Pages

Thursday, August 26, 2010

Pertandingan Akhir Akademi Al-Quran 4

Alhamdullilah akhirnya tercapai juga hajat saya untuk melihat pertandingan akhir akademi al-quran musim ke 4 pada 6 Ogos 2010. Pertandingan tersebut telah pun diadakan di PICC bermua jam 9.00 malam. Selepas bersolat magrib saya dan isteri bergegas ke PICC. Ramai juga orang yang hadir. Hampir memenuhi dewan utama PICC. Pertandingan dimulakan dengan bacaan ayat suci Surah Adh-Dhuha* oleh 3 juara AQ yang pertama, kedua dan ketiga.Bacaan dilagukan dengan menggunakan 3 jenis riwayat dan amat menusuk hati dan kalbu.

Kemuncak AQ telah dihoskan oleh juara Gadis Melayu musim pertama, Aida bersama Ustaz Mohd. Zamri Zainuldin serta naib juara AQ, Sharifah Khasif Fadzilah.

Berikut merupakan kedudukan pemenang pertandingan tersebut:

Tempat pertama : Ahmad Tirmizi Ali, 25
Tempat Kedua : Muhammad Ahmad Zahid, 15
Tempat Ketiga : Yahya Ali, 23 (adik kepada Ahmad Tirmizi Ali)
Tempat keempat : Husni Ali Hassan, 25

AQ4 menawarkan juara hadiah berupa wang tunai RM30,000, trofi tajaan ZRA Glocal, pakej menunaikan umrah tajaan Irna Yakin Travel & Tours dan sebuah Al - Quran digital sumbangan ENMAC.

Pertandingan berakhir jam 11.00 malam. Inilah pertama kali saya menonton secara langsung rancangan TV yang disiarkan secara langsung kepada penonton di rumah. Amat puas hati dan tercapailah impian saya untuk menonoton AQ secara live sejak 2 tahun yang lalu.

* Surah Adh Dhuha adalah surat ke-93 dalam Al Quran dan terdiri atas 11 ayat. Surat ini termasuk golongan surat-surat Makkiyah dan diturunkan sesudah Surah Al-Fajr. Nama Adh Dhuhaa diambil dari kata yang terdapat pada ayat pertama, yang ertinya "waktu matahari sepenggalahan naik".

Surah Adh Dhuhaa, menerangkan tentang bimbingan pemeliharaan Allah SWT terhadap Nabi Muhammad SAW dengan cara yang tak putus-putusnya dan mengandung pula perintah kepada Nabi supaya mensyukuri segala nikmat itu.

0 comments: