akauntan atau pegawai polis, he..he..tapi sorry cikgu, dua-dua saya tak jadi).
Oh.. dulu memang saya minat nak jadi akauntan masa form 3 dulu pasal saya minat subjek prinsip akaun yang ada dalam silibus Kemahiran Hidup (masa ini cikgu Mama Bosan ajar). I like to do akaun untung rugi, belajar buka akaun (pakai buku jernal), buat buku tunai, Kunci Kira-Kira dan sebagainya but when I'm in form 4 tu minat makin kurang. Tak tahu pesal mungkin cikgu yang ajar tu tak best kot atau saya nie yang dah tak minat. Form 5 lagi teruk, pekse pun asyik cukup makan jer. Nasib baik masa SPM dapat gak kredit dan gred subjek nie paling teruk dalam keputusan SPM. Terus bayang-bayang akautan tu dah tak wujud lagi. Polis... emmm..kalau setakat pelakon Gerak Khas tu boleh kot.. He..he... Selain itu, Cikgu Nima (nama dia tak ingat tapi dia ajar kimia, tak boleh sebut perkaatan lima, dia sebut Nima so dapatlah title Cikgu Nima), Cikgu Renganathan (ajar BM masa form 4 nie- time kelas dia kena bawak kamus dewan bahasa dan pustaka yang tebal dan berat tu..adoiii seksanya..)

Selain itu ada juga cikgu-cikgu yang saya ingat pasal sifat-sikap dia yang buat saya menyampah macam cikgu Yaamah. Dia nie psiko kot. Ada jer nak carik salah student. Kalau pukul budak jahat tak perlah.. nie budak baik macam saya nie pun dia pukul juga (sori tertekan lif sendiri). Rotan kat punggung depan kelas pulak tu. Reason sebab tak pergi aktiviti ujian tara (aktiviti sukan). Saya black list dia nie.. Saja jer nak dajal kat budak. Nasib baik tak ajar saya. Dia ajar student form 6 jer. Sorry to say, saya beranggapan yang dia nie nak pukul student kelas Sc. 1 atau Sc. 2 sebab jahat hisap rokok atau ponteng sekolah tak dapat so dia cari alasan lain nak pukul student nie. Anak dia pun boleh tahan samseng kampung dusun kat sekolah. Sori ter emo sikit. Tapi saya dah lama dah maafkan dia, takut juga, kot2 dia dah arwah.
Sorang lagi geng cikgu Yaamah nie ialah Cikgu Yatim (dengar dah arwah dan anak dia nie kawan aku nie- sori yer Yus), pernah sekali ler kena denda dengan dia kena angkat meja keliling padang pasal tak balut meja. Dia bukan ajar kelas kami tapi menyibuk jer nak denda student. Itulah sekali dia denda saya, tapi budak kelas dia selalu kena denda jalan itiklah, berdiri tengah panaslah - kekadang kesian saya tengok student dia nie. Ada jugak cikgu yang macam kerek sikit macam cikgu Mat Lasa (betul ke ejaan dia nie). Eleeehh.. selalu nak marah-marah student tapi anak dia selalu curi majalah kat library sekolah tak sedar pun. Macam mana saya tahu? Sebab anak dia dengan saya sama-sama librarian. Hampeh betul but please saya tak terlibat. Masa hari guru kat MHS best wooo. Tak belajar. Pagi ada sukan antara cikgu dan student. Lepas tu pergi dewan tengok konsert. Student perform. Best giler.Satu hari relaxxx....!!!
Itulah serba sedikit tentang guru di sekolah saya.Tapi rasanya ramai yang dah pencen. Oh..tak lupa juga kat cikgu memandu saya Arwah Hj Resmi, Cikgu tadika saya cikgu Sarah (macam Syarifah Aini nie) dan pada cikgu-cikgu (yang saya tulis dan tak tulis kat sini) yang pernah mendidik saya terima kasih banyak. Bagi yang sudah menghadap Ilahi, Al-Fatihan untuk arwah. Jasa cikgu semua saya akan kenang sampai bila-bila. Selamat Hari Guru, Cikgu!
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
6 comments:
Hehehe...teringat kisah lama ke..???
Mama Bosan - Lim Swee Tin
Cikgu Roszelan - "Apaaa....???"
Phnom Penh sebut Pom Pen hehe..
Cikgu Nima - Gan Boon Cheng. Best kan dia ajar Kimia..
Megatron/Nenek - Lim Ho Geok kot..
Doraemon - Cikgu Razali yg ajar Biol
Best kan masa form 5 dulu. Asik ketawa je hari2..
Satu lagi ko ingat tak mamat chinese kampung yg selalu kena buli? Bila paggil nama dia semua kata "pro" hahaha...Tak bleh lupa la zaman ni..
He..he.. Ingat kau nama2 dorang ekk..
Kau ingat tak cikgu PJ kita?
Candradas Menon - Org panggil tengkorak hidup.
Cikgu Fizik yang nampak macam malas tu..
Cikgu Bipin ajar akaun.
Cikgu sejarah saper ekk?
Megatron ajar BI kan?
Ajar agama saper ek? Ustaz tak ingatlah nama dia.
Aku ingat budar Pro tu.. Aku pernah jumpa dia jadi cashier kat The Store bus station lepas SPM.
Satu lagi budak yang dapat gelaran Bobo... bila dia kena jawap soalan jer mesti ada suara2 sumbang cakap Bobo..Bobo.. kat belakang.
Belum lagi Patmaraj.. Budak2 panggil Peeeehhhhhhh..
Satu lagi kes Cikgu Razali kat bilik sumber Library pasal kes kentut dan bijik tu... Kelakar giler.. Masih sekarang aku teringat2.
Muahahah...lawak gila masa form 5 tu kan..
Fizik - Cikgu Hiong(pemalas nak mampos)
Akaun - Cikgu Bipin. Masa form 4 Cikgu Shanda Goh.garang giler. Bebudak panggil dia itik hehe..
Sejarah - Cikgu Mohd B Ismail (pakai kopiah. baik dia ni tp aku selalu dgr bunyik dia ckp pantai seakan bunyik mencarut. Ke telinga aku salah dgr??)
Agama - Ustaz Dahrom
Ko ingat tak setiap hari Isnin time assembly musti ada suara arahan "mari kita nanyikan lagu Negara, Melaka Maju Jaya & Malaysia Berjaya". Bosan giloss...Tu la dia Cikgu Abdullah Thamby
Kes kentut tu ek??Haha..Bila bau pekung dah naik cikgu Razali cakap "jangan kentut2 yee..". Berair mata aku gelak. Dah le bilik kecik takde aircond lagik time tu. Adoii..
Bobo tu nama anjing dia kan?Tak pasal2 tuan dia dpt nama tu. Ko ada tak time Yaamah masuk pastu marah 1 kelas? Ni kes papan meluahkan perasaan. Terkejut aku Yaamah masuk terus mencarut. Power gilaa...hahaa
Nazir kena panggil Dol Keropok. Parwin kena panggil Arab. Sharif kena panggil Wak sate. Siot betul la..
Post a Comment