
Macam klise kan tajuk tu? Sebenarnya sudah lama saya nak menulis tentang perkara ini namun idea ini terperam begitu sahaja. Ada beberapa kejadian yang saya alami tentang isu ini
Situasi 1
Waktu: Pagi Ahad yang ceria
Tempat: Kedai runcit mamak di P9, Putrajaya
Kejadian: Waktu tu saya sedang beratur untuk membayar harga surat khabar di kaunter bayaran. Di depan saya ada seorang kakak/mak cik yang sedang membayar barang-barang yang dibeli.
Penjaga Kaunter (mamak): Semua sekali 16.40 ringgit kak.
Kakak/mak cik: (Dengan suara yang tegas dan agak kuat juga.) Emm.. Boleh tak tinggalkan panggilan KAKAK tu untuk saudara perempuan kamu di rumah. Panggil saya dengan panggilan puan ye. (Sambil membuka beg duit.)
Penjaga Kaunter (mamak): Terdiam.
Kakak/mak cik tu terus membayar harga barangan yang dibeli dan berlalu pergi. Saya yang kat belakang terus ajer terpaku dan tergamam dengan kejadian berlaku. Alamak mak cik oooiiii... di kedai runcit dan di pagi Ahad pun nak suruh orang hormat kamu macam di pejabat ker? Agaknya orang gaji pun kena panggil kau tu puan kot kat rumah... Saya terkedu...

Situasi 2
Waktu: Pagi Sabtu (lebih kurang jam 11 am)
Tempat: Di bahagian basah (ayam) pasar raya Mydin P15
Kejadian: Seorang mamat (pak cik- nampak macam berjawatan) sedang marah-marah mamat bangla yang sedang memotong ayam dia kepada beberapa bahagian. Katanya tak sama saiz potongannya dan bla-bla... Alamak bang lebih kurang dah ler.. Takkan ler nak ukur perimeter dan diameter potongan tu.. Orang lain yang kat belakang tengah beratur nak kena bagi servis jugak.. Saya terkedu...
Situasi 3
Waktu: Petang (lebih kurang jam 6 pm)
Tempat: Di bahagian basah (daging dan ikan) pasar raya Mydin P15
Kejadian: Seorang mamat (pak cik- nampak macam berjawatan) sedang marah-marah mamat bangla yang menjaga bahagian tersebut. Tak tahu sebenarnya apa yang dimarahinya namun.. Saya tengok mamat bangla terpinga-pinga tak paham pun apa yang dia bebelkan.. Semua orang memandang mamat tu tapi dia buat macam pasar raya tu milik dia. Saya terkedu....
Situasi 4
Waktu: Petang (lebih kurang jam 5 pm)
Tempat: Di sebuah kedai barangan alat senaman Takasima pasar raya Giant Nilai
Kejadian: Sedang saya membelek dan membayar harga sebuah alamat senaman yang saya beli dan mengisi borang jaminan barangan yang memerlukan saya menulis alamat tempat penghantaran barangan tersebut tetiba jer mamat yang jaga kedai tu berkata.
Mamat penjaga kedai : Encik nie tak macam orang yang kerja di Putrajayalah..
Saya: Kenapa?
Mamat penjaga kedai : Kebanyakkan orang Putrajaya yang beli kat sini berlagak dan menyombong tak ingat. Macam-macam songeh dorang.
Saya: Ishhkk.. Takkan lah semua camtu?
Mamat penjaga kedai : Betullah Encik.
Saya: Emm.. Apa yang hendak dibanggakan setakat tinggal dan kerja di situ. Kita mati nanti pun bukan boleh bawak pangkat dan harta...
Mamat penjaga kedai : Tersenggih..
Sewaktu keluar dari kedai tu.. Saya terfikir juga.. Teruk sangatkah pegawai-pegawai kerajaan di Putrajaya ini sampai nak menyombong dan angkuh mendongak langit. Bila saya perhatikan di sekeliling saya, kebanyakan yang bila sudah berjawatan sedikit memang ciri-ciri tu ada... sedangkan kerani yang menguruskan hal-hal penting seperti pembayaran dan kewangan pun mempunyai ciri-ciri tersebut apatah lagi bos-bos mereka.. Analisis ini bukanlah berdasarkan kajian secara formal yang saya lakukan tapi memang itulah berlaku.. Mana pergi istilah Budi Bahasa Budaya Kita yang ibu dan ayah kita tanamkan dulu.. Sudah hilang kah??.. Kalau sekarang ini ibu dan ayah mereka sudah berkelakuan begini bagaimana pula dengan anak-anak generasi mereka nanti.. Sekali lagi saya terkedu...
3 comments:
Betul ke ni Bob..??Gue pun terkedu
Yup.. Banyak2 kes, kes mak cik yang kat kedai mamak tu paling meluat aku tengok dia..
teruknya org putrajaya...seb baik aku bkn org putrajaya..hehehe
Post a Comment