
Maaflah lama tak bersiaran. Entah apa yang saya sibukkan tak le pulak dapat dipastikan. Sekarang pemikiran dan tahap keseimbangan diri saya betul-betul terumbang ambing. Tak tahulah kenapa. Rasanya hari-hari di tempat kerja amatlah membosankan. Tiada benda yang betul-betul bagi saya menyeronokkan.

Membuat sesuatu tugasan seperti terpaksa dan menyeksa. Bukan tiada kerja yang perlu dibereskan tapi motivasi untuk melakukannya itu yang membuat diri saya seakan-akan ingin sahaja melarikan diri. Tiada motivasi. Tension dan cepat-cepat sahaja ingin blah dari opis. Rasanya penyakit malas begitu besar meliputi diri. Namun bila pulang ke rumah pula, hari segera berlalu. Pagi pula akan menjelma lagi dan sekali rutin kebosanan akan segera terjadi.
Emm.. Lupakan sahaja kisah opis dan kebosananku. Oh.. ya cuti Tahun Baru Cina yang lepas saya sekeluarga telah menganjurkan hari keluarga 2010 ke Bukit Merah lake Town Resort. Menginap di Bukit Merah Service Apartment selama 3 hari 2 malam.
Kali ini cuma mak, famili saya, famili alang, famili kak Long dan Famili uda sahaja yag join. Famili Kak Ngah dan Famili Busu sahaja yang tidak dapat join atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Nantilah jika ada kerajinan saya akan ceritakan apa yang menarik di taman tema tersebut.Emm... Rasanya setakat inilah coretan saya buat kali ini. Jumpa lagi di lain kesempatan.
1 comments:
isk...org ICU bohsan?...kalo org KPDNKK bohsan yerk gaks..sbb ari2 dok pantau gula..patut la asik dpt emel berantai jerk
Post a Comment