Lama betul tak kemaskini blog nie. Dulu saya sering melabelkan blog rakan-rakan yang tak diupdate sebagai blog yang bersawang-sawang labah-labah, kali ini istilah itu telah melekat pula pada saya. Oh.. ya. Gambar di bawah ialah gambar kelas terakhir saya sebagai pelajar sarjana di Univeristi penyelidikan di Serdang ini. Rakan-rakan sekelas adalah dalam 15 orang yang datangnya daripada pelbagai bangsa dan negara.
Kelas terakhir ialah kelas bagi subjek selected Topic in Multimedia SMM 5891.Kelas ini merupakan kelas pilihan bagi matapelajaran elektif. Beruntungnya kami memilih kelas ini sebagai subjek pilihan kerana subjek ini amat ringan dan relax aje. No mid-term test and only have 3 small group project. Project pertama adalah lakaran comic, kedua clay animation and ketiga pula ada cut off animation. Amat relax sekali dan exam pun tak lah susah sangat dan hasilnya marvelous.....
Okeylah, tak der idea lagi nak cerita... Let the picture talks lah yer..
Bersama ini disertakan gambar rakan-rakan sekumpulan. Ikut putaran jam: Aku, Erizal, Aminah & Jajau. Tiada dalam gambar adalah Norhashimi. Tak tahu kenapa dia tak der masa gambar ini diambil.

Yang Kat bawah ni pulak rakan-rakan sekumpulan dan kawan-kawan yang tidak sekumpulan.