Pages

Monday, July 13, 2009

Eiiii ... Bosan

Wahh.. baru hari nie saya dapat up-date balik my blog. Tak der apa-apa yang menarik yang berlaku. So kengkawan. Gambar-gambar kahwin saya masih belum lagi dapat diupload. Bukan tiada masa tapi belum ada kesempatan dari segi usaha dan kemudahan internet. Kesempatan berinternet cuma ada dikampung dan di rumah kediaman saya terdahulu. Di rumah sekarang... emmm.. ada tapi kena bayar ler pulak.. Kaedah bayarannya, tak tahu ler pulak bagaimana.



Oh.. Merujuk pada perkara di atas, ewah-ewah macam surat rasmi kerajaan ler pulak... Saya sekarang nie dalam mood bosan. Bosan pasal kerenah biokrasi pasal penempatan bertugas saya nie. Hari tu cakap saya akan dapat surat penempatan bertugas pada hari Jumaat... tupp-tuppp.. katanya hari Isnin pula.. Nie pulak 16 Julai pulak.. tak ke angin satu badan. Kalau setakat nak melepak kat rumah okeylah jugak... tak nie kena datang punch card.. melepak-melepak berpeleseran lepas tu emmm... petang kena punch card ler pulak... Tension tak? Tak ker ini satu pembaziran tenaga kerja pada organisasi, lepas tu pembaziran pulak pada duit minyak kereta saya sahaja. Belum kira lagi masa pulak. Dah ler pagi-pagi jem tak ingat kat area nie. Aparaaa.... Saja jer nak buang masa betullah...

Tapi dari satu segi, macam best ler pulak. Tak payah kerja lagi.. Boleh bersenang-lenang. Oh..ya.. Transformers pun belum tengok lagi ni..He..he... Tapi nak pergi sensorang pun macam tak best ler pulak. Untuk hari ini tak tahu nak pergi mana. Ada cadangan? Untuk hari-hari lain seterusnya, malam nanti baru nak saya fikirkan..

Oh... Dikesempatan ini saya nak ucapkan thanks a lot pada rakan baik dan my old friend saya Saudara Wan atas posting beliau mengenai majlis perkahwinan saya yang dihadirinya.. Terima kasih atas tanda ingatan yang diberikan. Bak kata Oscar Wilde "Memory... is the diary that we all carry about with us.". Macam tak relevan jer quote aku nie... Heee..he tak perlah. By the way, posting beliau boleh diakses pada link berikut... Tungkaizx.. Sori Wan aku iklankan your blog.

Okeylah.. Nak buat pada ekk... Baca buku kot kat library sampai pukul 5pm? .. Cis, macam skema jer bunyinyer...

0 comments: