Pages

Thursday, November 5, 2009

Membersihkan sawang

Lama betul saya tidak mengemaskini blog ini. Banyak yang telah berlaku. Bulan Syawal telah pun berakhir. Sekarang kita telah pun berada dalam bulan Zulkaedah dan hari ini saja kita telah pun berada pada tanggal yang ketujuh belas. Oh.. bercerita tentang bulan Syawal, Alhamdullilah saya telah pun selamat menganjurkan majlis jamuan makan di rumah pada 10 Oktober 2009 yang lepas. Terima kasih pada rakan-rakan yang hadir tetapi bagi rakan-rakan yang tidak dapat hadir jika ada kelapangan jemputlah singgah ke rumah pada bila-bila masa. Namun begitu sila hubungi saya sebelum hadir ke rumah. Manalah tahu jika saya dan isteri tiada dirumah.

Suasana pejabat pun telah pun bertukar baru. Ketua seksyen telah berpindah ke agensi lain dan kini kami berboskan pegawai yang dinaikkan pangkat dari agensi lain. Harapnya adalah hikmah disebalik perpindahan dan pertukaran bos kami ini. Bercakap pasal pertukaran pula, rakan aka orang anak buah saya juga akan turut sama berpindah. Haiii.. bagaimana dengan persekitaran kerja saya selepas ini. Baru aja dah ok bekerjasama dengan beliau, beliau pula akan berpindah... Harap-harapnya selepas ini anak buah saya pun OK lah juga.

Lawatan panel penilai 5S akan berlaku dalam masa terdekat ini. Sepatutnya berlaku esok namum ditangguhkan pula. Bila hendak berakhirnya proses ini. Walaubagai manapun sebelum ini zon kami telah pun mendapat markah yang paling tinggi di antara zon yang terdapat di agensi kami ini. Namun bagaimana ianya boleh dapat begitu saya pun tidak pasti. Mungkin disebabkan oleh pengurusan stor kami yang teratur ataupun kaedah perlabelan yang bersistematik. Namun jika dilihat dibelakang tabirnya pula, alamatnya akan terkeluarlah segala macam benda yang boleh menyesakkan dada.

Rasanya cukuplah setakat ini dulu. Lain kali saya akan diupdate lagi.

0 comments: