Diam tak diam dah 3 minggu saya melaporkan diri bertugas semula. Sepanjang itu pelbagai peristiwa atau perkara yang berlaku. Transformasi diri dari seorang pelajar sepenuh masa dan menyarung kembali tugasan sebagai penjawat awam amat mengejutkan. Sudahlah diletakkan di bawah agensi yang agak ketat dan berprotokol.
Berada dibumbung bangunan berkubah hijau. Entahlah seronok atau tidak, serasi ataupun tidak belum pasti lagi di sini.Bagaimanapun kehidupan perlulah diteruskan bagi mencari rezeki. Sekarang dah tak macam dulu lagi. Dulu fikir untuk seorang diri tapi sekarang ini dah pula kena fikir untuk isteri dan jika dimurahkan rezeki haruslah difikirkan untuk anak-anak pula.Wah.. berfalsafah pulak.. 
Rasa macam kat Instanbul lak design bangunan ini. Sewa 3 juta sebulan beb..
Emmmmm.. Jennggg.. Sekarang saya telah berpindah dari menyewa di Seri Kembangan dan sekarang ini berpindah ke rumah yang disediakan untuk kakitangan awam. Alhamdullilah rumah yang diberikan agak selesa juga cuma masih belum ramai lagi yang berpindah dikawasan tersebut dan rumah tidak berpagar... Namun saya amat bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T.Saya akan menghadiri majlis konvokesyen UPM ke 33 pada 11 Ogos nanti. Wah... sudah hampir 8 tahun saya meninggalkan pentas konvo sewaktu menerima ijazah pertama dahulu.
Masih terbayang lagi lambaian tangan mak sewaktu saya mengangkat tangan sebelum meniti tangga ke pentas konvo 8 tahun yang lalu. Insya Allah pada 11 Ogos ini saya berharap emak akan turut gembira dengan kejayaan saya ini.Hari ini semuanya beku. Bos pun tak der. So relax jelah. Mengantuk pun ada gak nak menunggu hingga ke pukul 5.00pm. Tadi sudahpun belajar create ID user untuk lotus notes.
Sini telah menggunakan versi lotus notes yang terkini 8.5 tidak seperti pejabat lama saya yang masih lagi menggunakan versi 6.5. Alhamdullilah dulu masa ditempat lama adalah sikit-sikit terjebak dalam bidak peremailan nie. Adalah sikit-sikit latar belakang mengenainya. Sekarang bagi mengisi masa yang senggang tak tahu nak buat apa. Minggu depan anak buah pulak berkursus seminggu dan saya pula harus memikul tanggungjawab mengendalikan e-mail. Kekadang fikir macam best jer kerana ianya akan menjadikan saya lebih cepat belajar namun kadang kala macam tak best pun ada. Apa-apa hal pun saya meletakkannya sebagai satu cabaran yang perlu dihadapi. Think positif lah beb...
0 comments:
Post a Comment