Kepada pembaca blog saya yang budiman,
Sekiranya ada masa terluang anak-anak anda ataupun diri sendiri dan mempunyai keinginan untuk memperbaiki kemahiran membaca Al-Quran dengan lancar dan dengan tajwid yang betul, saya mencadangkan agar tuan/puan mengikuti Kelas Membaca Al-Quran dengan kaedah Al-Hira' ini. Al-Hira' adalah satu kaedah terkini panduan belajar membaca Al-Quran yang hanya dalam masa 24 jam boleh membaca Al-Quran. Saya sedang mengikuti kelas ini dan Alhamdullilah ianya amat membantu. Pusat kursus ini terletak di pekan Dengkil dan tidak jauh dari Putrajaya.
Oleh itu saya tanpa ragu ingin mencadangkan kepada rakan-rakan yang berminat untuk menyertainya. Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan dan mengikut kesesuaian anda. Sebarang pertanyaan atau anda inginkan info yang lebih lanjut sila lawati laman web ini - Kaedah Al-Hira'. Sekiranya perlu jika ada apa-apa soalan berkaiatan mengenai kursus yang ditawarkan bolehlah juga dikemukakan kepada kepada saya. Jika boleh saya tolong, saya akan bantu.
Han Abr
0 comments:
Post a Comment