Audit atau pemeriksaan dalaman bermakna menilai terhadap suatu organisasi, sistem, proses, atau produk. Audit dilaksanakan oleh pihak yang kompeten, objektif, dan tidak memihak yang dipanggil auditor. Tujuannya adalah untuk melakukan verifikasi bahawa subjek dari audit telah diselesaikan atau berjalan sesuai dengan standard, mengikut peraturan dan praktik serta telah disetujui dan diterima.
Wah.. pembukaan posting yang skema yer. Bukan apa sepanjang minggu nie saya dikeliling dengan aktiviti audit. Pertamanya pusat data kami sedang diaudit dan keduanya aku kena buat laporan audit untuk aktiviti audit keselamatan yang telah dilaksanakan hujung tahun lepas. Sebenarnya laporan tu aku kena buat disebabkan kawan sekerja sekarang cuti bersalin so dia tak sempat buat then kenalah saya yang menanggung tugas nie buat. Emmm.. masak jugak tu nak mengoreng ayat.
Setakat tujelah update saya kali ni. Kapla tengah pening nie.
0 comments:
Post a Comment