Pages

Wednesday, July 15, 2009

The Legend Water Chalets Resort, Port Dickson

Salam Namastee. Lama betul saya tidak kemaskini segment 'Catatan Perjalanan Han Abr'. Kali ini saya nak bercerita tentang sebuah hotel terkini yang dikunjungi oleh saya pada pertengahan bulan Jun yang lepas. Tak jauh pun cuma dekat dengan pantai peranginan yang paling popular di pantai barat ini iaitu Port Dikson.


Hotel yang saya maksudkan itu ialah The Legend Water Chalets Resort, Port Dickson. Hotel ini terletak di Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson,Negeri Sembilan yakni bersebelahan dengan Hotel Glory Beach Resort. 5 bintang rasanya dan mahal tak ingat. Keseluruhan hotel ini mengandungi 280 unit sea front resort rooms dan 112 unit service suites yang mengadap selat melaka. Resort ini diuruskan oleh The Legend Group of Hotels & Resorts.

Apa yang menarik tentang hotel ini ialah hotel ini didirikan di atas laut yakni tiang-tiang struktur bangunannya dipasak ke dalam air dan kita boleh melihat air laut melalui lantai bilik hotel yang dipasang dengan menggunakan lantai yang diperbuat daripada gelas.

Struktur hotel ini dibina menyamai model rumah kaum Bidayuh di Sabah yang dinamakan rumah Bagan. Bagi kita nampak begitu unik sekali namun bagi masyarakat di sana macam biasa je kot.Okey gambar ini merupakan pandangan luar hotel tersebut.

Bagi menghubungkan antara blok-blok bangunan terdapat pelantar yang boleh dilalui oleh pengunjung. Turut sama didirikan bangku-bangku bagi pengunjung untuk bersantai bagi menghirup kesegaran angin laut.



Kita lihat pula sturktur dalam bilik hotel. Saya berkesempatan menginap di bilik hotel berjenis Double Storey Deluxe Water Chalet yang dilengkapi 1 unit katil king, bath tab dan bilik mandi yang boleh dibuka bumbungnya (tak tahu apa tujuannya boleh dibuka dan ditutup bumbungnya itu- maybe kalau hujan boleh mandi air hujan ataupun nak bagi peluang kat superman untuk sekodeng kita mandi kot). Okeylah.. kelas jugak biliknya cuma sempit sikitlah...

Kalau nak luas sikit lagi boleh lah menginap di bilik Premium Water Chalet yang ada 1 King & 1 Queen Bed dan private balcony serta bath tab dan bilik air macam bilik yang saya duduk tu. Okey gambar ini pula menunjukkan bilik yang saya duduk tu... Maaflah gambar saya tak sempat dirakamkan atas sebab-sebab keselamatan. He..he...


Akhir kata, Okeylah hotel nie untuk honey moon dan tujuan-tujuan romantis tapi untuk family dan dan bawak anak-anak kecil dua, tiga orang tak berapa sesuai disebabkan saiz biliknya yang terhad. Apatah lagi nak organize family day kat sini. Untuk tujuan tersebut better the right place kat pantai Port Dikson ini ialah di Tiara Beach Resort. Oh.. ya untuk pengetahuan semua, saya lepak di hotel ini pun disebabkan ibu mertuaku yang sponsor... He..he...

Okeylah, nak chow dulu nie. Nak pi tengok transformers... Sapa nak ikut?

0 comments: